Wednesday 19 August 2015

Belajar Membuat Baja Organik

Tarikh: 20 Ogos 2015 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Astaka SMKPZ

Dengan hanya menggunakan sisa buah-buahan, sisa sayur-sayuran, ragi, gula merah, susu segar dan belacan kita boleh membuat baja organik sendiri di kebun belakang rumah kita. Itu merupakan ilmu berguna yang telah disampaikan oleh kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Seremban kepada warga PPKI SMKPZ pada pagi ini.

Bersempena Minggu Teknik dan Vokasional SMKPZ, pihak sekolah telah menjemput wakil daripada Pejabat Pertanian Daerah Seremban untuk mengadakan demonstrasi penyediaan baja organik sendiri di rumah. Semoga pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama.

Buah-buahan dipotong kecil.

Puan Sharul Afizah bertanyakan sesuatu kepada pegawai pertanian.

Mohd Razib memerhatikan cara penyediaan medium untuk proses pemasuan.

Bunga Daripada Bekas Kertas Telur

Tarikh: 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 1.40 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada petang ini telah diadakan perjumpaan Kelab Pendidikan Khas. Setelah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing, ahli-ahli telah membuat kraf tangan daripada bekas kertas telur ayam. Murid-murid telah mewarnakan potongan daripada bekas kertas telur mengikut tahap masing-masing.

Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Mohd Syafiq Danial mewarna keratan bekas telur.

Mohd Amirul Hisham mewarna keratan bekas telur.
 
Bekerjasama menyiapkan tugasan.

Umi Dania mewarna keratan bekas telur.
 
Dijemur di bawah cahaya matahari.

Permainan Boling Bulanan

Tarikh: 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Ampang Bowl, Seremban Prima

Pada hari ini telah diadakan aktiviti 1 Murid 1 Sukan untuk permainan boling bagi bulan Ogos. Murid-murid memang menunggu-nunggu tibanya hari untuk bermain boling sepanjang bulan. Dalam permainan hari ini, Mohd Nasrul Hakim bin Salleh telah menjadi johan untuk kategori lelaki manakala Umi Dania binti Roslan menjadi johan untuk kategori perempuan. Tahniah kepada yang berjaya!

Permainan sedang berlangsung.

Cikgu Siti Norli dan Cikgu... errr Al-Fadhil Ustaz Mohd Abdullah turut bermain.

Mohd Nasrul Hakim menerima hadiah daripada Cikgu Nor Wahidah.

Umi Dania menerima hadiah daripada Cikgu Nor Wahidah

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ

Tarikh: 19 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ. Majlis yang gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Dimulakan dengan perarakan masuk ke dalam dewan oleh tetamu-tetamu kehormat, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan drama patriotik oleh para pelajar SMKPZ.
Setelah ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Puan Pengetua, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Merdeka!

Perarakan masuk.

Amirul dan rakan-rakan tertarik dengan persembahan.

Tetamu-tetamu kehormat mengambil tempat.

Persembahan drama patriotik.
Tak ada bendera, kibar tab Cikgu Azlan pun jadilah.

Tak ada bendera, kibar tab Cikgu Azlan pun jadilah.
 
Bila masa pula budak-budak PPKI naik atas pentas?

Bergambar kenang-kenangan bersama pelakon-pelakon drama patriotik.

 





Monday 17 August 2015

Majlis Penutup Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015

Tarikh: 14 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutup Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015. Dalam majlis ini telah diadakan upacara penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan sepanjang minggu ini.
Saksikan rakaman majlis penutup tersebut.

Puan Sa'adiah mempengerusikan majlis penutup.

Ustaz Mohd Abdullah sedang membacakan doa.

Doa anak yatim adalah doa yang dimakbulkan Allah.

Puan Nor Wahidah selaku Penyelaras PPKI SMKPZ merasmikan penutupan Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015.
 
Amir Azhad selaku johan pertandingan azan melaungkan azan.

Kumpulan Nasyid Alif Ba Ta PPKI SMKPZ mengalunkan nasyid.

Razib menerima hadiah.

Nazilah menerima hadiah.

Shamsul Haqiz turut tidak melepaskan peluang untuk berselawat.

Syafiq Danial dan rakan-rakan mengemas setelah tamat majlis.

Hari Keempat Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015

Tarikh: 13 Ogos 2015 (Khamis)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan pertandingan berwudhu dan pertandingan membunyikan huruf hijaiyah berbaris. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Pertandingan berwudhu kategori perempuan sedang berlangsung.

Haziq mengambil bahagian dalam pertandingan berwudhu kategori lelaki.
Ustaz Mohd Abdullah menjadi hakim pertandingan berwudhu kategori lelaki.
Aktiviti Kotak Beracun sedang berlangsung.

Munirah membuat kolaj huruf hijaiyah.

Pertandingan menulis bunyi huruf hijaiyah berbaris sedang berlangsung.

AJK Hadiah sedang membungkus hadiah.

Puan Siti Norli sedang melatih persembahan nasyid.

Hari Ketiga Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015

Tarikh: 12 Ogos 2015 (Rabu)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan pertandingan Eksplorasi Pendidikan Islam dan Kuiz Pendidikan Islam. Saksikan rakaman pertandingan-pertandingan tersebut.

Rakaman di stesen Iqra.

Bacaan mesti sama dan jelas.

Rakaman di stesen berwudhu.

Lagi aktiviti dalam kumpulan.

Puan Lim Pei Kuan dan Puan Siti Norli di meja hakim penamat.

Latihan nasyid.

Pertandingan kuiz bermula.
 
Aishah (kiri) dan Hiyah mewakili Kumpulan Kurma.

Fitri (kiri) dan Syahmi mewakili Kumpulan Zaitun.

Hari Kedua Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015

Tarikh: 11 Ogos 2015 (Selasa)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan pertandingan azan, iqamah dan tulisan jawi sebagai pengisian Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2015. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Ustaz Mohd Abdullah menerangkan peraturan pertandingan azan.
 
Berdebar-debar menunggu giliran.
 
Amir melaungkan azan.
 
Razib melaungkan azan.
 
Umi melaungkan iqamah.
 
Maya melaungkan iqamah.
 
Puan Sa'adiah menjadi hakim pertandingan iqamah.
 
Ashikin mewarna tulisan jawi.
 
Tekun mewarna khat jawi.