Monday 4 January 2016

Hari Kedua Minggu Orientasi Murid Baru PPKI SMKPZ

Tarikh: 5 Januari 2016 (Selasa)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini murid-murid baru PPKI SMKPZ mengikuti hari kedua program orientasi murid baru PPKI SMKPZ. Pada awal pagi setelah perhimpunan, semua murid telah mengikuti taklimat disiplin oleh Puan Shariza. Satu pemeriksaan disiplin juga telah dibuat.

Pemeriksaan disiplin.

Panjangnya kuku.
 
Setelah pemeriksaan disiplin dibuat, Ujian Diagnostik telah dilaksanakan terhadap murid-murid baru. Ada yang jawab cepat, ada yang tak bergerak-gerak. Macam-macam.

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu sedang berlangsung.

Payung mula dengan P ka D?
 
Setelah tamat ujian diagnostik, murid-murid baru dibawa melawat tempat-tempat di dalam sekolah. Ini merupakan aktiviti yang sangat penting kerana ia mendedahkan murid-murid kepada persekitaran baru mereka.

Cikgu Mohd Abdullah memberi penerangan berkaitan Dewan Seri Pendeta semasa orientasi kawasan sekolah.

Cikgu Noor Azlan memberi penerangan berkaitan gelanggang petanque semasa orientasi kawasan sekolah.
 
Cikgu Mohd Abdullah memberi penerangan berkaitan pusat sumber sekolah semasa orientasi kawasan sekolah.
 
Setelah tamat aktiviti orientasi kawasan sekolah, semua murid dikumpulkan di ruang pelbagai guna untuk aktiviti berkumpulan.
 
Cikgu Siti Maizura mengendalikan aktiviti berkumpulan yang melibatkan semua murid PPKI SMKPZ.

Kerusi bermuzik sedang berlangsung.

No comments:

Post a Comment