Thursday 25 June 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Program Temu Mesra Ibu Bapa, Pelajar dan Guru

Tarikh: 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Program Temu Mesra Ibu Bapa, Pelajar dan Guru di SMK Pendeta Za'ba. Majlis yang diadakan pada hari ini sungguh istimewa kerana ia memberi pengiktiran kepada para pelajar yang telah bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik melalui penyampaian Anugerah Sijil Harapan, Anugerah Ibn Khaldun dan Anugerah Bintang Pengetua. Bagi yang mengumpul mata merit melebihi 250 mata turut diraikan dengan penyampaian Anugerah Merit de Merit.
Dalam ucapan beliau, Puan Hajah Hamidah binti Burok telah menekankan betapa pentingnya kerjasama daripada para penjaga bagi memastikan anak-anak mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Beliau juga menyeru para penjaga supaya menyumbangkan apa sahaja yang termampu kepada pihak sekolah seperti penjelasan bayaran sumbangan PIBG bagi membantu menjayakan program-program sekolah.
Setelah tamat majlis, Program Temu Mesra Ibu Bapa, Pelajar dan Guru telah diadakan di Dewan Seri Pendeta bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 manakala untuk tingkatan-tingkatan lain dibuat di bilik darjah masing-masing. Tatapi rakaman fotografi berikut:

 Para penjaga mengambil tempat.

 Murid-murid mengambil tempat.

 Tetamu-tetamu VIP.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan.

 Penyampaian anugerah sedang berlangsung.

 Wakil Taman Sinar Harapan, Puan Amilin (tengah) sedang membincangkan pencapaian akademik Satihyasellon bersama dengan guru kelas PPKI 6, Puan Ummi.

Puan Zalina, ibu kepada Haziq Daniel (kiri) sedang membincangkan sesuatu dengan Puan Sa'adiah, guru kelas PPKI 3.

Friday 12 June 2015

Program Jati Diri PPKI SMKPZ 2015

Tarikh: 30 Mei 2015 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Rantau Agro Park


Perlaksanaan program ini terhadap pelajar-pelajar PPKI SMKPZ bertujuan untuk memberi pendedahan kepada persekitaran dan pengalaman, keseronokan dan penerapan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, program ini juga dapat membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas meningkatkan esteem kendiri untuk terus bermotivasi dan membina sahsiah diri yang positif melalui program-program intensif yang dirancangkan.

JADUAL PERJALANAN PROGRAM
           
Bil.
Aktiviti
Masa
1
Berkumpul di kawasan sekolah
7.15 pagi
2
Bertolak ke Rantau Agro Park, Negeri Sembilan.
7.15 pagi - 7.45 pagi
3
Pendaftaran
7.45 pagi - 8.00 pagi
4
Ice Breaking
8.00 pagi - 9.00 pagi
5
Makan dan Minum Pagi
9.00 pagi - 9.30 pagi
6
Jungle Tracking
9.30 pagi - 11.30 pagi
7
Rehat
11.30 pagi - 12.30 t/hari
8
Obstacle
12.30 t/hari - 2.30 petang
9
Bertolak Balik dari Rantau Agro Park
2.30 petang - 3.00 petang

 Menaiki bas.

 Melintasi jambatan gantung pun dah mencabar.

 Pintu gerbang masuk Rantau Agro Park.

 Satihyasellon menikmati bihun goreng.

 Guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid turut menikmati bihun goreng.

 Abang Mok mengendalikan sesi ice breaking.

 Sesi ice breaking sedang berlangsung.

 Guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid turut mengikuti sesi ice breaking.

 Melontar roket kertas.

 Jungle tracking bermula.

 Betapa tajamnya duri rotan.

 Menaiki bukit.

 Ini pokok kapal terbang.

 Menunggu giliran melintas jambatan.

 Menikmati nasi ayam.

 Cikgu Abdullah menyampaikan tazkirah bertajuk "Kelebihan Poligami."

 Husaini merangkak di bawah kawat duri.

 Nazilah merangkak di bawah kawat duri.

 Faizal melompat dari tembok.

 Syiqin mengimbangkan badan.

 Macam tarzan.

 Gagah menempuh cabaran.

 Walaupun sukar, tetap bersemangat.

 Hiyah dibantu Abang Mok memanjat tembok.

 Melompat antara batu-batu.

Sambutan Hari Lahir Warga PPKI SMKPZ 1/2015

Tarikh: 28 Mei 2015 (Khamis)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ



MATLAMAT


Program ini bertujuan untuk:
1.    Mencapai matlamat Kurikulum Pendidikan Khas.
2.    Memupuk sifat yakin kepada diri sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam  masyarakat.
3.    Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik dengan rakan sebaya.

 


OBJEKTIF


1.    Memberi pemahaman kepada pelajar tentang konsep umur dan angka.
2.    Pelajar dapat menghargai kepelbagaian budaya.
3.    Melatih pelajar dalam aspek pengurusan dan pengurusan tingkahlaku.

 

Cik Ummi mempengerusikan majlis.
 
 Haziq mengaminkan doa.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ merasmikan program.

 Pihak sekolah menyampaikan cenderamata kepada guru-guru pelatih yang bakal tamat latihan.

 Murid-murid memotong kek harijadi.

 VIP menikmati jamuan.

 Encik Azean bergambar kenangan bersama guru-guru pelatih.

 Murid-murid sedang mengambil makanan.

 Murid-murid sedang makan.

 Sukaneka pertandingan makan epal.

 Sukaneka cari gula-gula dalam tepung.

 Sukaneka menyambut belon berisi air.

 Sukaneka kerusi muzik.

Sesi bertukar hadiah Hari Guru.