Thursday 28 August 2014

Hari Ketiga Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 27 Ogos 2014 (Rabu)

Pada hari ini telah diadakan pertandingan kuiz kemerdekaan.
Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh wartawan lokasi.

 Murid-murid mengambil tempat.

 Berdebar-debar menunggu siapa akan dipilih mewakili kumpulan.

 Kumpulan A diwakili oleh Fithri (kiri), Zainul dan Nur Hiyah.

 Puan Siti Khairanah memberi taklimat.

 Kumpulan B diwakili oleh Asyikin (kiri), Anas dan Ikram.

Pertandingan sedang berlangsung.

Hari Kedua Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 26 Ogos 2014 (Selasa)

Pada hari ini diadakan pertandingan rekacipta kemerdekaan bermotifkan tapak tangan.
Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Puan Siti Norli dan ahli-ahli kelas PPKI 1.

 Nazilah sedang menekap tangannya.

 Ahli-ahli kelas PPKI 6 sedang bergabung tenaga.

 Fatin menebuk bintang.

 Ahli-ahli kelas PPKI 2 mengisi kapas ke dalam sarung tangan.

 Ahli-ahli kelas PPKI 3 sedang gigih menyiapkan projek.

 Ahli-ahli kelas PPKI 5 menunggu guru datang membimbing.

 Encik Noor Azlan memberikan markah.

 Puan Saadiah dan ahli-ahli kelas PPKI 3 gigih menyiapkan projek.

 Munirah (kanan) gembira menampal bintang.

 Hasil PPKI 2.

 Ahli-ahli kelas PPKI 4 berbangga dengan hasil tangan mereka.

 Puan Lim dan ahli-ahli kelas PPKI 6 berbangga dengan hasil usaha mereka.

 Hasil usaha PPKI 1.

 Ahli-ahli kelas PPKI 5 dan hasil usaha mereka.

 Ahli-ahli kelas PPKI 7 dan hasil usaha mereka.

Ahli-ahli kelas PPKI 3 dan hasil usaha mereka.

Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ

Tarikh: 25 Ogos 2014 (Isnin) hingga 29 Ogos 2014 (Jumaat)
Tempat: Blok PPKI SMKPZ
Masa: Waktu persekolahan

Bagi menyemai semangat patriotik di kalangan warga PPKI SMKPZ, pada minggu ini telah diadakan Sambutan Minggu Kemerdekaan PPKI SMKPZ. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti menghias kelas, kuiz, maskot merdeka dan rekaan kreatif bermotifkan tangan.

Saksikan tatapan pada hari Isnin yang sempat dirakam wartawan lokasi.

 Adib membaca Al-Fatihah.

 Rakan-rakan mengaminkan bacaan.

 Tekun mendengar taklimat.

 Cik Nurliana memberi taklimat.

 Puan Hasmah merasmikan sambutan minggu kemerdekaan.

 Bersedia untuk majlis penyerahan bendera.

 Penyerahan bendera untuk PPKI 1.

 Penyerahan bendera untuk PPKI 2.

 Penyerahan bendera untuk PPKI 7.

 Faris menyampaikan lagu Bahtera Merdeka.

 Nur Hiyah menggantung bendera Malaysia.

 Firdaus menggantung bendera Malaysia.

 Burhanuddin menggantung bendera Malaysia.

 Encik Muhammad dan Puan Lim menggantung bendera Malaysia.

 Ahli-ahli kelas PPKI 5 bergotong-royong menghias kelas.

 Ahli-ahli kelas PPKI 1 mewarna logo 1 Malaysia.

 Lampu raya di PPKI 7.

 Kelas PPKI 2.

 Ahli-ahli PPKI 5 gembira dengan hiasan kelas mereka.

Encik Muhammad sedang menghakimi pertandingan.

Sunday 24 August 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ

Tarikh: 18 Ogos 2014
Hari: Isnin
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada pagi ini telah diadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMKPZ. Setelah ucapan perasmian oleh Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Hamidah binti Burok dan ucapan oleh YDP PIBG, Encik Madon bin Mislan, pelbagai persembahan daripada warga SMKPZ telah diadakan. Antara persembahan yang diadakan ialah bacaan sajak oleh guru-guru pelatih, nyanyian lagu-lagu patriotik dan sketsa merdeka. PPKI SMKPZ telah diwakili oleh Muhammad Faris bin Muhayuddin yang mempersembahkan lagu Bahtera Merdeka.
Tatapi rakaman yang sempat diambil oleh wartawan lokasi kami.

Faris berdebar menunggu giliran.

Faris menyampaikan lagu Bahtera Merdeka.

Sudut lain rakaman Faris menyampaikan lagu Bahtera Merdeka.

Murid-murid PPKI SMKPZ tekun menikmati persembahan.

Nyanyian Jalur Gemilang dan 31 Ogos secara beramai-ramai.

 Bersemangat.

Memang bersemangat.

Sungguh bersemangat.

Emmm, betul tu!