Sunday 24 August 2014

Siling Bilik Guru Roboh

Tarikh: 13 Ogos 2014 (Rabu), tengah hari.

Hujan yang turun lebat pada hari ini telah menyebabkan siling bilik guru PPKI SMKPZ roboh akibat kebocoran pada bumbung. Musim hujan sememangnya tidak memaafkan bumbung yang bocor.
Kebocoran tahap 'gaban' juga mengakibatkan meja-meja guru dipindahkan ke hadapan. Karpet kelas PPKI 1 juga telah habis basah dan diganti dengan tikar getah.
Tatapi rakaman yang sempat dirakam oleh wartawan lokasi pada hari berkenaan.

Puan Lim sibuk menyelamatkan harta-benda beliau. Saya hanya mampu memerhatikan air mencurah turun di atas meja saya (yang ada tali leher tu).

Mengubah almari yang basah ditimpa hujan.

Habis basah karpet.

Memindahkan rak-rak besi.

Mengemas dalam suasana lantai basah.

Mengubah permainan congkak.

Memasang tikar getah baru.

Puan Saadiah menuju ke meja beliau.

No comments:

Post a Comment