Friday 20 June 2014

Sekitar persediaan Kejohanan Balapan & Padang SMK Pendeta Za'ba Kali Ke-20

Pada tahun ini Kejohanan Balapan & Padang SMK Pendeta Za'ba Kali Ke-20 akan diadakan pada 22 Jun 2014 (Ahad) bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Saksikan keghairahan warga PPKI SMKPZ membuat persediaan untuk menyertai kejohanan tersebut.

Burhanuddin ditugaskan membawa bendera kontinjen PPKI SMKPZ.

Mendengar arahan daripada Puan Siti Khairanah.

Berlatih menyanyikan lagu semasa perarakan.

Puan Siti Norli dan murid-murid menyediakan aiskrim Malaysia untuk dijual pada hari kejohanan.

Puan Siti Maizura membungkus maruku untuk dijual pada hari kejohanan.

Mohd Fithri membungkus maruku untuk dijual pada hari kejohanan.

 Puan Wan Azlima sedang menyediakan sayap untuk maskot.

Karnival Sukan & Permainan Pendidikan Khas Peringkat Daerah Seremban 2014

Tarikh: 17 dan 18 Jun 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Gelanggang Boling AEON Seremban 2 (acara boling sahaja pada 17 Jun 2014), Public Star Futsal Oakland (acara futsal), SMK Bukit Kepayang (acara petanque dan bola jaring)

Pada tahun ini peserta boling PPKI SMKPZ iaitu Muhammad Firdaus dan Nur Hiyah gagal mempamerkan prestasi yang memuaskan.

Markah banyak ni tahun depan tak payah hantar dah, buat hilang wang pertaruhan saja. Ehh, wang pertaruhan tu untuk pilihanrayalah.

Bagi acara petanque pula, Mohd Fithri dan Wan Ahmad Faizal telah memenuhi sasaran yang ditetapkan iaitu layak sehingga ke pusingan kedua. Tiada wakil bagi acara perempuan kerana selain faktor Khairul Azlina dan Nurul Husna yang telah berhenti sekolah, acara bola jaring yang turut berlangsung serentak dengan acara petanque mengakibatkan peserta PPKI SMKPZ yang menyertai bola jaring tidak dapat menyertai acara petanque. 

Berdebar-debar menunggu giliran.

Mohd Fithri sedang membuat lontaran.

Wan Ahmad Faizal sedang membuat lontaran.
 
Bagi acara bola jaring, tiga wakil PPKI SMKPZ iaitu Nur Syakirin Bestari, Nurul Asyikin dan Nur Hiyah telah menyertai pemilihan untuk mewakili pasukan Seremban ke peringkat negeri. Dalam proses pemilihan tersebut hanya Nur Syakirin Bestari yang tidak  layak.

Bagi acara futsal, Muhammad Idham dan Mohd Shahrizan telah terpilih untuk mewakili pasukan Seremban ke peringkat negeri.

Bergambar kenangan di hadapan bunting karnival.

Monday 16 June 2014

Sambutan Hari Lahir Warga PPKI SMKPZ

Tarikh: 26 Mei 2014 (Isnin)
Tempat: Blok PPKI SMKPZ
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang

Pada hari ini telah diadakan sambutan hari lahir warga PPKI SMKPZ untuk mereka yang dilahirkan di antara bulan Januari hingga Jun. Tatapi rakaman foto suasana pada hari tersebut.

Puan Sa'adiah dan Puan Wahidah sedang memasak.

Puan Siti Norli dan Puan Siti Maizura sedang meniup belon.

Murid-murid sedang memotong kek hari lahir.

Guru-guru dan pembantu-pembantu pengurus murid turut memotong kek.

Murid-murid beratur mengambil makanan.

Guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid menghidangkan makanan kepada murid.

Surini (kiri) dan Fatin sedang menikmati jamuan.

Senyum dulu sebelum makan.

Puan Sa'adiah sedang makan kek.

Bunting yang dibuat sendiri oleh warga PPKI SMKPZ.

Surini dan Haziq sedang menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir.

Encik Mohd Abdullah sedang mempengerusikan majlis.

Puan Hasmah menyampaikan hadiah hari lahir kepada Mohd Fithri.

 Puan Hasmah menyampaikan hadiah hari lahir kepada Nor Ashikin.

Sudah makan mesti kemas.

Bergambar kenangan. Ada yang menyambut kali terakhir hari lahir di PPKI SMKPZ kerana akan tamat persekolahan.

Puan Hasmah mengedarkan goodies.