Sunday 31 January 2016

Memupuk Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Di Kalangan Pelajar SMKPZ

Tarikh: 1 Februari 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini warga SMKPZ telah mengikuti ceramah yang bertajuk seperti di atas. Ceramah ini telah disampaikan oleh Staf Sarjan Omar Hamzah daripada Balai Polis Trafik Seremban. Ceramah yang disampaikan oleh beliau sangat berguna kerana ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar SMKPZ yang menggunakan jalan raya untuk ke sekolah.

Saya mendapati kesedaran keselamatan jalan raya masih lagi di tahap yang kurang memuaskan terutamanya di kalangan pelajar yang bermotorsikal ke sekolah kerana tidak memakai topi keledar. Itu belum tanya lesen memandu ada atau tidak.

Moga-moga ceramah ini akan membantu memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar SMKPZ. Moga-moga pagi esok ada road block kat jalan besar depan SK Taman Paroi Jaya tu :)

Ceramah bermula.

Tuan Sarjan kita sedang menyampaikan ceramah.

Fuh, ada tiga projektor lcd kat dewan sekolah kita ni.

Berebut menjawab soalan kuiz.

GPK 1 SMKPZ, Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof menyampaikan cenderamata kepada penceramah.

LDP 1/2016

Tarikh: 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada pagi ini telah diadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP) buat kali pertama pada tahun ini untuk guru-guru SMK Pendeta Za'ba. LDP pada kali ini bertajuk "Peranan Guru Dalam Membentuk Kemenjadian Murid" yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Daerah Rembau, Tuan Haji Abdul Aziz bin Othman.
Tuan Haji Abdul Aziz yang bakal bersara wajib pada Oktober 2016 telah berkongsi pelbagai kisah suka-duka beliau dalam perkhidmatan beliau sebagai guru selama lebih 39 tahun. Moga-moga apa yang disampaikan dapat mendatangkan manfaat berguna kepada semua.

Ceramah bermula.

Tuan Haji Abdul Aziz sedang menyampaikan ceramah.

Sidang hadirin tertawa mendengar jenaka yang disampaikan penceramah.

Ceramah ditutup dengan kata-kata hikmah Pendeta Za'ba

Wednesday 27 January 2016

Kejohanan Merentas Desa SMKPZ 2016

Tarikh: 27 Januari 2016 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Sekolah dan persekitaran

Pada hari ini merupakan cuti peristiwa kali pertama tahun 2016. Cuti ini adalah untuk memberi laluan kepada Kejohanan Merentas Desa SMKPZ 2016. Boleh dikatakan semua murid terlibat dan murid PPKI tidak terkecuali dengan satu laluan khas untuk mereka turut diwujudkan.
Ikuti rakaman bergambar yang berikut.

Satihyasellon (kanan) membantu Haikal memasang nombor.

Larian bermula.

Cikgu Azean sedang meronda. Kalau tengok betul2 Cikgu Mohd sedang menjaga lalu-lintas.

Amirul berlari laju.

Zainul (kanan) dan Khursairy bersaing sesama sendiri.

Maya Dania (kanan) berlari dengan penuh semangat.

Haqiz Danial akhirnya tiba ke garisan penamat.

Kakak2 PPM bersama2 bad markers.

Pui Yong duduk sebentar di kerusi sebelum menamatkan larian.

Berehat setelah menamatkan larian.

Ashraf (kanan) dan Johari berdebar2 menunggu keputusan pemenang.

Surini menjadi Johan Perempuan Pendidikan Khas Kelas 2.

Nur Hiyah menjadi Johan Perempuan Pendidikan Khas Kelas 1.

Mohd Amirul menjadi Johan Lelaki Pendidikan Khas Kelas 2.

Anas menjadi Johan Lelaki Pendidikan Khas Kelas 1.
 
Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kalah jangan bersedih, kalau semua nak menang siapa pula yang nak kalah ye tak? 

Monday 25 January 2016

Terima Kasih Cikgu Sebastian

Tarikh: 22 Januari 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini SMKPZ dengan berat hati terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada Cikgu Sebastian yang bersara wajib setelah sekian lama mencurah bakti kepada sekolah ini. Cikgu Sebastian merupakan antara guru-guru yang bersama 'membuka' sekolah ini pada tahun 1994. Satu-satunya guru yang saya tahu berkhidmat lebih lama daripada beliau di sesebuah sekolah ialah Cikgu Lim Wah Heng di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala Lumpur iaitu daripada penempatan pertama beliau di sekolah tersebut pada akhir tahun 1970an hinggalah beliau bersara pada tahun 2007 kalau tak salah saya.

Berbalik kepada Cikgu Sebastian, bagi saya secara individu saya dapati beliau mudah didekati dan tidak lokek dengan senyuman. Bagi SMKPZ beliau merupakan guru mata pelajaran Seni Reka Tanda, guru penasihat softball dan guru penasihat ragbi.

Terima kasih Cikgu Sebastian dan selamat bersara.

Salah satu banner MS Powerpoint yang saya buat untuk majlis persaraan Cikgu Sebastian. Gambar latar belakang merupakan salah satu tempat berhampiran dengan SMKPZ.

Perarakan masuk ke dewan.

Persembahan tarian haka oleh pemain ragbi SMKPZ.

Disambut dengan meriah oleh warga SMKPZ.

Dah naik ke atas pentas.

Memancung Memotong kek harijadi.

Puan Hasmah menyampaikan cenderamata kenangan daripada pihak PPKI SMKPZ.

Cikgu Hasmah (bertudung pink di kanan sekali) dan Cikgu Norhayati (bertudung biru di kiri Cikgu Sebastian) menahan sebak menyaksikan Cikgu Sebastian pergi meninggalkan SMKPZ.

Menari Sewang Di Petang Hari Rabu

Tarikh: 20 Januari 2015
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari Rabu seperti biasa merupakan hari ko-kurikulum bagi PPKI SMKPZ. Pada awal pagi diadakan aktiviti 1M1S selama sejam.

Permainan petanque di gelanggang petanque SMKPZ.
 
Pada jam 1.00 petang, murid-murid akan berehat sebentar untuk makan tengah hari sebelum mengikuti Program Jom Berwuduk Jom Solat Berjemaah setelah masuk waktu Zohor.

Cikgu Mohd Abdullah mengimamkan solat Zohor berjemaah.

Khusyuk solat berjemaah.
 
Pada minggu ini merupakan giliran Persatuan Pendidikan Khas untuk menjalankan aktiviti setelah aktiviti Pengakap Pendidikan Khas dijalankan pada minggu lalu. Aktiviti pada minggu ini ialah membuat kraf tangan topi sewang mahkota daripada manila kad dan key chain.

Aishah (kiri) dan Syaikirin memotong bintang untuk dibuat hiasan.

Teacher Lim (kanan) membimbing murid membuat kraf tangan.
 
 Kumpulan ini membuat kraf tangan key chain. Mereka sedang menyembur cat pada key chain.

Bersedia untuk tarian sewang balik.

Eh, yang tiga orang kat kiri kanan kat depan tu mana topi sewang mahkota kamu? Tak pakai tak boleh menari sewang balik.

Monday 18 January 2016

Latihan Merentas Desa Murid PPKI SMKPZ

Tarikh: 19 Januari 2016 (Selasa)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan latihan merentas desa untuk murid-murid PPKI SMKPZ. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid akan laluan yang akan dilalui semasa pertandingan merentas desa sebenar pada hari Rabu, 27 Januari 2016 nanti.

Jadi nama-nama yang ada penyakit semput ni jangan ikut ya.

Melakukan regangan.

Pagi mula panas.

Hari ni cuma berjalan saja, jangan berlari.

Laluan yang berliku-liku.

Laluan di hadapan Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Zakwan dah hampir tiba di garisan penamat.

Program Ko-Kurikulum Hari Rabu 13 Januari 2016

Pada hari Rabu sememangnya telah ditetapkan untuk aktiviti ko-kurikulum di PPKI SMKPZ.

Daripada 7.40 pagi hingga 8.40 pagi telah diadakan perjumpaan 1 Murid 1 Sukan. Terdapat empat permainan untuk murid PPKI SMKPZ iaitu badminton, petanque, futsal dan boling. Kesemua perjumpaan permainan dibuat setiap minggu kecuali boling hanya sebulan sekali.

Pemilihan jawatankuasa untuk permainan petanque.

Saya sedang mengendalikan pemilihan jawatankuasa.
 
Murid-murid mengenali boule.
 
Perlawanan demonstrasi di antara Faizal dan Hiyah.

Nazilah membuat lontaran.

Beratur untuk membuat lontaran.

Mulai tahun ini diadakan pula satu program baru pada waktu tengah hari sebelum perjumpaan Persatuan Pendidikan Khas atau Pengakap Pendidikan Khas iaitu Jom Berwuduk Jom Solat. Program ini menyasarkan 90 % murid mampu berwuduk dan solat.

Faizal mengimamkan solat Zohor.

Pada jam 1.40 petang hingga 2.40 petang pula diadakan perjumpaan Persatuan Pendidikan Khas atau Pengakap Pendidikan Khas secara berselang-seli.

Pemilihan jawatankuasa Pengakap PPKI SMKPZ.

Fitri terpilih sebagai pengerusi pada tahun ini.

Perjumpaan kumpulan-kumpulan kecil pengakap pula berlangsung. Di atas ialah perjumpaan Kumpulan Burung Hantu.