Monday 29 December 2014

Aktiviti-Aktiviti Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2014

Saksikan rakaman aktiviti-aktiviti pasca peperiksaan akhir tahun 2014 yang sempat dirakam oleh wartawan-wartawan lokasi PPKI SMKPZ.

Lari atau lompat dalam guni?

Bakal GPK Pendidikan Khas sedang membimbing Arif menyusun tin.

Berjalan bersama-sama.

Puan Siti Khairanah sedang menerangkan kepada murid-murid aktiviti kraf tangan daripada tempurung kelapa.

Razanah (kiri) sedang mengecat tempurung kelapa.

Dah siap, ada pokok Bunga Ros Jepun di dalamnya.

Cendawan pun ada.

Puan Siti Norli membimbing murid membuat kraf tangan kipas daripada sudu dan garfu plastik.

Jamuan Akhir Tahun PPKI SMKPZ

Tarikh: 05 November 2014
Masa: 11.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Restoren Teratai Seremban 2

Maafkan webmaster kerana lambat menyiapkan post ini. Al-maklum wemaster tidak berada di lokasi semasa program dilaksanakan kerana mengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Dekat-dekat nak buka sekolah baru webmaster perasan rupanya tiada blog dibuat untuk program ini. Mungkin blog ini juga tidak akan dikemaskini lagi kerana nama webmaster tidak ada di dalam senarai AJK Web Sekolah untuk takwim 2015. Webmaster khabarnya akan ditugaskan untuk membangunkan blog untuk Koperasi SMKPZ, maka berdoalah agar webmaster tidak perlu mengendalikan blog Koperasi SMKPZ agar blog ini akan terus terjaga, jika tidak mungkin webmaster akan buat blog untuk aktiviti-aktiviti sehingga penghujung tahun 2014 sahaja.
Berbalik kepada program di atas, menjadi kelaziman untuk PPKI SMKPZ untuk mengadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan berakhirnya sesi persekolahan pada sesuatu tahun, sebagai simbolik bagi mengucapkan selamat bercuti serta selamat jalan kepada para pelajar yang akan meninggalkan alam persekolahan (cukup 19 tahun dah, bagilah orang lain pula nak sekolah).
Kalau ikut pengalaman webmaster masa mula-mula masuk SMKPZ, jamuan akhir tahun hanyalah sekadar dibuat di sekolah dengan aktiviti seperti pot luck dan barbeque tetapi dengan adanya Puan Hasmah sebagai GPK, beliau telah giat mencari dana dan sumbangan daripada pelbagai pihak sehinggalah berjaya mengadakan jamuan di luar buat kali pertama pada tahun lalu.
Jamuan pada kali ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Saya agak terkilan juga kerana tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana menjadi pengawas SPM pada hari berlangsungnya majlis tersebut. Saksikanlah rakaman gambar-gambar yang saya terima daripada rakan-rakan daripada Whatsapp.

Nur Diyana binti Othman (duduk) merupakan bekas pelajar PPKI SMKPZ yang tamat persekolahan pada tahun 2013. Beliau hadir untuk bersama-sama meraikan rakan-rakan beliau yang lain.

Puan Nor Wahidah dan anak beliau.

Warga PPKI SMKPZ mengambil tempat.

Sahibus Samahah Ustaz Mohd Abdullah bin Mohammed Yusoff sedang membacakan doa. Tak pastilah pula sama ada doa pembuka majlis atau doa makan.

Sementara menunggu makanan dihidang kita pukul gambar dulu.

Antara penjaga yang hadir memeriahkan majlis.

Keadaan sungguh meriah.

Puan Pengetua menyuapkan kek harijadi.

Nazilah gembira menerima hadiah daripada Encik Nasri.
 
Encik Nasri menyampaikan cenderamata kepada Puan Pengetua.

Jamuan bermula.

Kumpulan Spring membuat persembahan istimewa pada hari tersebut.

Ariff dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk menari.

Muhammad Faris dan rakan-rakan membuat persembahan nyanyian.

Warga PPKI SMKPZ bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu kehormat.

Insya Allah tahun hadapan kita bertemu lagi!