Tuesday, 5 March 2013

Muhammad Faris bin Muhayuddin Tokoh Pendidikan Khas 2012 SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 2 Mac 2013 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Dewan Blok A SMK Pendeta Za'ba

Bagi yang belum tahu, Dewan Seri Pendeta telah mengalami kebakaran beberapa hari yang lalu. Kebakaran yang bermula di bilik suis utama itu telah mengakibatkan banyak program atau aktiviti yang hendak dijalankan di dewan tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat yang lain.

Maka, pada tahun ini Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pendeta Za'ba terpaksa dilangsungkan di Dewan Blok A. Murid-murid PPKI turut membantu semasa menyusun kerusi di dalam dewan pada hari sebelumnya (Jumaat).

Gambar: Naqiuddin (kiri) dan Amyrul sedang menyusun kerusi.

Gambar: Bergambar kenangan di depan tempat duduk VIP.

Pada hari Sabtu, pada paginya dimulakan dengan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 SMK Pendeta Za'ba terlebih dahulu. Isu dominan yang saya dengar dari kerusi baris belakang dewan ialah berkaitan jumlah sumbangan PIBG.

Gambar: Rakaman saya dari belakang dewan.

Berkaitan sumbangan PIBG ada yang nak bayar lebih, ada yang nak bayar kurang, ada yang nak bayar beransur-ansur, ada yang tak mampu, macam-macam ragam manusia. Encik Madun bin Mislan yang telah dilantik semula sebagai pengerusi PIBG dan Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin bin Kasim telah cuba menjawab sebaik mungkin segala persoalan yang dikemukakan oleh para penjaga yang hadir.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Pendeta Za'ba kemudiannya dilangsungkan pada jam 11.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Sah bin Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran Daerah PPD Seremban. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau telah menekankan betapa pentingnya kerjasama erat antara penjaga dan sekolah untuk memajukan mutu pendidikan anak-anak.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Faris bin Muhayuddin yang telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Pendidikan Khas 2012 SMK Pendeta Za'ba.

Gambar:  Tuan Mohd Sah sedang menyatakan sesuatu kepada Muhammad Faris.

No comments:

Post a Comment