Monday 26 January 2015

Pemeriksaan Gigi

Tarikh: 27 Januari 2015 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Kesihatan SMKPZ

Pada hari ini murid-murid PPKI SMKPZ telah menjalani pemeriksaan gigi yang dijalankan oleh sepasukan doktor dan jururawat daripada Klinik Kesihatan Ampangan. Selain menjalani pemeriksaan gigi, murid-murid juga turut diberi nasihat akan amalan-amalan berguna untuk menjaga kesihatan oral. Terima kasih kepada doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang prihatin akan kesihatan gigi murid-murid kami.

Muka-muka konfiden dan tak takut doktor gigi.

Siap buat tanda peace lagi sebelum masuk Bilik Kesihatan.

Nur Iman (kiri) dan rakan-rakan memegang kad rekod pergigian.

Ni semua gigi dah berlubang ni. Semua doktor akan cabut dan nanti pakai gigi palsu ya.

Saturday 17 January 2015

LDP 1/2015 Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21

Tarikh: 17 Januari 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMKPZ

Pada pagi ini, setelah makan lutung... oppp salah tu, lontong, cucur badak, kuih koci dan teh o masjid di kantin sekolah, warga guru SMKPZ telah mengikuti LDP 1/2015 yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21.
Penceramah jemputan pada pagi ini ialah Encik Norhisham bin Haji Omar, Ketua Bidang Unit ICT dan Perkomputeran, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dalam ceramahnya, beliau telah berkongsi idea-idea baru berkaitan pengajaran dan pengajaran. Antaranya ialah penggunaan Google Sites dan smart board.
Terima kasih kepada Encik Norhisham di atas kesudian beliau untuk berkongsi ilmu dengan kami.

Yang ini lutung.

Yang ini lontong.

Encik Norhisham sedang menyampaikan ceramah.

Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan

Tarikh: 15 Januari 2015 (Khamis)
Masa: 1.00 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini, PPKI SMKPZ telah mengadakan satu majlis perpisahan yang ringkas untuk salah seorang warganya iaitu Mohd Firdaus bin Abdullah. Beliau terpaksa meninggalkan SMKPZ kerana melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Melaka. Difahamkan beliau akan mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Pendawaian Elektrik di bawah Program Buying Seats Pendidikan Khas.
Mohd Firdaus telah 'turun' daripada arus perdana pada tahun 2013. Sepanjang di PPKI beliau telah banyak menunjukkan perubahan positif sama ada daripada aspek disiplin atau pun akademik. Beliau banyak membantu guru-guru dan mesra dengan rakan-rakan.
Mohd Firdaus juga aktif mewakili sekolah dalam pelbagai acara sukan pendidikan khas. Antaranya ialah pertandingan boling, azan dan futsal. Kepada Mohd Firdaus, selamat maju jaya.
Saksikan rakaman majlis perpisahan tersebut.

Mohd Firdaus menyampaikan ucapan perpisahan.

Anas hampir menangis semasa menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Mohd Firdaus.

Menerima cenderamata daripada Puan Hasmah.

Puan Nor Wahidah turut menyampaikan cenderamata.

Bersalam-salaman dengan rakan-rakan buat kali terakhir.

One Stop Shoppe 'diterjah' murid PPKI

Tarikh: 15 Januari 2015 (Khamis)
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: One Stop Shoppe

Semasa menjalankan aktiviti orientasi persekitaran sekolah, salah satu persinggahan baru tahun ini ialah One Stop Shoppe yang baru dibuka pada awal tahun ini di belakang astaka sekolah.

Lokasi One Stop Shoppe sebelum ini pernah menjalankan beberapa fungsi. Antara yang saya ingat ialah beberapa guru menjadikan tempat tersebut sebagai kelas, pondok bacaan (ada beberapa kali saya meminjam buku-buku Reader Digest yang ada di rak-rak buku di situ), tempat makan murid waktu rehat (walaupun ada tanda larangan Dilarang Makan ditampal di pintu masuknya) dan paling saya tak boleh lupa ialah tempat persediaan satu pasukan beruniform (dah lupa pula sekolah mana) dalam pertandingan kawad kaki yang yang dijalankan pada tahun 2013. Mana tak boleh lupanya, semua botol-botol, sampah-sarap ditinggalkan di tempat tersebut sayalah yang kena kemas kerana menjadi ajk kebersihan. Ha, ha, ha! Jadi cikgu ni apa yang tak kena buat?

Semoga One Stop Shoppe akan terus maju dan mendapat sokongan warga sekolah. Oh ya, saksikan rakaman 'terjahan' murid-murid PPKI pada hari tersebut.

One Stop Shoppe.

Puan Nor Wahidah (kiri) menyambut ketibaan murid-murid PPKI.

Puan Siti Khairanah mengawal disiplin murid-murid yang masuk membeli.

Murid-murid teruja memilih barangan untuk dibeli.

Sudut pandangan yang lain.

Semua bayar pakai duit not RM100, duit bantuan RM100 yang baru dapat hari Selasa baru-baru ini.

Sekitar Minggu Orientasi Murid Baru PPKI

Tarikh: 12 hingga 16 Januari 2015
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Seluruh sekolah

Yang berhenti atau tamat sekolah tahun lepas hanya beberapa orang sahaja tetapi yang masuk tahun ini ialah 12 murid baru. Jumlah enrolmen pada masa kini mencecah hampir 60 orang.
Apa pun, pada minggu ini telah diadakan minggu orientasi murid baru PPKI SMKPZ. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ujian saringan, sesi berkenalan dan meronda sekolah. Saksikan rakaman lensa telefon Nokia C3 saya.

Haqiz menikmati jamuan sempena menyambut rakan-rakan baru.

Mee goreng yang sedap.

Puan Sa'adiah mengendalikan sesi berkenalan.

Mendengar dengan penuh minat.

Puan Hasmah mengalu-alukan kedatangan murid baru dan lama ke sesi persekolahan 2015.

Encik Noor Azlan memperkenalkan diri.

Encik Mohd Abdullah memperkenalkan diri.

Cik Noraini memperkenalkan diri.

Murid baru, Mohd Tasniim memperkenalkan diri.

Murid baru, Ain Syuhada memperkenalkan diri.

Bersedia untuk meronda sekolah.

Bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Berada di hadapan Dewan Seri Pendeta.

Ini tempat lembu-lembu korban disembelih setiap tahun.

Baru nak shopping di koop, tutup la pulak.

Ini bilik cabut gigi (Bilik Kesihatan).

Ooo, ini pusat sumber sekolah rupanya.

Di gelanggang petanque.

Di surau sekolah.

Shopping di One Stop Shoppe.

Murid baru mengisi maklumat di dalam buku orientasi.

Bersalaman dengan rakan-rakan baru.

Puan Sa'adiah membawa murid-murid baru melawat sekitar blok PPKI.

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100

Tarikh: 13 Januari 2015
Masa: 11.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Seluruh sekolah

Mungkin pada masa akan datang penyerahan wang tunai RM100 perlu ditukar kepada suatu bentuk yang lebih mudah diurus seperti kupon. Dengan itu kita boleh memudahkan aspek keselamatan seperti keperluan untuk pengiring polis. Hanya satu cadangan. Berikut merupakan beberapa foto yang sempat saya rakam.

Menunggu duit sampai ke sekolah.

Kali ini membantu Encik Riduan (kiri) di kelas 5 Fikri (5 Fikri lagi? tahun lepas pun 5 Fikri. sah pakai nama ajk tahun lepas. tahun depan pun mesti 5 Fikri juga)

Puan Hasmah dan Puan Nor Wahidah sedang mengendalikan pemberian bantuan untuk murid-murid PPKI.

Sudut pandang lain.

Thursday 1 January 2015

Pendaftaran Murid Baru PPKI SMKPZ

Tarikh: 2 Januari 2015
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah berlangsung program pendaftaran murid baru PPKI SMKPZ. Sejumlah 13 murid baru ditempatkan di PPKI SMKPZ daripada beberapa sekolah rendah berhampiran sekolah ini.
Para penjaga telah mulai datang sejak jam 7.30 pagi lagi. Setelah mendaftar, para penjaga telah diberikan taklimat ringkas oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMKPZ.
Selesai sahaja taklimat, para penjaga kemudiannya telah ke kaunter-kaunter khas untuk membayar bayaran buku-buku dan barangan persekolahan serta sumbangan PIBG.
Saksikan rakaman kamera telefon Nokia C3 yang sempat saya rakamkan.

Kaunter pendaftaran sibuk melayan para penjaga yang tak putus-putus datang.

Puan Hasmah menekankan had pengeluaran elaun khas kepada para penjaga.

Puan Lim Pei Kuan menerangkan jumlah bayaran kepada penjaga.

Puan Siti Norli menerangkan jumlah bayaran kepada penjaga.
 
Puan Siti Khairanah menerangkan jumlah bayaran kepada penjaga.
 
Encik Mohd Abdullah menerangkan jumlah bayaran kepada penjaga.