Monday 30 January 2017

Pokok Silaturahim Persatuan PPKI SMKPZ

Tarikh: 25 Januari 2017 (Rabu)
Masa: 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan perjumpaan kali kedua Persatuan PPKI SMKPZ. Pada hari ini pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan seliaan tiga orang guru / pembantu pengurusan murid.
Aktiviti pada hari ini ialah menghasilkan Pokok Silaturahim. Peralatannya mudah. Sekeping manila kad, warna berjenama Buncho, berus dan sedikit air. Warnakan tapak tangan dan capkan pada manila kad bagi membentuk pokok. Dengar cerita pada perjumpaan akan datang ahli-ahli akan cap tangan mereka pada tiang-tiang garaj parking berhampiran Blok PPKI SMKPZ.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh saya.

 Cikgu Siti Khairanah membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.

 Melakar bentuk pokok.

 "Biarkan kreativiti mereka berkembang tanpa batasan," ujar Cikgu Mohd Abdullah.

 Shafiq berusaha gigih.

 Cikgu Siti Norli sedang cuba memperbaiki 'kemusnahan' yang telah berlaku.

 Bergambar kenangan bersama hasil kerja.

Saya pun nak bergambar juga.

Pelancaran Program NILAM Peringkat SMKPZ 2017

Tarikh: 25 Januari 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat SMKPZ 2017. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK Kurikulum SMKPZ. Sesungguhnya amalan membaca amalan mulia. Menjelang akhir Januari 2017, setiap pelajar SMKPZ harus menyiapkan sinopsis bagi sekurang-kurangnya 20 buku bacaan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Puan Rose Aida selaku Penyelaras Program NILAM SMKPZ menyampaikan ucapan beliau.

 E'man (kanan) dan Hafizi tekun membaca.

 Encik Abdul Hadi menyampaikan ucapan perasmian.

 Oh, ada gimik pelancaran tetapi bukan potong kek.

Menyanyikan lagu Program NILAM. Terkejut seketika saya, ingatkan nak nyanyi lagu Negaraku.

Wednesday 18 January 2017

Kejohanan Merentas Desa SMKPZ 2017

Tarikh: 18 Januari 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Kejohanan Merentas Desa SMKPZ 2017. Pelajar PPKI turut dilibatkan dengan dua kategori khas untuk mereka iaitu lelaki dan perempuan. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

Bergambar kenangan dengan VIP.
 
 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ bersedia untuk melepaskan para peserta.

 Merentas desa sambil makan angin.

 Puan Siti Khairanah bertugas di salah satu check point.

 Cikgu Azean bertugas di salah satu check point.

 Iqmal akhirnya tiba di garisan penamat.

 Cikgu Siti Norli dan Cikgu Siti Maizura bertugas sebagai hakim penamat.

 Haziq mendapat tempat ketiga.

 Johari mendapat tempat kedua.

 Satihyasellon menjadi johan.

 Nurul Aisyah mendapat tempat ketiga.

 Siti Nurhanim mendapat tempat kedua.

 Nur Eddryana Shafiqah menjadi johan.

 Majlis penyampaian hadiah berlangsung sehingga pukul 12 tengah hari.

 Seronok mengikuti aktiviti pada pagi ini.

Sesekali tukang blogger pun nak juga ada gambar walaupun selfie.

Wednesday 11 January 2017

Perjumpaan Ko-Kurikulum PPKI SMKPZ 1/2017

Tarikh: 11 Januari 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.30 pagi (1 Murid 1 Sukan Pendidikann Khas), 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang (Pengakap Pendidikan dan Persatuan Pendidikan Khas)
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan perjumpaan 1 Murid 1 Sukan, Pengakap dan Persatuan Pendidikan Khas. Aktiviti pada hari ini secara umumnya ialah mesyuarat agung untuk ketiga-tiga aktiviti ko-kurikulum tersebut.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Cikgu Azean menyampaikan taklimat 1M1S.

 Proses pengundian AJK 1M1S Petanque.

 Cikgu Siti Norli menjadi pencatat.

 Ini dah tengah hari ni. Program Jom Solat Zohor berjalan lancar.

 Cikgu Siti Maizura menyampaikan taklimat Pengakap.

 Proses pemilihan AJK sedang berlangsung.

Cikgu Siti Khairanah menyampaikan taklimat Persatuan Pendidikan Khas.

Latihan Merentas Desa

Tarikh: 10 Januari 2017 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat: Trek merentas desa murid PPKI

Pada hari ini telah diadakan latihan merentas desa bagi murid-murid PPKI SMKPZ. Hari ini bukan mencari siapa yang dapat lari laju tetapi untuk mengenal trek larian. Selain itu untuk menyisihkan errr mengenal pasti murid-murid yang semangat saja tinggi tetapi fizikal dan kesihatan tidak mengizinkan. Keh, keh, keh!!!
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Keselamatan diutamakan.

 Lintas hormat pelajar perempuan.

 Tiada peluang untuk menaiki PCX tahun ini. Tiada peluang untuk mamarazi atau paparazi merakam gambar-gambar fitnah untuk diviralkan di Group Whatsapp PPKI SMKPZ tahun ini. Kah, kah, kah!

 Haikal membuat isyarat peace!

 Teacher Lim bersemangat setelah menerima sokongan daripada Siti Payung di belakang.

 Hampir sampai.

 Oh, ini bertugas sebagai peronda untuk sesi petang pula bagi pelajar arus perdana. Nampak tak kereta Cikgu Hamsharil sedang mengutip bebudak pancit untuk dihantar balik ke sekolah?

Kena tukar nama pertandingan merentas desa kepada pertandingan lumba jalan kaki :)

Sunday 8 January 2017

Hari Keempat Orientasi Pelajar Baru PPKI SMKPZ

Tarikh: 6 Januari 2017 (Jumaat)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari terakhir program orientasi pelajar baru telah diadakan taklimat disiplin dan pembahagian pelajar ke kelas-kelas berdasarkan ujian diagnostik yang telah dibuat.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Cikgu Azean sedang menyampaikan taklimat disiplin.

 Ooo, seluar dalam jangan tinggal di jamban ye cikgu?
 
 Cikgu Siti Khairanah sedang mengendalikan sesi pembahagian kelas.

Proses menceriakan kelas bermula.

Hari Ketiga Orientasi Pelajar Baru PPKI SMKPZ

Tarikh: 5 Januari 2017 (Khamis)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Program orientasi diteruskan lagi pada hari ini dengan Ujian Diagnostik Matematik, Taklimat Mata Pelajaran dan Latihan Dalam Kumpulan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Ujian Diagnostik Matematik sedang berlangsung.

 Puan Hasmah menyampaikan taklimat mata pelajaran.

 Senaman ringan menghilangkan rasa bosan.

 Mengutip tandatangan guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid.

 Melengkapkan buku orientasi pelajar baru.

Berlatih menyanyikan lagu sekolah.