Badan Permaufakatan PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pengenalan
Badan Permaufakatan PPKI SMK Pendeta Za'ba adalah instrumen yang diwujudkan dengan hasrat untuk menjadi perantaraan antara semua pihak yang terlibat dengan perjalanan dan perkembangan pendidikan pelajar pendidikan khas.

Matlamat
  1. Menjadi instrumen aktif dalam menjana kecemerlangan, kesedaran dan usaha berkaitan kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah di kalangan ibu bapa serta penjaga. 
  2. Mewujudkan kerjasama secara langsung di antara ibu bapa pelajar pendidikan khas dengan pihak sekolah.
Objektif 
  1. Membolehkan ibu bapa mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak sekolah tentang anak mereka. 
  2. Menyediakan ruang dan peIuang kepada ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas berkumpul dan berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. 
  3. Bekerjasama merangka aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan dan keperluan pelajar. 
  4.  Merancang dan mendapatkan sumbangan bagi menampung kos dan aktiviti yang bakal dijalankan.
AJK Badan Permaufakatan PPKI SMKPZ 2018

Penasihat: Puan Ramona binti Rosli
Pengerusi: Encik Mohd Nasri bin Jani
Naib Pengerusi: Puan Mozita Azura Zakaria
Setiausaha: Tuan Haji Raduan bin Nasir
Penolong Setiausaha: Puan Sa'adiah binti Kamarudin

AJK Ibu Bapa:
1. Encik Yusli Dollah
2. Encik Khazali bin Mohd Yusuf
3. Puan Nageswary a/p Rajigez
4. Puan Khlijah binti Mahat
5. Dr Mazura binti Zuber
Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ.

No comments:

Post a Comment