Thursday 22 June 2017

Majlis Di Ambang Aidilfitri PPKI SMKPZ

Tarikh: 22 Jun 2017 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Ruang Serbaguna Blok PPKI SMKPZ

Aidilfitri kian hampir. Kemeriahannya dirasakan di mana-mana. Warga PPKI SMKPZ juga turut meraikannya dengan mengadakan satu majlis ringkas pada pagi ini.
Saksikan rakaman yang sempat saya buat.
Buat semua umat Islam, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin.

 Faizal sedang menggantung bulan.

 Den ikhlas bagi duit raya setakat 100 sen saja seorang, kalau lebih tak ikhlas dah :)

 Menjahit langsir raya.

 Pakat-pakat menganyam ketupat.

 Yang Berusaha Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas SMKPZ sedang menyampaikan peringatan dan nasihat beliau kepada para pelajar.

 Cikgu Mohd Abdullah mengagihkan sumbangan duit raya kepada para pelajar.

 Puan Sharul Afizah turut sama membantu.

 Shamsul Haziq turut menyampaikan sumbangan duit raya.

 Jangan beli mercun pula dengan duit raya tu.

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sebelum pulang.

Dah tak tau nak tulis apa dah. TQ to Fizah for the above picture of everybody.

Majlis Anegerah Bintang Pengetua & Sahsiah Terpuji 2017

Tarikh: 22 Jun 2017 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan majlis di atas bagi mengiktiraf pencapaian para pelajar SMKPZ yang mendapat keputusan cemerlang semasa peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei yang lalu.
Bagi yang mendapat sedikit sahaja bilangan A akan menerima Anugerah Ibnu Khaldun manakala yang mendapat bilangan 4 A ke atas akan mendapat Anugerah Pingat Gangsa.
Di kalangan pelajar PPKI SMKPZ, lebih daripada 20 pelajar mendapat Anugerah Ibnu Khaldun manakala untuk Anugerah Gangsa, 3 orang pelajar mendapat anugerah tersebut iaitu Nasrullah E'man bin Khazali, Nur Afiqah binti Nasri serta Mathan Kumar a/l Araithan.
Tahniah kepada semua yang berjaya dan saksikan rakaman yang sempat saya buat. 

 Antara wajah-wajah yang gagal mendapat sebarang A semasa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jangan bersedih, usaha dengan lebih giat untuk kejayaan yang lebih gemilang.

 Banner yang cantik.

 Jangan salah faham, bukan ramai yang ponteng tetapi ramai yang dapat A dan tengah beratur untuk menerima anugerah di luar dewan.

 Yang Berusaha Timbalan Pengerusi PIBG SMKPZ sedang menyampaikan ucapan beliau.

 Yang Berusaha Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK 1 SMKPZ sedang menyampaikan ucapan beliau.

 Nurul Hazirah binti Nordin antara penerima Anugerah Ibnu Khaldun.

 Mohd Syahmi bin Mohd Raduan antara penerima Anugerah Ibnu Khaldun.

 Nasrullah E'man berbangga menerima Anugerah Gangsa.

 Nur Afiqah berbangga menerima Anugerah Gangsa.

Mathan Kumar berbangga menerima Anugerah Gangsa

Majlis Khatam Al-Quran, Sumbangsih Sayang Disayang & Majlis Di Ambang Aidilfitri

Tarikh: 21 Jun 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta Za'ba

Di dalam majlis di atas beberapa orang murid PPKI SMKPZ telah menerima sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai yang telah disumbangkan oleh pelbagai individu yang dermawan.
Saksikan rakaman yang telah dibuat oleh Puan Sharul Afizah untuk tatapan bersama.

 Yang Berusaha Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK 1 SMK Pendeta Za'ba sedang menyampaikan ucapan.

 Hakim sedang menerima bantuan sumbangan Aidilfitri.

 Iqmal sedang menerima bantuan sumbangan Aidilfitri.

Taklimat Penataran KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2

Tarikh: 19 Jun 2017 (Isnin)
Masa: 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini telah diadakan Taklimat Penataran KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 2 bagi subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni Visual. Bagi subjek Pendidikan Islam, taklimat telah disampaikan oleh Encik Noor Azlan bin Abd Rahman. Bagi subjek Pendidikan Seni Visual, taklimat telah disampaikan oleh Puan Sa'adiah binti Kamarudin.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Menunggu semua guru mengambil tempat.

 Kenapa Cikgu Lan kata kotak tu warna kuning? Kami semua nampak kotak tu warna hijau. Ooo, projektor lcd dah usang. Nanti kita beli yang baru.

 Saya ni bukan opsyen Pendidikan Islam tapi ibarat Si Kembang Cina, disuruh pergi, dipanggil datang.

 Contoh minit curai.

 Giliran Puan Sa'adiah berkongsi ilmu.

Puan Siti Norli sedang bertanyakan perihal pentaksiran murid kepada Puan Sa'adiah.

Friday 16 June 2017

Hari Kelima Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Tarikh: 16 Jun 2017 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Ruang Serbaguna Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan aktiviti Kotak Beracun dan majlis penutup bagi Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Pameran hasil Pertandingan Mewarna Dan Kolaj Khat Jawi dan Pertandingan Merekacipta Kad Ucapan Hari Raya.
 
 Sudut pandang lain.

 Cantik.

 Cikgu Siti Norli mengendalikan aktiviti Kotak Racun.

 Syamira bersedia untuk menggerakkan Kotak Beracun.

 Liyana takut muzik berhenti.

 Berkerjasama menjawab soalan.

 Hazirah menjawab soalan.

Kotak Beracun bergerak lagi.

 Puan Shariza mengacarakan majlis penutup.

 Puan Nor Wahidah menyampaikan ucapan penutup.

 Kumpulan Amyrul mendapat tempat ketujuh.

 Kumpulan Haziq mendapat tempat keenam.

 Kumpulan Liyana mendapat tempat kelima.

 Kumpulan Syahmi mendapat tempat keempat.

 Kumpulan Haikal mendapat tempat ketiga.

 Kumpulan Zairul mendapat tempat kedua.

 Kumpulan Khursairy mendapat tempat pertama.

 Megat menerima sumbangan baju raya.

Razip menerima sumbangan baju raya.