Tuesday 23 July 2013

Rakaman Hari Kelima @ Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah (Jumaat) Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Gambar: Johan hafazan tahap 1, Anas dari PPKI 2.

Gambar: Johan bacaan doa tahap 2, Naqiuddin dari Kelas PPKI 3.

Gambar: Johan bacaan doa tahap 1, Shahrizan dari Kelas PPKI 2.

Gambar: Johan iqamah perempuan, Razanah dari Kelas PPKI 2.

Gambar: Persembahan johan pertandingan nasyid iaitu Kelas PPKI 3.

Gambar: GPK1, Tuan Haji Hashim teruja melihat persembahan nasyid.

Gambar: Kenangan gembira menerima pelbagai hadiah.

Wednesday 17 July 2013

Rakaman Hari Keempat (Khamis) Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Gambar: Zahid sedang mewarna bunga.

Gambar: Naqiuddin tekun mewarna pagar.

Gambar: Menjelang tengah hari, masih ramai belum siap.

Tuesday 16 July 2013

Rakaman Hari Ketiga (Rabu) Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Gambar: Idham sedang membaca doa makan.

Gambar: Umi (kanan) dan Amirah berdebar menunggu giliran.

Gambar: Husaini sedang membaca cerita Susu Kambing Kurus.

Gambar: Syida mendengar soalan dibaca oleh Cikgu Wan Azlima.

 Gambar: Cikgu Siti Maizura membuka kotak beracun untuk Idham mencabut soalan.

Gambar: Nazirul tercengang ketika diminta membaca doa makan.

Rakaman Hari Kedua (Selasa) Minggu Pendidikan Khas PPKI SMKPZ

Gambar: Razanah sedang beriqamah.

Gambar: Syida tidak ketinggalan mencuba nasib dalam pertandingan iqamah.

Gambar: Nazirul sedang membaca ayat hafazan.



Minggu Pendidikan Islam PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 15 hingga 19 Julai 2013
Tempat: Blok PPKI

Pada minggu ini bersempena dengan bulan Ramadhan telah berlangsung Minggu Pendidikan Islam PPKI SMK Pendeta Za'ba. Tatapi rakaman foto yang sempat diambil dengan menggunakan kamera telefon Nokia C3 Cikgu Noor Azlan untuk hari Isnin, 15 Julai 2013.

Gambar: Cikgu Norli mempengerusikan majlis.

Gambar: Murid-murid yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pertandingan bermula.

Gambar: Puan Hasmah merasmikan Minggu Pendidikan Islam PPKI SMK Pendeta Za'ba.

Gambar: Persembahan nasyid PPKI 2.

Gambar: PPKI 1 gagal menjadi johan nasyid walaupun dibantu dengan penggunaan alat muzik.

Gambar: Mana PPKI 3 tak menang, penyanyi utama dah biasa wakil ke peringkat negeri.
 
Gambar: Persembahan nasyid PPKI 6.

Gambar: Persembahan nasyid PPKI 7.

Gambar: Naqiuddin mengalunkan azan.

Gambar: Andy mengalunkan azan.

Thursday 11 July 2013

Terima kasih Cikgu Norizan dan Cikgu Ain

Tarikh: 12 Julai 2013 (Jumaat)
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Masa: 8:45 pagi

SMK Pendeta Za'aba bakal kehilangan dua guru yang banyak berjasa kepada sekolah iaitu Puan Norizan binti Wahid dan Cik Siti Nur'ain binti Hamzah. Mereka berdua bakal berpindah ke sekolah baru iaitu Puan Norizan ke negeri Perak dan Cikgu Ain ke negeri Johor. Kepada mereka kami ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih daun keladi.

Gambar: Puan Norizan menerima cenderadurja daripada GPK1, Tuan Haji Hashim.

Gambar: Cik Ain menerima cenderadurja daripada GPK1, Tuan Haji Hashim.

Gambar: Warga PPKI pasti akan merasai pemergian Puan Norizan.

Monday 8 July 2013

Kenduri menyambut bulan Ramadhan

Tarikh: 9Julai 2013 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 Julai 2013," demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Gambar: Ada nangka, jambu, tembikai, nanas dan honey dew.
 
Gambar: Menunggu nasi ayam.

Gambar:  Sampai pun nasi ayam.

Gambar: Murid-murid makan, cikgu-cikgu ambik bau saja.
 
Gambar: Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.

Gambar: Cikgu tolong buka getah ni.
 
Gambar: Peace!!!

Sunday 7 July 2013

Perjumpaan Ilmiah

Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba
Tarikh: 8 Julai 2013 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.20 petang

Dulu-dulu masa saya sekolah dulu ia dipanggil Hari Kad Kemajuan Pelajar. Bila saya mula servis ia dipanggil Hari Pelaporan Adab Pelajar. Sebelum nak tiba hari berkenaan, huru-hara cikgu-cikgi tak kira yang celik atau buta bertungkus-lumus menyiapkannya. Bila masing-masing cetak borang pemarkahan, macam-macam font, saiz font kita dapat. Cikgu-cikgu kelas kemudian sibuk membukukan lembaran-lembaran Adab yang diterima. Sekarang pula dah selaras cetakan akhir pelaporan tetapi banyak tempat nak diisi cikgu, ada ISIS, SAPS dan macam-macam lagi tempat nak simpan markah pelajar.

Di hari kejadian yang selalunya hari terakhir sesuatu semester maka banyaklah penjaga yang datang. Yang jauh-jauh selalunya tak dapat datang. Yang datang pula selepas ambil buku adab anak, boleh membawanya pulang.

Bila servis di SMK Pendeta Za'ba wujud pula istilah Perjumpaan Tiga Penjuru. Tahun ini pula istilah tersebut ditukar kepada Perjumpaan Ilmiah. Apa pun namanya, tujuannya tetap sama iaitu membincangkan pencapaian anak.

Gambar: GPK 1, Tuan Haji Hashim sedang menyampaikan amanat kepada guru-guru sebelum bermulanya program.

Gambar: Hiyah (kanan) tersenyum lebar apabila mengetahui dia mendapat nombor satu di kalangan pelajar Kelas 4.

Gambar: Wakil Taman Sinar Harapan sedang berurusan dengan Cikgu Maizura.

Meraikan perpindahan Cikgu Norizan

Tempat: Kedai Nasi Arab Damsyik.
Tarikh: 4 Julai 2013 (Khamis)
Masa: 1.30 petang hingga 2.40 petang

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Norizan kerana permohonan pertukaran beliau ke negeri kelahiran beliau iaitu Perak telah diluluskan. Kerana bulan puasa hampir tiba maka pihak kami telah mengawalkan jamuan bagi meraikan perpisahan beliau. Terima kasih di atas jasa-jasa yang cikgu telah sumbangkan.

Gambar: Cikgu Hasmah (kiri sekali) sedang meminta pelayan membawa lagi pinggan tambahan.

Gambar: Cikgu Norizan (tengah).

Gambar: Antara rakan-rakan guru yang pasti akan merasai kehilangan beliau.

Gambar: Cikgu Azean (kanan sekali) masih menunggu jus mangga yang tak kunjung tiba.




LDP: Kreativiti Menjana Kecemerlangan

Tempat: Bilik Pengawas SMK Pendeta Za'ba
Tarikh: 3 Julai 2013, Rabu
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang


Bermain boling di AEON Seremban 2

Oleh sebab pada bulan puasa nanti tiada aktiviti boling, makan pada pagi ini (Rabu, 3 Julai 2013), rombongan Cik Kiah oppps PPKI SMK Pendeta Za'ba telah mengadakan aktiviti boling. Seperti biasa kehadiran murid pada hari boling sangat memberangsangkan kerana teruja untuk keluar berjalan-jalan.

Gambar: Beratur untuk mengambil kasut.

Gambar: Afiq bersedia membuat balingan.