Tuesday 11 June 2013

Demam sukan tahunan sekolah mula melanda

Pada tahun ini kejohanan sukan tahunan sekolah akan diadakan pada hari Jumaat, 14 Jun 2013 bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Warga PPKI akan turut bersama memeriahkan acara tersebut dengan menyertai pertandingan perbarisan rumah sukan. Dua acara balapan turut diadakan untuk murid PPKI iaitu 100 meter lelaki dan 100 meter perempuan.
Pihak sekolah memohon kerjasama penjaga untuk menghantar terus anak mereka ke stadium pada pagi tersebut dan menjemput mereka untuk pulang pada tengah harinya. Bagi penjaga yang ada kelapangan turut dijemput bersama-sama menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada hari Jumaat ini.

Gambar: Murid-murid berehat sebentar sebelum meneruskan latihan perbarisan.

Gambar: Cikgu Siti Norli (kiri) dan Cikgu Wan Azlima sedang menjahit bendera PPKI.

Gambar: Cikgu Siti Khairanah sedang menyediakan maskot PPKI.