Monday 25 January 2016

Terima Kasih Cikgu Sebastian

Tarikh: 22 Januari 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini SMKPZ dengan berat hati terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada Cikgu Sebastian yang bersara wajib setelah sekian lama mencurah bakti kepada sekolah ini. Cikgu Sebastian merupakan antara guru-guru yang bersama 'membuka' sekolah ini pada tahun 1994. Satu-satunya guru yang saya tahu berkhidmat lebih lama daripada beliau di sesebuah sekolah ialah Cikgu Lim Wah Heng di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala Lumpur iaitu daripada penempatan pertama beliau di sekolah tersebut pada akhir tahun 1970an hinggalah beliau bersara pada tahun 2007 kalau tak salah saya.

Berbalik kepada Cikgu Sebastian, bagi saya secara individu saya dapati beliau mudah didekati dan tidak lokek dengan senyuman. Bagi SMKPZ beliau merupakan guru mata pelajaran Seni Reka Tanda, guru penasihat softball dan guru penasihat ragbi.

Terima kasih Cikgu Sebastian dan selamat bersara.

Salah satu banner MS Powerpoint yang saya buat untuk majlis persaraan Cikgu Sebastian. Gambar latar belakang merupakan salah satu tempat berhampiran dengan SMKPZ.

Perarakan masuk ke dewan.

Persembahan tarian haka oleh pemain ragbi SMKPZ.

Disambut dengan meriah oleh warga SMKPZ.

Dah naik ke atas pentas.

Memancung Memotong kek harijadi.

Puan Hasmah menyampaikan cenderamata kenangan daripada pihak PPKI SMKPZ.

Cikgu Hasmah (bertudung pink di kanan sekali) dan Cikgu Norhayati (bertudung biru di kiri Cikgu Sebastian) menahan sebak menyaksikan Cikgu Sebastian pergi meninggalkan SMKPZ.

No comments:

Post a Comment