Wednesday 27 September 2017

Mencuba khemah baru

Tarikh: 27 September 2017 (Rabu)
Masa: 1.40 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini aktiviti perjumpaan Pengakap PPKI SMKPZ diisi dengan aktiviti memasang khemah-khemah yang baru dibeli untuk digunakan semasa perkhemahan pada minggu hadapan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Berebut nak pasang khemah.

 Dipasang dengan berhati-hati agar tidak koyak.

Aircondnya mana?

Mesyuarat Guru SMKPZ, Taklimat Pelaburan ASB dan LDP

Tarikh: 23 September 2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Pada hari ini guru-guru SMKPZ telah mengikuti tiga program iaitu bermula dengan Mesyuarat Guru SMKPZ diikuti dengan Taklimat Pelaburan Amanah Saham Bumiputera oleh pegawai Bank Simpanan Nasional Cawangan Seremban dan Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk "Budaya Kerjaya Cemerlang" oleh Puan Normala binti Abu Bakar, Pegawai SIPARTNER+, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.
Terima kasih kepada pihak Bank Simpanan Nasional yang telah sudi menaja kudapan pada pagi ini. Tatapi rakaman foto yang sempat dibuat.

 Mesyuarat Guru SMKPZ sedang berlangsung.

 Khusyuk mengikuti mesyuarat.

 Taklimat Pelaburan ASB sedang berlangsung.

 LDP sedang berlangsung.

 Tayangan slaid semasa sesi LDP.

Thursday 21 September 2017

Aktiviti Persatuan PPKI SMKPZ

Tarikh: 20 September 2017 (Rabu)
Masa: 1.40 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada petang ini aktiviti Persatuan PPKI SMKPZ ialah menganyam alas kaki dan merekacipta topi. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Bila la nak siap?

 Eddrayana (kiri) dan Liyana menganyam alas kaki.

 Membuat topi.

 Akmal berbangga dengan hasil kraftangannya.

 Bertungkus-lumus menyiapkan topi.

 Razip dan Ani sangat suka dengan topi mereka.

 Arif dan topinya.

 Mathan dan topinya.

 Afiqah dan topinya.

Dari kiri: Mathan, Syahmi dan Syafiq.

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SMKPZ

Tarikh: 20 September 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ telah turut serta dalam Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SMKPZ. Selain menikmati beberapa persembahan yang berkait dengan bulan kemerdekaan, para pemenang pertandingan bersempena dengan Program Bulan Kemerdekaan turut menerima hadiah.
Tahniah kepada semua yang menjayakan program tahun ini.

 Nampak tak kat kanan tu? Hasil kreativiti pelajar PPKI SMKPZ (lukisan-lukisan pemenang pertandingan mewarna).

 Syafiq Azmil sempat menoleh ke belakang.

 Amin.

 Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK 1 menyampaikan ucapan perasmian penutup.

 Persembahan deklamasi sajak.

 Persembahan koir.

 Haikal mewakili ahli-ahli kelas PPKI 1 yang menjadi johan pertandingan keceriaan Bulan Kemerdekaan SMKPZ kategori menengah rendah.

 Persembahan dikir barat bahasa Inggeris.

 Hafizi mendapat tempat ketiga pertandingan mewarna PPKI kategori 1.

 Maryam mendapat tempat kedua pertandingan mewarna PPKI kategori 1.

 Eddryana mendapat tempat pertama pertandingan mewarna PPKI kategori 1.

 Norlaila mendapat tempat ketiga pertandingan mewarna PPKI kategori 2.

 Shamsul Haziq mendapat tempat kedua pertandingan mewarna PPKI kategori 2.

 Siti Nur Hanim mendapat tempat pertama pertandingan mewarna PPKI kategori 1.

Kami bangga menjadi anak Malaysia!

Mendapat Tempat Ketiga Pertandingan Bento

Tarikh: 19 September 2017 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: SMK Seremban Jaya

Tahniah kepada wakil PPKI SMKPZ iaitu Fadilah Masitah dan Nur Syamira yang telah merangkul tempat ketiga dalam pertandingan bento bersempena Minggu Pendidikan Khas SMK Seremban Jaya.
Semoga menjadi motivasi untuk mendapat kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.

 Fadilah (kanan) dan Syamira sedang menyediakan bento.

 Dah siap.

 Hasil akhir yang telah siap.

Menerima hadiah daripada Puan Jamilah binti Kadir, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Wednesday 13 September 2017

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 13 September 2017 (Rabu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada petang ini telah diadakan majlis penutup bagi Program Sambutan Bulan Kemerdekaan PPKI SMKPZ. Ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nor Wahidah binti Jalil, Penyelaras PPKI SMKPZ.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Puan Nor Wahidah sedang menyampaikan ucapan.
 
 Siapakah yang akan memenangi hadiah-hadiah pada hari ini?

 Cikgu Mohd Abdullah mengacarakan majlis.

 Razip mewakili rakan-rakan kelas PPKI 4 bagi menerima hadiah johan Pertandingan Keceriaan Kelas Bulan Kemerdekaan.
 
 Nasrul mewakili rakan-rakannya bagi menerima hadiah johan Pertandingan Kuiz Bulan Kemerdekaan.

 Nasrullah mewakili rakan-rakannya bagi menerima hadiah johan Pertandingan Eksplorasi Bulan Kemerdekaan.

Mathan menerima hadiah saguhati Pertandingan Mewarna Bulan Kemerdekaan.

Tuesday 12 September 2017

Tayangan Filem Bukit Kepong Versi HD

Tarikh: 13 September 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Media PSS SMKPZ

Pada pagi ini murid-murid PPKI SMKPZ telah bersama-sama menyaksikan tayangan filem Bukit Kepong Versi HD di Bilik Media PSS SMKPZ. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Tayangan sedang berlangsung.

 Khusyuk menonton.

  Khusyuk menonton.

 Khusyuk menonton.

Wednesday 6 September 2017

Eksplorasi Bulan Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 7 September 2017
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan aktiviti Eksplorasi Bulan Kemerdekaan PPKI SMKPZ. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan bergerak dari stesen ke stesen bagi menyelesaikan tugasan-tugasan ringkas seperti menyanyikan lagu-lagu patriotik, bacaan ikrar Rukun Negara dan menyelesaikan teka-teki. Melalui aktiviti sebegini dapat membentuk jati diri serta kerjasama di kalangan murid-murid PPKI SMKPZ.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.


 Pembahagian kumpulan berlangsung.

 Stesen menyusun puzzle.

 Stesen Rukun Negara.

 Stesen Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik.

 Stesen Mencari Nama-Nama Perdana Menteri Malasysia.

 Stesen Menyusun Nama-Nama Monumen Malaysia.

Stesen membentuk nama-nama negeri dalam Malaysia.

 Stesen menamakan makanan-makanan zaman pra kemerdekaan.

Stesen menamakan pakaian-pakaian tradisional.