Tuesday 3 October 2017

Pertandingan Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas Bermula

Tarikh: 3 Oktober 2017 (Selasa)
Masa: 8.10 pagi hingga 9.40 pagi
Tempat: Tapak Fertigasi SMKPZ

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ memulakan langkah pertama yang paling penting dalam memulakan Projek Tanaman Fertigasi Cili Padi PPKI SMKPZ iaitu mengemas tapak fertigasi yang telah terbiar semenjak beberapa tahun lalu.
Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini ialah membuang beg-beg poli yang usang, membuang plastik yang menutup tanah tapak fertigasi yang telah reput dan menanggalkan paip-paip saliran air baja fertigasi yang rosak. Fasa seterusnya selepas ini ialah meracun. Sama-sama kita tunggu perkembangannya.

 Cikgu Mohd Abdullah menjadi mandur pagi ini.

 Mari kita ke ladang, hoi!

 Hati gajah sama dilapah.

 Hati kuman sama dicicah.

 Khursairy (kiri) tak henti-henti bekerja.

Masih awal, banyak lagi yang perlu dibuat. 

No comments:

Post a Comment