Wednesday 26 October 2016

Aktiviti Pasca Peperiksaan: Kraf Tangan & Ceramah Dr Muda Ops Zika

Tarikh: 27 Oktober 2016 (Khamis)
Masa: 7.40 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ dan Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini murid-murid PPKI SMKPZ meneruskan lagi aktiviti pasca peperiksaan dengan membuat pelbagai jenis kraf tangan seperti membuat rantai leher dan gelang tangan daripada manik, bekas pensel daripada tin susu dan bekas pensel daripada kain. Di antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi pula mereka mengikuti Ceramah Dr Muda Ops Zika di Dewan Seri Pendeta.
Saksikan rakaman yang turut dibuat oleh Puan Sharul Afizah.

Cikgu Siti Norli sedang tunjuk cara kraf tangan gelang dan rantai manik.
 
 Husaini gigih memasukkan manik ke dalam tali.

 Cikgu Siti Norli sedang memotong kain untuk kraf tangan bekas pensel daripada kain.

 Amyrul Izwan (kanan), "Saya buka enjin motor tau la cikgu."

 Afiqah tekun membuat kraf tangan manik.

 Cikgu Shariza membimbing Naqiuddin memasukkan manik ke dalam tali.

 Mula menjahit beg.

 Afiqah berbangga dengan gelang tangan yang dibuatnya.

 Pui Yong berbangga dengan rantai leher buatannya sendiri.

 Tayangan slaid Pencegahan Dan Pengawalan Demam Denggi Dan Zika yang disampaikan oleh Encik Mohd Izam bin Haji Satar, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Daerah Seremban.

Encik Mohd Izam sedang menyampaikan ceramah.

 Seronok mendengar ceramah.

 Pelajar tingkatan 5 saja tak ada.

 Hasan pula berbangga dengan bekas pensel dari tin susunya.

 Sedang menghias tin susu.

 Ohhh, ada kuiz dalam ceramah Dr Muda tu rupanya.
 
Wakil PPKI berbangga dengan hadiah-hadiah yang dimenangi.

Tiga jejaka berbangga dengan bekas pensil daripada kain yang mereka hasilkan.

Tuesday 25 October 2016

Aktiviti Pasca Peperiksaan: Permainan Boling Bulanan

Tarikh: 26 Oktober 2016 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: AEON Seremban 2

Seperti biasa seperti bulan-bulan sebelumnya, pada hari ini diadakan aktiviti permainan boling di AEON Seremban 2. Saksikan rakaman gambar yang sempat diambil.

 Membuat balingan.

 Hari permainan boling sememangnya ditunggu-tunggu.

Tengok nama kat bawah tu. Haaa, sejarah tu, tak pernah lebih 100 pun selalunya.

Aktiviti Pasca Peperiksaan: Menanam Tanaman Herba

Tarikh: 25 Oktober 2016 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Sekitar Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan aktiviti menanam tanaman herba di sekeliling Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba. Antara tanaman yang telah ditanam ialah pokok pudina dan balung ayam. Saksikan rakaman gambar yang sempat dibuat.

 Menabur tanah baja ke bekas semaian.

 Menanam pokok pudina.

 Menadah air paip untuk menyiram pokok.

 Mari kita ke ladang, hoi!!!

Menyemai pokok balung ayam.

Sunday 23 October 2016

Ujian Saringan Ke SM Pendidikan Khas Vokasional

Tarikh: 10 Oktober 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Ujian Saringan Ke SM Pendidikan Khas Vokasional. Terdapat dua instrumen yang dilaksanakan iaitu ujian bertulis dan ujian lisan. Semoga semua calon-calon PPKI SMKPZ yang berjumlah 9 orang akan mendapat tempat di sekolah yang baru.

 Shafiq (kanan) pening kepala memikirkan jawapan.

Ujian lisan berlangsung dalam suasana santai.

Aktiviti Selepas Peperiksaan: Matapelajaran Sains

Tarikh: 24 Oktober 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan aktiviti-aktiviti berkaitan matapelajaran Sains. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah kolaj haiwan, taman mini haiwan, roket payung terjun dan tayangan video Keajaiban Kejadian Alam.
Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Pu Yong mewarna singa.

 Cikgu Mohd mengendalikan aktiviti membuat roket.

 Bekerjasama membuat kolaj.

 Taman haiwan mini.

 Membuat payung terjun.

 Hasan berbangga dengan kolaj gambar harimaunya.

 Mengikat tali kepada payung terjun.

 Tayangan video di Kelas PPKI 1.

Menguji model payung terjun roket.

Friday 7 October 2016

Program Hari Sukan Negara Peringkat SMKPZ

Tarikh: 8 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah dilangsungkan Program Hari Sukan Negara Peringkat SMKPZ. Pada awal pagi telah dilangsungkan senamrobik. Selepas senamrobik murid-murid telah mengikuti pertandingan futsal padang (lelaki), bola keranjang (perempuan) dan petanque. Ikuti rakaman yang telah saya buat.

 56 7 murid PPKI hadir.

 Cikgu2 PPKI semua hadir.

 Wah ramainya!

Pose istimewa cameraman.