Sunday 10 January 2016

Pelancaran Program Guru Penyayang Mentor Mentee

Tarikh: 11 Januari 2016 (Isnin)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.10 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada pagi ini semasa perhimpunan rasmi sekolah, Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ telah melancarkan Program Guru Penyayang Mentor Mentee bagi tahun 2016. Dalam pada itu, salah seorang pelajar PPKI SMKPZ, Mohd Razib bin Jamal telah disemat Butang Pelajar Datang Awal manakala Puan Siti Khairanah binti Khalid pula telah disemat Butang Guru Penyayang oleh Yang Berbahagia Puan Pengetua.
Semoga Program Guru Penyayang Mentor Mentee datang memangkinkan kejayaan SMKPZ untuk tahun 2016.

Penerima-penerima Butang Pelajar Datang Awal bergambar kenangan bersama pihak pentadbir.
 
Puan Siti Khairanah menerima Butang Guru Penyayang.
 
Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas menerima watikah pelantikan mentor bagi pihak guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ.

No comments:

Post a Comment