Sunday 29 October 2017

Mesyuarat Guru Kali Keempat Tahun 2017 dan Gotong-Royong Kelab Kebajikan Staf SMKPZ

Tarikh: 28 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi (mesyuarat), 11.00 pagi (gotong-royong)
Tempat: Dewan Seri Pendeta (mesyuarat), bilik-bilik guru (gotong-royong)

 Puan Ramona binti Rosli, Pengetua SMKPZ sedang berucap.

 Antara mereka yang hadir pada pagi ini.

 Gambar sebelum gotong-royong yang diambil pada pagi Jumaat.

 Gambar yang diambil setelah gotong-royong tamat.

Masih menunggu potret Yang DiPertuan Agong untuk melengkapkan gambar-gambar VIP di dinding.

Perkhemahan Pengakap PPKI Daerah Seremban Timur 2017

Tarikh: 28 hingga 29 Oktober 2017 (Sabtu hingga Ahad)
Masa: (Daftar) 8.00 pagi, Sabtu hingga (Penutup) 12.00 tengah hari
Tempat: SK Senawang 3
Guru pengiring: Puan Siti Maizura binti Mansor dan Puan Wan Azlima binti Muhamad
Murid: Mohd Hakim bin Ismail, Mohd Iqmal bin Rosman, Wan Ahmad Faizal bin Wan Mazarudin dan Nasrullah E'man bin Khazali

 Tak perlu takut hujan, panas, kegelapan malam.

 Menunggu buah durian gugur.

 Tiada apa yang nak ditakutkan berbanding perkhemahan di Sungai Beringin tempoh hari.

 Berlatih menari di malam hari. Tak tahu la sama ada lagu Joget Pahang atau Despacito kerana saya tak dimaklumkan dengan lebih terperinci oleh guru-guru pengiring.

 Bertelefon video dengan anak-anak di rumah.

 Masih belum habis berlatih tarian lagi.

 Baju seorang akak PPM menjadi mangsa rekacipta daripada bahan-bahan terbuang.

 Dah abih bungkus khemah.

 Hasil 'keras tangan'.

 Majlis penutup akhirnya bermula.

Tahniah mendapat kedua dalam pertandingan reka cipta!

Wednesday 25 October 2017

Membina Pagar Di Tapak Fertigasi

Tarikh: 26 Oktober 2017 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Tapak Fertigasi PPKI SMKPZ

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ telah bergotong-royong membina pagar di tapak fertigasi. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Hakim sedang menggorek lubang.

 Menyusun batu-bata yang tak sempat dihabiskan kelmarin.

 Memindahkan tiang-tiang konkrit untuk dijadikan tiang-tiang pagar fertigasi.

 Memotong lebih besi konkrit.

 Memasak tiang.

 Dawai mata punai dijumpai dalam stor.

 Pakcik Din turut membantu.

 Dapat menutup hampir setengah perimeter tapak fertigasi.

 Membersihkan longkang.

 Menanam paip air untuk fertigasi.

Hampir siap.

Memerah Air Di Tapak Fertigasi

Tarikh: 25 Oktober 2017 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Tapak Fertigasi PPKI SMKPZ

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ bergotong-royong memerah air daripada medium di dalam beg poli. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Penyelaras Fertigasi PPKI SMKPZ menyampaikan taklimat.

 Membahagikan kumpulan.

 Bergambar kenangan memerah santan ehhh, air.

 Perah, perah!

 Perah dulu, kini dan selamanya.

 Bermacam gaya memerah air dapat disaksikan.

 Daniel kelihatan begitu bersemangat.

 Membersihkan sampah.

 Rehat seketika.

 Menikmati hotdog.

 Hari makin panas.

 Wakil dari pihak Yayasan Uniti akhirnya tiba untuk menunjukkan jalan yang benar.

 Rangka bumbung besi yang bakal dicat dengan cat Buncho.

 Lori dengan muatan batu-bata tiba.

 Batu-bata digunakan sebagai lapik beg poli.


Menyusun atur semula supaya berada dalam satu garisan yang lurus.

Monday 23 October 2017

Aktiviti Permainan Boling Bagi Bulan Oktober

Tarikh: 24 Oktober 2017 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Permainan Boling, AEON Seremban 2

Pada hari ini telah warga PPKI SMKPZ telah ke Pusat Permaian Boling di AEON Seremban 2 untuk aktiviti permainan boling bagi bulan Oktober. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Murid-murid mulai duduk di lorong masing-masing.

 Menunggu nama-nama mereka dimasukkan ke dalam system.

 Nuraini membuat balingan.

Syafiq membuat balingan.

Wednesday 18 October 2017

Wakil SMKPZ Johan Acara Mencari Harta Karun

Tarikh: 14 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Pasaraya Mydin Seremban 2

Dalam Program Semarak Inklusif Peringkat Zon Selatan, pasukan Negeri Sembilan yang diwakili oleh warga SMKPZ iaitu antaranya murid PPKI (Mohd Iqmal Rosman), murid inklusif (Mohd Akif Shamsul Bahari), bapa pelajar (Encik Abdul  Karim Mohamed) serta pengurus pasukan (Encik Azean Abdullah) telah menjadi johan pertandingan acara mencari harta karun. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato Haji Shamsul Kahar bin Deli, Exco Pendidikan Negeri Sembilan.
Tahniah kepada semua yang berjaya.

Cikgu Mohd Abdullah merupakan pembaca doa untuk majlis penutup.

Tahniah!

Guru Pengiring Naib Johan, Murid Diiring Tewas Semua Perlawanan

Tarikh: 14 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Gelanggang Petanque, Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi

Pada hari ini telah berlangsung Sukan Integrasi OKU Peringkat Negeri Sembilan Bagi Acara Petanque anjuran bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan & Persatuan Petanque Negeri Sembilan. SMKPZ telah menghantar dua beregu yang terdiri daripada gandingan murid perdana dan murid pendidikan khas integrasi. PZ 1 diwakili oleh Haziq dan Wan Ahmad Faizal manakala PZ 2 diwakili Hafiz dan Mohd Hakim. Saya turut menyertai acara ini dengan gandingan bidan terjun, iaitu Cikgu Kamalrozaman bin Abd Aziz dari SK Labu. Mulanya tak nak masuk bertanding tetapi setelah dipujuk, saya akhirnya mengalah. Kalah menang adat bertanding kata Cikgu Kamal.
Kedua-dua gandingan PZ 1 dan PZ 2 hari ini betul-betul tak dapat menyaingi regu-regu yang ditandingi mereka yang berada di tahap yang lebih tinggi. Bertemu dengan regu-regu yang lebih hebat seperti dari Kolej Komuniti Jelebu dan Paralimpik Negeri Sembilan, mereka gagal layak ke suku akhir setelah tewas dalam kedua-dua perlawanan peringkat awal yang dijalankan secara kaedah double knock out.
Gandingan saya dan Cikgu Kamal telah menang dua perlawanan awal, menang suku akhir, menang separuh akhir dan tewas di perlawanan akhir. Gandingan kami tewas kepada beregu yang terdiri dari Encik Zain (dikhabarkan beliau pernah menjadi jurulatih petanque peringkat kebangsaan) dan atlet paralimpik Negeri Sembilan. Game itu kami tewas 9 berbalas 13.
Tahun depan tak berani iring murid lagi takut jadi macam hari ni :)

 Sesi latihan di sekolah.

 Faizal membuat lontaran.

 Pelbagai teknik latihan dilakukan.

 Hakim (kanan) diberi bimbingan oleh Hafiz.

 Berlatih dan terus berlatih.

 Pemain-pemain PZ yang lain turut turun melatih Faizal dan Hakim.

 Banner di hari pertandingan.

 Warm up session.

 PZ 1 bertemu atlet paralimpik Negeri Sembilan.

 Faizal membuat lontaran.

 Menggunakan tali pita untuk mengukur jarak jack dan boule.

 PZ 1 menerima hadiah saguhati.

 PZ 2 menerima hadiah saguhati.

 Fly Emirates menerima hadiah naib johan.