Wednesday 6 January 2016

Hari Ketiga Minggu Orientasi Pelajar Baru PPKI SMKPZ

Tarikh: 6 Januari 2016 (Rabu)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Aktiviti Minggu Orientasi Pelajar Baru PPKI SMKPZ diteruskan lagi pada awal pagi hari ini dengan Ujian Diagnostik Matematik. Semua pelajar baru kelihatan sangat bersemangat menduduki ujian tersebut.

Pada waktu petang pula telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Pendidikan Khas 1/2016. Dalam mesyuarat tersebut, ahli jawatankuasa yang baru telah dipilih. Para pelajar juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Di dalam kumpulan-kumpulan kecil, sesi suai-kenal juga telah diadakan.

Ujian Diagnostik Matematik sedang berlangsung.

Menjawab dengan yakin.

Mesyuarat Agung Persatuan Pendidikan Khas 1/2016 bakal bermula.

Calon-calon pengerusi diperkenalkan oleh Puan Lim.

Kami sokong!

Puan Sa'adiah mengendalikan aktiviti Kumpulan Ros.

No comments:

Post a Comment