Monday 29 February 2016

LDP Memperkasa Penggunaan Frog VLE di SMKPZ

Tarikh: 27 Februari 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Makmal ICT SMKPZ

Saya percaya VLE Frog merupakan satu instrumen yang boleh digunakan untuk membantu pembelajaran yang lebih menyeronokkan di kalangan murid-murid. Dengan kemudahan SCORM, tugasan, video dan lain-lain apatah lagi dengan kombinasi Chrome Book, setiap murid pasti ternanti-nanti bila lagi nak masuk lab.
Bagi saya di PPKI ni terdapat beberapa kekangan seperti jarak yang jauh untuk lab. Signal wifi pula terhalang dengan binaan dinding baru di kantin. Internet untuk kehadiran APDM nasib baik boleh pakai Dongle YES.
Mungkin pada masa hadapan ada perbekalan khas Chrome Book untuk murid-murid kami sementelah lagi PC-PC yang kami gunakan untuk kelas TMK berkeadaan amat tenat kerana ada yang berusia lebih tua daripada murid yang baru berdaftar tahun ini.
Ikuti rakaman foto oleh kami guru-guru yang terpilih untuk LDP hari tersebut.

Cikgu Mohd Abdullah tekun dengan Frog VLEnya.

Saya kagum dengan penceramah jemputan dari PPD Seremban yang sangat sabar menyampaikan ilmunya.

Cikgu Loqman sedang trouble shoot PA system.

Terkenang suasana kerja di SMPK Setapak dulu.

GPK 1, Encik Abdul Hadi menyampaikan cenderahati kepada penceramah-penceramah jemputan.

Pergilah Sayang Pergilah Pujaan 1/2016

Tarikh: 26 Februari 2016 (Jumaat)
Masa: 11.45 pagi
Tempat: Ruang serbaguna PPKI SMKPZ

Tahniah diucapkan kepada murid PPKI SMKPZ iaitu Anas bin Zul Amirul Sidi kerana telah terpilih bagi mengikuti latihan paralimpik renang peringkat kebangsaan di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Program latihan yang bakal diikuti oleh Anas berdurasi 10 bulan sehingga akhir tahun 2016.
Anas yang turut bertukar ke sekolah baru iaitu SMK Seri Tasik sangat sedih untuk meninggalkan kawan-kawannya. Kami doakan agar Anas berjaya menjadi atlit yang terbilang dan tidak menoleh ke belakang lagi.

Budak perempuan kalau ada yang nangis, cikgu akan rakam gambar bagi kat mak bapak kamu.

Fitri mengucapkan selamat jalan kepada Anas.

Satihyasellon (kanan) memeluk erat Anas buat kali terakhir.

Api, api, api!

Tarikh: 26 Februari 2016 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Padang SMKPZ dan Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan latihan kebakaran kali pertama serta ceramah pencegahan kebakaran di SMKPZ. Bagi latihan kebakaran, pada pendapat saya warga PPKI SMKPZ telah memberikan respon yang pantas dan bergerak secara teratur.

Mana kambing golek belum sampai ni?

Kambing golek tu khemahnya kita pasang kat depan sana.

Kambing, kambing. Ini firedrill la. Cuba serius sikit.
 
Setelah tamat latihan kebakaran, semua warga SMKPZ telah masuk ke dalam dewan bagi mengikuti ceramah pencegahan kebakaran oleh pegawai bomba Balai Seremban 2.

Mendengar ceramah kebakaran yang disampaikan pegawai bomba Balai Seremban 2.

Ngeri melihat video kebakaran.

Mendengar ceramah dengan khusyuk.

Hari Anugerah Cemerlang PT3 2015 dan Mesyuarat Agung PIBG SMKPZ 2016

Tarikh: 25 Februari 2016 (Khamis)
Masa: 2.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Pada hari ini telah berlangsung dua program utama untuk sekolah ini iaitu Hari Anugerah Cemerlang PT3 2015 dan Mesyuarat Agung PIBG SMKPZ 2016. Bagi program Hari Anugerah Cemerlang PT3 2015 jumlah penerima anugerah lebih daripada 80 orang. Mereka yang mendapat 5A dan ke atas diberi hadiah RM10 untuk setiap satu A.
Pada hari ini sepatutnya Yang Berhormat Dato' Haji Abu Ubaidah bin Dato' Haji Redza dijadualkan hadir untuk merasmikan majlis tetapi atas sebab-sebab tertentu  beliau tidak dapat hadir dan diwakili oleh pegawai khas kepada beliau iaitu Encik Tuan Ros Shahar Mustafa.
Saya dulu-dulu masa sekolah pun ada dapat hadiah untuk kecemerlangan ni PT3 ni (masa tu masih PMR lagi) tapi 7A ke atas baru dapat hadiah. Itu pun kalkulator je. Untung anak-anak SMKPZ.

Kat sini ka nak ambil duit bantuan RM100 tu? Eh, itu dah lepas lama dah encik.

Tetamu VIP mengambil tempat.

Wah ramainya. Nanti time mesyuarat PIBG tengok la berapa kerat yang tinggal.

Tarian Selamat Datang.

Pengerusi majlis.

Ustaz Mohd Abdullah membacakan doa pembuka majlis.

YDP PIBG SMKPZ, Encik Shahrom menyampaikan ucapan.

Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah binti Burok menyampaikan ucapan.

Pegawai khas kepada Yang Berhormat Dato' Haji Abu Ubaidah bin Dato' Haji Redza, Encik Tuan Ros Shahar Mustafa menyampaikan ucapan.

Puan Aziah menyelaras bakal penerima anugerah PT3.

Ada gamelan. Macam konvokesyen.

Senyum, senyum. Nak ambil gambar ni.

Encik Tuan Ros Shahar Mustafa menerima cenderamata daripada YDP PIBG SMKPZ.

Setelah tamat majlis anugerah, menghampiri jam 5.00 petang bermula pula Mesyuarat PIBG SMKPZ 2016. Pelbagai usul seperti isu NILAM, merit demerit, bebanan kerja rumah telah dibincangkan secara muafakat bagi kepentingan pelajar SMKPZ.
 
 
GPK HEM SMKPZ, Tuan Haji Roslan menjawab isu yang dibangkitkan para penjaga.

Tiga pencatat ditugaskan.

Sekeping gambar seribu cerita.

Penjaga melontarkan buah fikiran.

Pandangan dilontarkan oleh penjaga.

Penjaga mengemukakan soalan.

Puan Pengetua menjawab soalan.

GPK Ko-Kurikulum, Puan Norhayati selaku pencatat calon-calon AJK PIBG SMKPZ.

Ustaz Norshahrul Azemi mencadangkan sidang hadirin bertukar kepada talian telefon prabayar ONEXOX kerana sekali top up tempoh sahnya ialah 28 bulan calon YDP PIBG SMKPZ.

Barisan PIBG yang baru dilantik.

Wednesday 24 February 2016

Menguli Roti

Tarikh: 24 Februari 2016 (Rabu)
Masa: 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Tempat: Ruang serbaguna PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Kursus Asas Pembuatan Roti Bagi Warga PPKI SMKPZ. Penceramah jemputan ialah Encik Aziz bin Jaapar yang merupakan salah seorang pengusaha pastri kecil-kecilan di daerah Seremban. Kursus ini telah memberikan pendedahan awal bagi semua warga PPKI SMKPZ kaedah untuk membuat roti yang mudah.
Warga PPKI SMKPZ ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Encik Aziz bin Jaapar yang sudi berkongsi ilmu beliau dengan kami. Ikuti rakaman program tersebut.

Encik Aziz menunjukkan langkah campuran bahan dijalankan.

Menggaul adunan.

Tak sabar nak makan roti buatan sendiri.

Encik Aziz menguli adunan.

Fitri menguli adunan.

Hamas menguli adunan.

Adunan dibiarkan sebentar untuk yis menjalankan tugasnya.

Menyapu marjerin di atas dulang.

Memotong doh kepada bahagian-bahagian kecil.

Menguli potongan doh kepada bentuk sfera.

Menyusun doh di atas dulang.

Mari kita bakar.

Proses pembakaran bermula.

Bau roti yang menggoda.

GPK Pendidikan Khas turut menyapu marjerin untuk mengilatkan roti yang telah siap dibakar.

Kemudian disusun pula di atas jaring untuk dibiarkan sejuk seketika.

Pakat-pakat rasa sorang sikit.

Puan Hasmah menyampaikan cenderamata kepada Encik Aziz bagi pihak SMKPZ.