Wednesday 30 March 2016

MTAQ Pendidikan Khas Daerah Seremban

Tarikh: 30 Mac 2016 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: SK Mambau

Tahun ini tiada Akif untuk mewakili PPKI SMKPZ kerana beliau sibuk dengan PT3. Pada tahun ini PPKI SMKPZ menghantar Adib Arif bin Mustaffa untuk menyertai acara tilawah Al-Quran lelaki dan Ain Syuhada binti Abdullah untuk menyertai acara tilawah Al-Quran perempuan.
Tiada hadiah untuk Adib tetapi tahniah untuk Ain yang mendapat tempat kedua.

Menunggu giliran.
 
Adib memperdengarkan bacaan.
 
Bukan Adib yang menang tetapi mewakili Ain menerima hadiah kemenangan Ain daripada Tuan Mohamed Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.  


Permainan Boling 1/2016 Di AEON Seremban 2

Tarikh: 30 Mac 2016 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: AEON Seremban 2

Ini kali pertama kami datang merosakkan lane bermain boling di AEON Seremban 2 untuk tahun ini. Tahun ini ada sedikit kenaikkan dalam permainan boling iaitu RM10. Sebahagian untuk bayaran permainan boling dan sebahagian lagi untuk tambang bas Uncle Kumar. Bila kena keluar duit sendiri baru la ada rasa bernilai sikit nak main boling.


Zairul membuat balingan.
 
Meriah.
 
Memang best tengok budak main boling sambil makan popcorn.
 
Aimizi dibimbing Cikgu Nor Wahidah melakukan balingan.
 
Aktiviti mobiliti di Kedai Elektrik Seng Heng.
 
Mencuba trak Chevrolet Colorado yang bakal dibeli Cikgu Azlan.


Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia

Tarikh: 30 Mac 2016 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran NILAM dan Kem Membaca 1 Malaysia. Perasmian telah dilakukan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba. Sesungguhnya budaya membaca amat penting untuk diamalkan oleh seluruh umat manusia.
Be seen with a book, it will improve your image.

E'man membaca buku.
 
Membaca buku.
 
To Kill A Mocking Bird oleh Harper Lee edisi e-book.
 
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Fatini Abd Hamid.
 
Cikgu Azean membaca buku bertajuk Tok Janggut.
 
Ucapan perasmian oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba.
 
Gimik perasmian.
 
Boria NILAM.


Sunday 27 March 2016

Penyampaian Hadiah Minggu Sains Dan Matematik

Tarikh: 28 Mac 2016 (Isnin)
Masa: Waktu rehat PPKI SMKPZ
Tempat: Ruang serbaguna PPKI SMKPZ

Pada waktu rehat hari ini tibalah masa yang ditunggu-tunggu setiap murid PPKI SMKPZ kerana pada hari ini akan diketahui siapa yang menang dan siapa yang kalah. GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Saksikan rakaman yang sempat diambil.

Cikgu Shariza mempengerusikan majlis.

Loqman menerima hadiah untuk pertandingan memasang litar mentol selari.

Seperti yang dijangka, "OKU Go Buy Eggs" memenangi tempat pertama model sains.

Fitri menerima hadiah untuk kumpulannya bagi pertandingan kuiz.

Membuka hamper.

Bersama-sama menikmati hadiah kemenangan.

Friday 25 March 2016

Moh Kita Ngaji

Tarikh: 25 Mac 2016 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Kalau ikutkan tak perlu saya buat coverage untuk event ini kerana tidak membabitkan murid PPKI tambahan lagi kuota Maxis saya pun dah abih tetapi memandangkan petang ini ada wifi di DM Toyota Services Senawang ni bolehlah saya curi-curi sedikit masa buat blog untuk program di atas.

Ini merupakan tahun ketiga SMKPZ melalui Panitia Pendidikan Islam melaksanakan Program SMART Al-Quran. Dalam program ini, murid-murid SMKPZ terutama di tingkatan satu telah dipilih untuk membaca Al-Quran di bawah seliaan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga khatam.

Warga SMKPZ sungguh bertuah kerana pada tahun ini, pelancaran program ini telah dirasmikan oleh YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir bagi menyerikan program pada pagi ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Ampangan, YB Dato' Haji Abu Ubaidah bin Dato' Haji Redza.

Saksikan rakaman foto yang sempat saya buat. Maaf kualiti gambar agak rendah kerana saya hanya fokus dari jauh.

Ustaz Mohd Abdullah Hensem sedang membacakan doa makan pembuka majlis.

Persembahan nasyid bertajuk Syukur Alhamdulillah. Tally pulak dengan tajuk mentor mentee pagi ni, Bersyukur & Menghargai.

Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah binti Burok sedang menyampaikan ucapan beliau.

YB Dato' Haji Abu Ubaidah sedang menyampaikan ucapan.

YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof sedang menyampaikan ucapan.
 
Perasmian Program Smart Al-Quran.

Pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

Khusyuk menghayati bacaan ayat-ayat Al-Quran.
 
Puan Hajah Hamidah sedang membincangkan sesuatu dengan guru-guru penolong kanan semasa tayangan montaj.

Penyampaian sijil pembimbing rakan.
 
Tetamu-tetamu VIP bergambar kenangan bersama pembimbing-pembimbing rakan.

Tetamu-tetamu VIP menikmati jamuan makan tengah hari.

Hari Keempat Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 24 Mac 2016 (Khamis)
Masa: Selepas rehat
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Kuiz Matematik dan Kuiz Sains. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan bekerjasama dalam kumpulan untuk menjawab soalan-soalan kuiz yang dikemukakan.

Kuiz Matematik membuka tirai di bawah seliaan Cikgu Azean. Selesai Kuiz Matematik bersambung pula dengan Kuiz Sains di bawah kendalian Cikgu Siti Maizura. Memandangkan bilangan murid yang bertambah, kemungkinan kuiz-kuiz yang akan datang boleh dibuat di dalam Dewan Seri Pendeta.

Saksikan rakaman oleh saya seperti di bawah.

Kuiz Matematik sedang berlangsung.

Johari sedang membaca soalan kuiz.

Saya ada soalan untuk cikgu. Soalan apa? Bila nak pasang aircond?

Kuiz Sains sedang berlangsung.

Saya ada satu lagi soalan untuk cikgu. Soalan apanya? Bila nak pasang pendingin hawa?

Ku Benci Gula-Gula, Makananku Sayur Dan Buah

Tarikh: 24 Mac 2016 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Bilik Kesihatan SMKPZ

Bagi yang berumur 35 tahun ke atas mungkin masih ingat lagi pada bait-bait lagu kanak-kanak di atas yang ditayangkan di TV1 pada era 80an dahulu. Mungkin ada di Youtube kalau anda rajin cari.

Pada hari ini telah diadakan pemeriksaan gigi tahunan kendalian Klinik Pergigian Kesihatan Ampangan di sekolah kami untuk murid-murid PPKI SMKPZ. Bagi yang tak tahu jangan takut untuk menjalani pemeriksaan gigi di sekolah kerana seteruk mana pun gigi anda tak akan dicabut mengikut prosedur sekarang.

Saksikan rakaman PPM bertugas mengiringi murid pada hari berkenaan iaitu Kak Fizah.

Cikgu Siti Khairanah menghantar kad murid-murid PPKI yang bakal diperiksa gigi mereka kepada jururawat dari Klinik Kesihatan Ampangan, Tuan Haji Khairul.

Murid-murid masuk dengan teratur ke dalam Bilik Kesihatan.

Duduk dengan sopan menunggu giliran.

Tak sabar nak diperiksa gigi.

Eee takut!

Satihyasellon sedang diperiksa giginya oleh doktor.

Wednesday 23 March 2016

Hari Ketiga Minggu Sains dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 24 Mac 2016 (Rabu)
Masa: Selepas rehat
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Aktiviti pada hari ini ialah Pertandingan Membina Abacus Secara Berkumpulan dan Pertandingan Rekacipta Model Sains Secara Berkumpulan.

Cikgu Wahidah sedang memberikan taklimat.

Cikgu Lim sedang membimbing ahli-ahli Kumpulan 6 membina abacus.
 
Faizal dan Shikin tekun mewarna batang aiskrim.

Memotong bekas telur untuk rekacipta OKU Go Buy Egg.

Razib menggamkan bekas telur di dalam kotak.

Lakaran rekacipta.

Menghias dengan tampalan kertas warna.

Memasang lampu suluh.

GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah selaku hakim pertandingan.

Kumpulan 1 dengan model roket.

Kumpulan 2 dengan model robot Sudin.

Kumpulan 3 dengan robot ciptaan mereka.

Kumpulan 4 dengan model bandar futuristik.

Kumpulan 5 dengan model lori.

Kumpulan 6 dengan OKU Go Buy Egg.