Monday 22 August 2016

Kelazatan Lemang Tok Ki Bentong Pahang

Tarikh: 23 Ogos 2016 (Selasa)
Tempat: Dewan Theatreatte, Wisma Negeri
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Lemang Tok Ki Bentong sememangnya antara lemang terlazat yang pernah saya nikmati setakat ini. Kali pertama saya menikmatinya ialah beberapa bulan lepas, dibelanja oleh abang ipar saya. Sekali fikir memang tak logik nak pi makan lemang jauh2 daripada Petaling Jaya. Tetapi bila dah sampai ke kedai tersebut (cawangan utama, bukan yang baru buka yang kita jumpa dahulu jika datang dari KL) ternyata suasananya amat menarik. Ada konsep klasik dan taman. Ada basikal tua, pokok buluh dan menggunakan meja makan kayu jati yang teguh sesuai untuk yang datang beramai-ramai bersama keluarga.
Lemang-lemang memang nampak dibakar di belakang kaunter pesanan. Nampak macam tak kurang 100 batang dibakar pada sesuatu masa. Kalau selalunya kita makan lemang dengan rendang, kat sini kita boleh cuba makan lemang cicah ayam bakar dan daging. Perghhh memang sedap!
Ohhh, tersasul pulak cerita pasal lemang, ini nak mengucapkan tahniah kepada murid PPKI SMKPZ yang telah menjadi johan acara nyanyian solo dalam Pemilihan Karnival Kemahiran Dan Kesenian PPKI Daerah Seremban 2016 di Wisma Negeri pada hari ini iaitu Abdul Hamas bin Abdullah. Cerita lemang Tok Ki tertulis di atas tu kerana kebetulan lagu yang dibawakannya ialah Seni Berzaman nyanyian asal Tok Ki.
Tahniah kepada Hamas yang akan mewakili Daerah Seremban ke peringkat negeri beberapa minggu lagi.
Adakah pengganti kepada Muhammad Faris bin Muhayuddin telah ditemui PPKI SMKPZ?

 Maaf tak nampak muka, ini cikgunya merakam gambar dari jauh.

Menerima hadiah daripada Encik Azmir bin Majid, Penyelia Pendidikan Khas PPD Seremban.

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ 2016

Tarikh: 22 Ogos 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.40 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan peringkat SMKPZ tiba agak lambat sedikit pada tahun ini kerana kesibukan peperiksaan percubaan PT3 dan SPM. Maka di kesempatan pada pagi ini telah diadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ 2016.
Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Pengisian majlis ini antaranya ialah pemotongan kek, pelepasan burung dan sudah tentunya persembahan daripada murid PPKI.
Saksikan rakaman yang sempat diambil.

Kesibukan menggantung bendera di Blok PPKI SMKPZ.
 
 Loqman menggantung bendera.

 Tak sabar nak gantung bendera.

 Banner majlis pelancaran.

 Neymar Amirul bersemangat melafazkan Rukun Negara.

 Puan Hajah Hamidah sedang menyampaikan ucapan perasmian.

 Melepaskan burung merbuk ehhh, burung tekukur. Saya pun tak pasti.

 Kek Bulan Kemerdekaan yang bakal dipotong dan dimakan. Ada lapisan jem rasberi waktu saya makan.

 Kalau dapat makan kek tu kan best. Tengok mulut dua murid PPKI kat depan yang ternganga tu.

 Hamas (bersongkok) sedang menyampaikan lagu Warisan.

 Mana pula dapat seragam askar tu?

 Nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai.

 Semua dah naik syeikh, pakat2 naik pentas nyanyi lagu patriotik.

 Murid-murid perempuan PPKI turut bersemangat menyanyikan lagu patriotik.

 Para pentadbir turut bersemangat menyanyikan lagu patriotik.

Perjumpaan Terakhir Pengakap PPKI SMKPZ 2016

Tarikh: 17 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: 1.40 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Perjumpaan pada hari ini merupakan perjumpaan terakhir pada tahun ini. Untuk perjumpaan terakhir ini telah diadakan latihan kawad. Hanya kawad statik, tiada arahan untuk jalan lagi tetapi dah dapat tengok macam-macam lawak. Mari ketawa bersama-sama.

 Jurulatih kawad jemputan.

 Ke kanan lurus pun macam-macam arah tangan diluruskan. Ada kanan, depan, atas...

 Ada yang mula menunjukkan tanda faham.

 Ke kanan lurus tetapi tengok arah kiri. Haru, haru...

 Tahun depan kita buat kawad saja, tak payah kaler2 maskot lagi.

75% dah betul ke kanan lurus.

Saturday 6 August 2016

Hari Kelima Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 5 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa: 11.20 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Bagi para penjaga yang membaca blog ini kalau anda nak tahulah, hadiah bagi minggu-minggu bertema di PPKI tidak lagi berupa jajan seperti suatu ketika dahulu, kalau jajan tu mungkin adalah sumbangan daripada para penjaga. Ini kerana pihak sekolah amat maklum dan mengambil berat akan sebilangan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang akan menjadi hyper setelah mengambil makanan-makanan yang manis. Maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif memberi hadiah berbentuk alat tulis yang kami rasakan lebih berguna untuk anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.
Hadiah berbentuk alat tulis juga sangat berguna kerana dalam pengamatan kami (sekurang-kurangnya apa yang saya nampak pagi-pagi ketika tuan-tuan dan puan-puan menghantar anak-anak ke sekolah) sebilangan besar anak-anak tuan-tuan dan puan-puan hanya berlenggang apabila masuk ke pagar sekolah (tidak membawa beg, maka memang tak bawa alat tulis, sungguh menyedihkan). Moga-moga perkongsian ini menjentik minda anda untuk menggunakan wang elaun EMK yang bakal diterima nanti untuk melengkapkan peralatan sekolah anak-anak anda.
Berbalik kepada aktiviti hari ini, Program Minggu PSS PPKI SMKPZ ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang bertuah. Terima kasih kepada Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ yang telah sudi  menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tamat juga akhirnya Minggu PSS SMKPZ ini yang penuh dengan warna-warni dan kontroversi. Kih, kih, kih!!!

Seingat saya, sejak posting kat sini inilah kali pertama Cikgu Maizura jadi pengacara majlis.
 
Ain Syuhada menerima hadiah bagi pihak kumpulannya yang menjadi johan pertandingan fail tegak.
 
Berdebar-debar menunggu keputusan.
 
Adib menerima hadiah bagi pihak kumpulannya yang menjadi johan pertandingan eksplorasi (mencari maklumat).

 Ain Syuhada merupakan naib johan pertandingan membina cerita.

Hari Keempat Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 4 Ogos 2016 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Ruang serbaguna PPKI (kumpulan kolaj) & PSS SMKPZ (kumpulan fail tegak)

Pada hari ini telah diadakan dua pertandingan yang dijalankan serentak pada suatu masa iaitu pertandingan kolaj (murid berkefungsian rendah) dan pertandingan fail tegak (murid berkefungsian tinggi). Bukan sahaja murid dibahagikan kepada dua kumpulan malahan guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid turut dibahagikan kepada dua untuk mengendalikan murid-murid tersebut.
Kolaj merupakan antara pertandingan yang lazim dilaksanakan tetapi membuat fail tegak adalah merupakan suatu kemahiran baharu yang dipelajari oleh murid-murid PPKI. Ini boleh dilaksanakan lagi pada pertandingan-pertandingan yang akan datang.
Saksikan rakaman jurugambar amatur.

Kumpulan bertiga ini sibuk menyiapkan kolaj.

Tampal jangan tak tampal.

Cikgu Shariza menerangkan kepada murid-murid cara memilih bahan untuk fail tegak.

Cikgu Wahidah dan Cikgu Loqman memberi penerangan ringkas cara memilih bahan untuk fail tegak.

Nasrullah mengunting artikel yang telah dipilih.

Cik Siti Aishah menerangkan kepada Faizal cara memilih bahan daripada akhbar.

Ashikin sedang menggamkan artikel yang telah digunting.

Berbangga dengan artikel-artikel yang mereka telah pilih untuk fail tegak.

Amirul (kiri) dan ahli-ahli kumpulannya berbangga dengan kolaj yang telah disiapkan oleh mereka.

Wednesday 3 August 2016

Program Profesionalisme Guru Pendidikan Khas, Pegawai PPD Dan Pegawai JPNS Bersama Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Tahun 2016

Tarikh: 3 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: A Famosa Resort, Melaka

Untuk melihat laporan dan gambar-gambar program ini sila klik pautan atau gambar di bawah.
Harap maaf, tiada laporan rasmi untuk program ini di blog ini.

Kembara Dekat Honda PCX 150: SMKPZ ke A Famosa Resort

Dua-dua cikgu yang nama mereka bermula dengan Siti ni sangat berbangga dengan kemenangan hamper cabutan bertuah mereka.

 

Tuesday 2 August 2016

Karnival Koperasi SMKPZ Berhad

Untuk melihat rakaman gambar Karnival Koperasi SMKPZ Berhad pada Sabtu, 30 Julai 2016 sila klik pautan atau gambar di bawah.


http://koopsmkpz.blogspot.my/2016/07/rakaman-sekitar-karnival-koperasi-smk.html

Hari Ketiga Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 3 Ogos 2016 (Rabu)
Masa: Selepas rehat
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini aktiviti Minggu PSS PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan pertandingan Cerita Dan Tanya, Menulis Karangan dan Mewarna Kulit Buku.
Saksikan rakaman aktiviti yang sempat dibuat.

Cikgu Wahidah dan Cikgu Sa'adiah menyampaikan taklimat.

Hamas membacakan cerita.
 Arif malu-malu menjawab soalan.

Aisyah yakin dengan jawapan yang diberinya.

Zakwan cuba menjawab soalan yang diberikan Cikgu Wahidah.

 Zulamri dan Nasrul menulis karangan cerita Sang Kancil Dan Sang Buaya versi mereka sendiri.

Murid-murid PPKI 1 gigih melengkapkan tugasan.

Yap Pau Heng gigih mewarna.

Chong Pui Yong gigih mewarna.

Monday 1 August 2016

Hari Pertama Dan Hari Kedua Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: 1 Ogos 2016 (Isnin) dan 2 Ogos 2016 (Selasa)
Masa: Selepas rehat
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada minggu ini telah diadakan Minggu PSS PPKI SMKPZ. Untuk hari Isnin telah diadakan tayangan filem bertajuk Redha. Manakala pada hari Selasa telah diadakan Pertandingan Eksplorasi Berkumpulan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Menyaksikan tayangan filem Redha.
 
 Buku-buku yang bakal disorokkan di checkpoint saya.

 Pembahagian kumpulan sedang berlangsung.

Cikgu Azean di checkpoint teka-teki.
 
Cikgu Mohd di checkpoint bina perkataan daripada Sahibba.
 
 Adib dan rakan-rakan membina perkataan.

 Checkpoint 3 antara yang susah sekali, mencari 5 judul buku di PSS PPKI SMKPZ.

 Cikgu Siti di checkpoint mencari perkataan di dalam buku.

 Cikgu Norli dan rakan-rakan mengawasi checkpoint 5.

 Sibuk menyiapkan poster kata-kata hikmah.

Zakwan dan rakan-rakan menunjukkan poster yang telah siap mereka buat.