Sunday 24 July 2016

Majlis Anugerah Bintang Pengetua Dan Sahsiah Terpuji 2016

Tarikh: 22 Julai 2016 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba

Salah satu cara pada pendapat sayalah, untuk mendapat kembali sumbangan PIBG ialah dengan mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam ujian dan peperiksaan. Ehem, dalam majlis di atas ni PIBG beri hadiah RM5 untuk setiap satu A yang diperolehi dalam ujian atau peperiksaan. Kalau dapat 8A boleh dapat RM40. Kalau dapat 8A untuk ujian selaras 1, peperiksaan pertengahan tahun, ujian selaras 2 dan peperiksaan akhir tahun boleh dapat RM160. Itu dah melebihi jumlah sumbangan PIBG untuk tahun ini!
Jumlah yang mendapat anugerah pada kali ini untuk murid-murid PPKI SMKPZ melebihi 40 orang. 40 per 56 kira banyaklah tu kalau dari segi peratus.
Dengan bermatlamatkan memberi galakan atau semangat memajukan diri, memupuk daya saing serta membantu membangun potensi diri pelajar, program yang diilhamkan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ ini ternyata telah mula membuahkan hasil. Saya berani jamin menjelang peperiksaan akhir tahun nanti kesemua 56 murid PPKI SMKPZ berpeluang untuk naik ke atas pentas untuk menerima hadiah.
Macam Haji Bakhil dalam cerita Labu Labi cakap, "Siapkan saja duitnya banyak-banyak!"

 Ustaz Nor Shahrul Azemi membacakan doa.

 Sidang hadirin mengaminkan doa.

 Puan Hajah Hamidah menyampaikan ucapan beliau.

 Nasrul Hakim mendapat Anugerah Sijil Kehadiran Penuh.

 Syahmi mendapat Anugerah Sijil Kehadiran Penuh.

 Nur Ain Syuhada mendapat Anugerah Ibnu Khaldun.

 Nurul Aisyah mendapat Anugerah Ibnu Khaldun.

 Zairul Iqmal mendapat Anugerah Sijil Pelajar Harapan.

 Nasrullah E'man mendapat Anugerah Sijil Pelajar Harapan.

 Nurul Asyikin mendapat Anugerah Bintang Pengetua (Gangsa).

 Wan Ahmad Faizal mendapat Anugerah Bintang Pengetua (Gangsa).

 Bolehkah kami duduk di atas kerusi merah ni cikgu? Soalan yang susah nak dijawab.

Nur Afiqah tak disangka-sangka mendapat Anugerah Bintang Pengetua (Perak).

Tuesday 19 July 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PPKI SMKPZ

Tarikh: 20 Julai 2016 (Rabu)
Masa: Waktu ko-kurikulum
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

 Mendengar taklimat di dewan semasa perhimpunan pagi.

 Mendengar taklimat di dewan semasa perhimpunan pagi.

 Menghidangkan makanan.

 Sedap-sedap makanan yang dihidangkan.

 Menampal kad-kad raya.

 Mengaminkan doa makan.

 Sedap bihun goreng ni kata Hamas.

 Cikgu Siti Khairanah bergambar kenangan dengan kad-kad raya.

 Sabar beratur mengambil makanan.

 Ada juga yang makan di dapur.

 Cikgu David dan Cikgu Samynathan turut mengunjungi sambutan hari raya PPKI.

 Kak Fizah mengacarakan majlis.

 Nur Hiyah setia membasuh pinggan.

 Ada lagu raya sambil makan-makan.

 Nurul Aisyah sedang menyanyikan lagu raya.

 Hassan pun layan lagu raya.

 GPK PPKI, Puan Hasmah bergambar bersama warga PPKI.

Cikgu Azean menyampaikan duit raya.

Monday 18 July 2016

Hari Sukan SMKPZ 2016

Tarikh: 17 Julai 2016 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Tahun ini hari sukan tertunda-tunda kerana fenomena El-Nino. Keselamatan murid-murid mesti diutamakan. Sambutan pun terasa sedikit hambar kerana tiada pertandingan perbarisan dan tarik tali seperti tahun-tahun sebelumnya.
Saksikan rakaman yang sempat saya ambil.

 Port yang sama untuk PPKI tahun demi tahun.

 Nak tanam kangkung di padang.

 Menunggu ketibaan cangkul. Hari dah makin panas.

 Wah, nampak meriahkan? Di sinilah saya menjadi hakim balapan tahun demi tahun. Tahun ni patut jadi hakim penamat tapi tukar suka sama suka dengan Cikgu Siti Maizura. Kesian nak biar kawan2 berdiri tengah panas.

 Acara 800 meter lelaki bawah 18 tahun sedang berlangsung.

 Cikgu Azean sedang menyampaikan taklimat kepada para peserta 100 meter perempuan PPKI.

 Nak lari sibuk pun nak posing lagi.

 Yang penting jangan masuk lorong lawan.

 Para peserta 100 meter lelaki PPKI.

 Sedia untuk lari.

 Hakim-hakim penamat.

 Pertama Surini, kedua Nurul Aisyah dan ketiga Nurul Asyikin.

 Pertama Shafiq Shafizan, kedua Lokman Hakim dan ketiga Adib Arif.

Monday 11 July 2016

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan-Pertandingan Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Tarikh: 11 Julai 2016 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Kalau anda perasan, selalunya penyampaian hadiah sesuatu minggu aktiviti bertema PPKI SMKPZ dibuat pada hari Jumaat. Namun demikian, para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di dalam Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ baru-baru ini tidak dapat dibuat pada 1 Julai 2016 (Jumaat) kerana bertembung dengan Program Penutup Ihya Ramadhan SMKPZ.
Maka, pada hari ini kami mencuri sedikit masa untuk mengadakan majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ 2016.

 Berdebar-debar menunggu keputusan pertandingan.

 Cikgu Shariza setia mengacarakan majlis.

 Nasrullah Eman menjuarai pertandingan menyalin huruf jawi.

 Wan Norashikin menjuarai pertandingan kolaj huruf hijaiyah.

Wan Ahmad Faizal mewakili ahli-ahli kumpulan Zaitun menerima hadiah selaku johan kuiz pengetahuan Pendidikan Islam.

Saturday 9 July 2016

Majlis Penutup Ihya Ramadhan SMKPZ

Tarikh: 1 Julai 2016 (Jumaat)
Masa: 7.40 pagi hingga 12.10 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

'Ramadhan, Ramadhan, Ramadhan usah pergi' merupakan antara bait-bait lirik lagu yang dipopularkan oleh Maher Zain. Sememangnya kita patut bersedih kerana Ramadhan tahun ini bakal meninggalkan kita, tahun depan belum tentu dapat berjumpa dengannya lagi.

Pada hari ini warga SMKPZ berkumpul di dalam Dewan Seri Pendeta bagi 'menangisi' Ramadhan yang bakal pergi. Kalau ada yang bersuka-ria saya tak taulah. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Perarakan masuk VIP dan peserta-peserta khatam Al-Quran.

 Majlis Khatam Al-Quran sedang berlangsung.

 Yang Berusaha Encik Shahrum Azam bin Mamat, YDP PIBG SMKPZ menyampaikan ucapan.

 Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ sedang menyampaikan ucapan.

 Mengikuti program dengan penuh khusyuk.

 Para pemenang Pertandingan Program Ihya Ramadhan bergambar kenangan.

 Johari menjawab soalan yang dikemukakan Ustaz Safuan bin Mohd Samsi, penceramah jemputan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan.

 Keluarga Zakwan antara yang tersenarai sebagai penerima fidyah pada tahun ini.

Salam ukhuwah dan pemberian duit raya sebelum bersurai.