Saturday 31 December 2016

Pendaftaran Pelajar Baru, LDP Asas Refleksiologi & Mesyuarat Panitia PPKI SMKPZ

Tarikh: 31 Disember 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah berlangsung tiga aktiviti penting di Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba iaitu Program Pendaftaran Pelajar Baru, LDP Asas Refleksiologi & Mesyuarat Panitia PPKI SMKPZ. Pada tahun ini seramai 7 pelajar baru telah mendaftar tetapi itu tidak termasuk yang mungkin akan berdaftar pada minggu hadapan (pendaftaran lewat).
Selari dengan mata pelajaran Asas Refleksiologi yang akan dijalankan oleh pihak PPKI SMKPZ pada tahun 2017 di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah, guru-guru kami telah mengikuti satu latihan dalam perkhidmatan bertajuk Asas Refleksiologi yang dikendalikan oleh Encik Nur Irwan bin Sujak, salah seorang jurulatih utama Negeri Sembilan bagi mata pelajaran berkenaan. Pelbagai ilmu telah dikongsikan oleh beliau. Terima kasih diucapkan kepada beliau.
Usai LDP, kami telah mengadakan Mesyuarat Panitia PPKI SMKPZ kali pertama untuk tahun 2017. Pelbagai perkara telah dibincangkan merangkumi bidang kurikulum, hal-ehwal murid serta kurikulum.
Tatapi rakaman gambar yang sempat dibuat.

 Kaunter pendaftaran menerima klien.

 Puan Nor Wahidah mempengerusikan majlis.

 Tekun mendengar penerangan.

 Puan Hasmah, GPK PPKI SMKPZ menyampaikan taklimat.

 Khalayak macam ramai sikit daripada tahun lepas.

 Membeli buku dan peralatan sekolah.

 Puan Hasmah dan Puan Nor Wahidah setia melayan persoalan para penjaga.

 LDP bermula.

 Encik Irwan memperkenalkan diri beliau.

 Cikgu Mohd Abdullah menunjukkan tangan beliau yang cedera.

 Puan Hasmah diterangkan cara untuk mencari titik berkaitan sistem perkumuhan.

 Cikgu Azean diterangkan cara untuk mengurut bahagian yang berkaitan migrain.

 Daripada atas dah turun ke bahagian kaki.

 Puan Hasmah menyampaikan cenderamata daripada pihak PPKI SMKPZ kepada Encik Irwan.

 Puan Hasmah mempengerusikan mesyuarat.

 Semua nampak serius kecuali yang lambai tangan di belakang tu.

Sunday 25 December 2016

Terima kasih Cikgu Bala dan Cikgu David

Tarikh: 25 November 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini SMK Pendeta Za'ba kehilangan dua orang guru yang banyak berjasa kepada sekolah ini iaitu Encik S David Gnanasundarajan dan Encik S Balakrishnan yang bersara secara pilihan. Kalau di pihak PPKI SMKPZ, Cikgu David merupakan seorang yang banyak menyokong program-program sambutan hari lahir warga PPKI SMKPZ dengan sumbangan kek-kek harijadinya manakala Cikgu Bala pula selalu menyumbang fail-fail movie terkini untuk tontonan warga PPKI SMKPZ.
Terima kasih dan selamat bersara.

 Loqman Hakim menyampaikan lagu Aiman Tino.

 Dari kanan: Cikgu Bala, Cikgu David dan tetamu-tetamu VIP.

 Mengikuti majlis dengan penuh minat.

 Buku program ditampal dalam buku rekod mengajar saya.

Bye, bye buku rekod!