Wednesday 13 March 2013

Minggu Bahasa PPKI SMK Pendeta Za'ba

Sepanjang minggu ini iaitu dari hari Isnin 11 Mac 2013 hingga Jumaat 15 Mac 2013 adalah merupakan Minggu Bahasa PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pelbagai aktiviti telah diatur yang mana kesemuanya dilaksanakan selepas jam 10.00 pagi iaitu selepas waktu rehat.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah pertandingan mewarna, mencari benda/perkataan tersembunyi, mendeklamasi sajak, bercerita, ejaaan, teka silang kata, mencari harta karun dan kotak beracun. Saksikanlah beberapa aktiviti yang sempat dirakam menggunakan kamera 2 megapiksel telefon bimbit Nokia C3 Cikgu Noor Azlan.

Gambar: Cikgu Wan Azlima sedang memberi taklimat.

Gambar: Murid-murid mendengar penerangan Cikgu Wan Azlima. (penerangan gambar yang sangat anti-klimaks, ha ha ha!)

Gambar: Khairul Azlina sedang mencari perkataan tersembunyi.

Gambar: Amirul sedang mewarna.

Gambar: Razanah sedang mendeklamasikan sajak.

Gambar: Kumpulan Cikgu Noor Azlan menunjukkan senarai barang-barang yang perlu dicari dalam acara mencari harta karun.
Gambar: Cikgu Azean sedang menandakan barang-barang yang telah dibawa kepadanya dalam acara mencari harta karun.
Gambar: Aliya dan kumpulannya dalam pertandingan menyusun kepingan gambar.

Gambar: Nazirul berjaya mendapatkan kepingan gambar yang pertama.

Gambar: Zainul mencabut kepingan kertas yang mengandungi perkataan untuk dieja dalam acara kotak beracun.

Gambar: Faris (kanan) sedang menyampaikan mesej kepada Fithri dalam pertandingan telefon buruk.

Gambar: Iman sedang menerima hadiah daripada Cikgu Hasmah.

Gambar: Upacara penyampaian hadiah sedang berlangsung.

Gambar: Selingan lagu My Way dipersembahkan oleh Faris.

Tuesday 12 March 2013

Kalau menang rm250000...

... dalam cabutan sijil simpanan premium bank simpanan nasional rasanya saya juga ingin mengambil cuti tanpa gaji untuk menyambung pengajian peringkat sarjana tapi setakat ini belum menang lagi. Ha ha ha!

Pada pagi Jumaat, 8 Mac minggu lalu, SMK Pendeta Za'ba telah kehilangan khidmat seorang lagi gurunya iaitu Puan Manirah binti Othman yang telah mengambil cuti tanpa gaji bagi mengiringi suaminya yang berkhidmat di luar negara. Puan Manirah binti Othman dilahirkan di negeri Kedah pada 27 Disember 1977.

Beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Syariah Islamiah di Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 1999. Beliau kemudiannya mengikuti kursus Diploma Pendidikan Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Maktab Perguruan Islam Selangor pada tahun 2000.

Beliau memulakan khidmat sebagai guru di SMK Dato’ Ahmad, Kuala Nerang, Kedah pada Januari 2001 sebelum bertukar ke SMK Senawang pada Januari 2004. Beliau mula berkhidmat di SMK Pendeta Za’ba pada 1 Januari 2008. Beliau merupakan guru mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.

Dalam bidang ko-kurikulum beliau merupakan guru penasihat untuk Puteri Islam, Persatuan Agama Islam dan permainan bola baling.

Dalam majlis perpisahan yang diadakan pada pagi tersebut beliau telah menyampaikan beberapa amanat berguna kepada murid-murid yang bakal ditinggalkan. Beliau juga berharap agar pada suatu hari nanti beliau akan kembali menabur bakti di SMK Pendeta Za'ba.

Selamat jalan daripada kami semua.

Gambar: Ustaz Nor Sharulazemi mempengerusikan majlis.

Gambar: Puan Manirah (kiri) di atas pentas bersama barisan pentadbir.
 
 Gambar: Puan Manirah sedang berucap.

Gambar: Puan Wahidah menyampaikan cenderadurja daripada pihak Kelab Guru dan Staf SMK Pendeta Za'ba.

Gambar: Puan Hasmah menyampaikan cenderadurja daripada pihak PPKI SMK Pendeta Za'ba.

Monday 11 March 2013

Minggu Kerjaya SMK Pendeta Za'ba

Bersempena dengan Minggu Kerjaya SMK Pendeta Za'ba pada 4 hingga 8 Mac yang lalu, telah diadakan pertandingan mewarna dan teka silang kata. Dalam upacara penyampaian hadiah pada Isnin, 11 Mac 2013 Ummi Aida binti Zainuddin telah diumumkan sebagai johan untuk pertandingan mewarna manakala Muhammad Burhanuddin bin Abdullah telah diumumkan sebagai johan untuk pertandingan teka silang kata. Tahniah kepada semua pemenang.

Gambar: Muhamad Husaini sedang mewarna lukisan.

Gambar: Nur Afiqah sedang mewarna lukisan.

Gambar: Ummi Aida menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.

Gambar: Muhammad Burhanuddin menerima hadiah daripada Tuan Pengetua.

Latihan sukan tara bermula

Mulai Selasa, 5 Mac 2013, pada setiap kali waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan diadakan latihan untuk sukan tara. Pada hari ini telah diadakan latihan lontar peluru yang diterangkan oleh Cikgu Azean.

Gambar: Nur Hiyah sedang melakukan lontaran.

Tuesday 5 March 2013

Muhammad Faris bin Muhayuddin Tokoh Pendidikan Khas 2012 SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 2 Mac 2013 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan Blok A SMK Pendeta Za'ba

Bagi yang belum tahu, Dewan Seri Pendeta telah mengalami kebakaran beberapa hari yang lalu. Kebakaran yang bermula di bilik suis utama itu telah mengakibatkan banyak program atau aktiviti yang hendak dijalankan di dewan tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat yang lain.

Maka, pada tahun ini Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pendeta Za'ba terpaksa dilangsungkan di Dewan Blok A. Murid-murid PPKI turut membantu semasa menyusun kerusi di dalam dewan pada hari sebelumnya (Jumaat).

Gambar: Naqiuddin (kiri) dan Amyrul sedang menyusun kerusi.

Gambar: Bergambar kenangan di depan tempat duduk VIP.

Pada hari Sabtu, pada paginya dimulakan dengan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 SMK Pendeta Za'ba terlebih dahulu. Isu dominan yang saya dengar dari kerusi baris belakang dewan ialah berkaitan jumlah sumbangan PIBG.

Gambar: Rakaman saya dari belakang dewan.

Berkaitan sumbangan PIBG ada yang nak bayar lebih, ada yang nak bayar kurang, ada yang nak bayar beransur-ansur, ada yang tak mampu, macam-macam ragam manusia. Encik Madun bin Mislan yang telah dilantik semula sebagai pengerusi PIBG dan Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin bin Kasim telah cuba menjawab sebaik mungkin segala persoalan yang dikemukakan oleh para penjaga yang hadir.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pendeta Za'ba kemudiannya dilangsungkan pada jam 11.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Sah bin Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran Daerah PPD Seremban. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau telah menekankan betapa pentingnya kerjasama erat antara penjaga dan sekolah untuk memajukan mutu pendidikan anak-anak.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Faris bin Muhayuddin yang telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Pendidikan Khas 2012 SMK Pendeta Za'ba.

Gambar:  Tuan Mohd Sah sedang menyatakan sesuatu kepada Muhammad Faris.

Friday 1 March 2013

Islam Cara Hidupku

... merupakan tema Minggu MTAQ peringkat SMK Pendeta Za'ba pada tahun ini. Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Rosdin bin Kasim pada pagi Jumaat, 22 Februari yang lalu dan tamat pada hari ini (1 Mac 2013).
Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan seperti bacaan Asma Al-Husna pada perhimpunan pagi, solat berjemaah di Dewan Seri Pendeta, pertandingan tulisan khat dan tilawah Al-Quran. Murid-murid PPKI turut menyertai dua pertandingan iaitu nasyid dan Bilal Muda (kategori menengah rendah).
Untuk pertandingan nasyid, pasukan PPKI telah mendapat tempat ketiga manakala untuk pertandingan Bilal Muda, Muhammad Faris bin Muhayuddin telah menjadi johan.
Tahniah!

 Gambar: Pertandingan nasyid diadakan di surau.

 Gambar: Nasyid bertemakan Wassatiyyah Tonggak Kecemerlangan.

 Gambar: PPKI merupakan pasukan pertama yang membuat persembahan pada pertandingan tersebut.

Gambar: Muhammad Faris bin Muhayuddin menerima hadiah daripada GPK1 Tuan Haji Hashim bin Osman.

Juara Longkang

Tarikh: 27 Februari 2013 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Pasar Raya AEON Seremban 2

Setelah sekian lama lane-lane di arena boling Pasar Raya AEON Seremban 2 "selamat" daripada hempasan kejam bola saiz  15 (habih lingkup lane) murid-murid PPKI SMKPZ, maka pada pagi ini bermulalah aktiviti 1 Murid 1 Sukan untuk permainan boling pada tahun ini.
Bermacam gaya dipaparkan. Ada yang langkah mulanya kalau Shalin Zulkifli tengok pasti beliau pun akan kagum tapi bola meleret manja ke dalam longkang, kalau tak ke kiri mesti ke kanan.Ada yang baling hanya meleret perlahan tetapi strike kalau tak pun spare.
Bulan depan kita datang lagi!

Gambar: Cikgu Saadiah menolong Ariff mengangkat bola.

Gambar: Faris melepaskan rindu untuk berjumpa Cikgu Roslan yang kebetulan bermain di lane berhampiran.

Program Sarana SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 23 Februari 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada pagi ini program di atas telah diadakan di sekolah bagi memberi peluang para penjaga pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 untuk bertemu dan bertukar-tukar pendapat mengenai pembelajaran anak-anak mereka. Pada kali ini saya telah bertugas sebagai ajk lcd dan mikrofon dengan diketuai oleh Cikgu Fauat.
Majlis bermula dengan taklimat yang disampaikan oleh pihak pentadbiran.

Gambar: Dikatakan kehadiran penjaga menjangkau 80%.

Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 kemudiannya melafazkan ikrar pelajar dengan diketuai oleh pemimpin pelajar. 



Setelah selesai bacaan ikrar, para penjaga kemudiannya diberi peluang untuk berbincang akan pembelajaran anak-anak mereka dengan guru-guru di meja-meja khas yang disediakan di belakang dewan.

Gambar: Sesi pertemuan para penjaga dan guru-guru.

Gambar: Makan beef and egg burger di mc donald senawang setelah tamat program.