Sunday 30 March 2014

Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Pendeta Za'ba Kali Ke-19

Tarikh: 20 Mac 2014 (Khamis)
Masa: 3.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Abu Ubaidah bin Dato' Haji Redza (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Ampangan). Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para penerima Majlis Anugerah Cemerlang. Terima kasih di atas kesudian Dato' menghadiri majlis kami.

Gambar: Bukti kehadiran Encik Azean disaksikan oleh Puan Sa'adiah.
 

Gambar: Mohd Idham dan Nurul Husna merupakan penerima anugerah kecemerlangan PMR 2013 untuk calon PPKI.
 


Gambar: Saya time tarian ni saya tundukkan kepala, tak tengok. Pasal tu la gambar senget. Keh, keh, keh!



Gambar: YB sedang menyampaikan anugerah.





Gambar: Irama gamelan mengiringi majlis penyampaian anugerah.



Gambar: Jamal Ubaidullah Mohd Faris sedang menyampaikan lagu Keluhan Perantau. Memang mengeluh, lama tunggu cd minus one tu nak main.

Gambar: Mesyuarat PIBG bermula.


Gambar: Jadi saya ni nak komplen, pasai apa tuan-tuan dan puan-puan yang duduk kat depan tu ada meja, siap skirting. Khabarnya kain JC beli semeter tiga ringgit beli kat Nilai 3. Kami mak bapak yang mai petang ni duduk atas kerusi saja tak dak meja.

Thursday 20 March 2014

Majlis Penyampaian Hadiah MTAQ SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 19 Mac 2014 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 8.20 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Berikut dikongsikan rakaman imej Majlis Penyampaian Hadiah MTAQ SMK Pendeta Za'ba yang mana kumpulan nasyid PPKI telah menjadi johan.

Faris menerima sijil bagi pihak rakan.

Dah nampak dah air gas yang akan berebut nak minum nanti tu.

Persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid PPKI.

Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 17 Mac 2014 (Isnin)
Masa: 1.00 petang hingga 2.00 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za'ba. Dalam mesyuarat ini telah diadakan perbincangan pelbagai isu berkaitan warga PPKI terutama yang berkaitan dengan para pelajar serta isu siling bilik guru yang telah bocor sekian lama, sejak saya bertukar ke sini lima tahun lalu. Berkaitan siling yang bocor nampaknya kita akan terus menadah air yang bocor dengan menggunakan baldi atau besen.
Berikut ialah senarai ahli jawatankuasa Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za'ba 2014/2015.
Penasihat: Puan Hajah Hamidah binti Burok
Pengerusi: Encik Mohd Nasri bin Jani
Naib Pengerusi: Encik Zailani bin Yaacob
Setiausaha: Puan Hasmah binti Abu Bakar
Penolong Setiausaha: Puan Siti Norli binti Kamaruddin
Bendahari: Puan Nor Wahidah binti Jalil
AJK Ibu Bapa:
1. Puan Zarinah Abu Bakar
2. Encik Ibrahim bin Ismail
3. Encik Lumin bin Jamil
4. Encik Yusli bin Dollah
5. Puan Maimunah binti Abdullah
AJK Guru:
Semua guru PPKI SMK Pendeta Za'ba

Encik Zailani sedang menandatangani borang kehadiran.


Encik Mohd Nasri sedang menandatangani borang kehadiran.


Puan Hasmah sedang mempengerusikan majlis.


Para penjaga menyemak laporan kewangan.

Para penjaga mendengar penerangan Puan Hasmah.

Puan Hasmah menyampaikan maklumat terkini berkaitan sekolah.


Sesi pemilihan ajk yang baru.

Tahniah kepada Encik Mohd Nasri yang dilantik menjadi pengerusi yang baru.

Wednesday 12 March 2014

Mesyuarat Penyediaan Rancangan Pembelajaran Individu 1/2014

Tarikh: 6 Mac 2014 (Khamis)
Masa: 1.30 petang hingga 2.30 petang
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Penyediaan Rancangan Pembelajaran Individu PPKI SMKPZ kali pertama untuk tahun 2014. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas. Encik Azean bin Abdullah selaku Penyelaras RPI telah memberikan penerangan ringkas pelaksanaan RPI untuk tahun ini. Di dalam mesyuarat tersebut kelemahan murid-murid PPKI SMKPZ turut dikenalpasti dan mereka dibahagikan kepada guru-guru untuk disediakan RPI.

Puan Hasmah sedang mempengerusikan mesyuarat.

Sesi memilih murid berlangsung.

Kumpulan Nasyid PPKI SMKPZ Juara Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah

Tarikh: 26 Februari 2014 (Rabu)
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Dengan lagu bertajuk "Anugerah" dan "Ibu" yang dicipta oleh ahli-ahli kumpulan Spring, kumpulan nasyid PPKI SMKPZ telah menjadi johan acara nasyid MTAQ Peringkat Sekolah 2014. Pada tahun ini kumpulan nasyid PPKI SMKPZ berasa sangat bertuah kerana salah seorang penjaga murid PPKI iaitu Encik Zailani bin Yaacob (bapa kepada Megat Azmeerul) dan beberapa orang rakan beliau sudi mengorbankan masa mereka datang ke sekolah untuk melatih kumpulan nasyid PPKI SMKPZ.
Encik Zailani (yang kini merupakan penyanyi kumpulan Spring) serta ahli-ahli kumpulan Spring telah sudi menjadi bapa angkat kepada kumpulan nasyid PPKI SMKPZ. Semoga aktiviti sebegini menjadi contoh yang baik pelaksanaan Program Sarana Ibu Bapa di SMKPZ.

Latihan terakhir sebelum naik bertanding di dewan.

Permainan Boling Kali Pertama 2014

Tarikh: 26 Februari 2014
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Boling Aeon Seremban

Ini merupakan kali pertama permainan boling diadakan pada tahun ini. Murid-murid yang dah lama tak datang sekolah pun tiba-tiba datang pada pagi ini kerana mendapat panggilan telefon daripada kawan-kawan yang rajin datang sekolah, "Hari ini ada permainan boling,"  kata murid-murid yang selalu ponteng dengan girang pagi-pagi lagi kat saya.
Walaubagaimanapun, niat pemonteng-pemonteng untuk bermain boling gagal kerana yang tak datang pada hari Selasa (25 Februari 2014) tidak mendapat borang kebenaran untuk mengikuti permainan boling yang perlu ditandatangani oleh penjaga pada tiap-tiap kali untuk keluar bermain boling pada tahun ini. 
Maka tinggallah pemonteng-pemonteng yang ramai tu di sekolah.
Saksikan rakaman foto-foto berikut:

Sesi menjahanamkan lane yang baru diganti permainan bermula.

Haziq menunggu giliran.

Bertanding bola siapa yang masuk longkang dulu.

Ariff berehat di kerusi urut.

Najmie sedang memilih bola.

Sunday 9 March 2014

Ceramah Menangani Masalah Seksual Di Kalangan Pelajar Berkeperluan Khas

Tarikh: 20 Februari 2014 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Bermatlamat membimbing pelajar PPKI SMKPZ mengatasi dan membendung pelakuan seksual yang kurang sihat, ceramah di atas telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal bin Sulaiman, pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat cawangan Port Dickson.
Sepanjang lima tahun saya di sini terdapat beberapa kejadian salah laku seksual yang berlaku di kalangan pelajar maka ceramah sebegini adalah wajar untuk dilaksanakan.
Tatapi rakaman foto yang sempat dirakam oleh saya.

Megat sedang makan roti untuk mengalas perut sebelum mengikuti ceramah.

Cikgu Azean sedang memasang bunting.

Bunting yang telah siap dipasang.

Cikgu Wahidah mempengerusikan majlis.

Murid-murid khusyuk mendengar ceramah.

Encik Mohd Faizal sedang menyampaikan ceramah.

Surini sedang menanyakan soalan kepada penceramah.

Zulamri sedang mengikuti sesi imbas kembali zaman kanak-kanaknya.

Penceramah aktif bertanyakan soalan kepada murid-murid.

Najmie sedang menanyakan soalan kepada penceramah.

Aishah sedang cuba menjawab soalan kuiz.
Murid-murid berikrar tidak akan terlibat dengan salah laku seksual.

Cenderamata disampaikan oleh GPK Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar.

Sesi bergambar kenangan.

Merakam gambar orang-orang yang merakam gambar.

Ariff sedang makan nasi lemak.