Thursday 23 June 2016

Program 3 Penjuru SMKPZ

Tarikh: 24 Jun 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.10 tengah hari
Tempat: Kelas

Pada hari ini telah diadakan Program 3 Penjuru SMKPZ. Di dalam program ini, ibu bapa atau penjaga kepada para pelajar datang ke sekolah bagi mengetahui perkembangan akademik terkini anak-anak mereka. Instrumen yang menjadi kayu ukur ialah keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang berlangsung sebelum cuti pertengahan tahun yang lalu.
Selain membincangkan perkembangan akademik, di PPKI turut disediakan Rancangan Pembelajaran Individu yang merupakan salah satu kaedah bagi membantu membimbing perkembangan akademik, tingkah-laku, urus diri, sosial dan kerjaya bagi murid-murid pendidikan khas.
Semoga program ini diteruskan lagi di masa akan datang demi memajukan anak-anak kita.
 
 Puan Siti Norli melayan klien di kelas PPKI 1.

 Puan Siti Maizura melayan klien di kelas PPKI 2.

 Puan Lim Pei Kuan melayan klien di kelas PPKI 3.

 Puan Siti Khairanah melayan klien di kelas PPKI 4.

 Puan Sa'adiah melayan klien di kelas PPKI 5.

 Puan Shariza melayan klien di kelas PPKI 6.

Puan Wan Azlima melayan klien di kelas PPKI 7.

Sunday 12 June 2016

Program Ihya Ramadhan SMKPZ

Tarikh: 13 Jun 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Pada hari ini SMKPZ meneruskan tradisi meraikan kedatangan Ramadhan dengan mengadakan Program Ihya Ramadhan. Di dalam program ini turut diadakan pelancaran Tabung Kebajikan Ramadhan bertujuan mengumpul dana untuk membantu warga SMKPZ yang kurang bernasib baik.
Ustaz Mohd Abdullah juga pada hari ini telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Fidyah. Tatapi rakaman yang sempat saya buat.

 Encik Shahrum Azam, Yang Dipertua PIBG SMKPZ menyampaikan ucapan.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ menyampaikan ucapan perasmian.

 Persembahan nasyid.

 Pelancaran tabung kebajikan.

 Ustaz Mohd Abdullah menyampaikan ceramah.

 Mengikuti ceramah dengan penuh minat.

Johari menjawab soalan kuiz.

Thursday 2 June 2016

Guru Pembina Negara Bangsa

Tarikh: 26 Mei 2016 (Khamis)
Masa: 7.40 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ (Majlis Sambutan Hari Guru) dan The Royal Club Sungei Ujong (makan tengah hari)

Sambutan Hari Guru di SMKPZ pada tahun ini dilewatkan sedikit atas dua faktor. Faktor yang pertama ialah suasana sekolah yang sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun pada 16 Mei 2016. Faktor yang kedua ialah Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ yang tiada di sekolah pada 16 Mei 2016 kerana menghadiri acara sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016 di Unimas, Sabah.
Ini merupakan kali ketiga tema Guru Pembina Negara Bangsa digunakan sebagai tema sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Sambutan di peringkat sekolah sememangnya meriah dengan penglibatan warga sekolah. Ada bacaan perutusan KPPM & Menteri Pendidikan, tarian, nyanyian, bersajak (bravo kepada PPKI, tahun ni tiga pelajar naik ke pentas bersajak dan bukan menjadi bahan ketawa khalayak seperti tahun2 lepas), sukaneka, jamuan, mee siam dan karipap. Ohhh, dua yang terakhir tu hanya sebahagian daripada dialog Pak Maun dalam Nasib Do Re Mi saja, jangan ambil serius.
Ikuti kronologi sambutan berdasarkan gambar-gambar berikut.

Kalau tak ambil gambar sendiri jangan harap la ada gambar dalam blog ni.

Yang nampak cantik dari sudut ni hanyalah back drop yang cikgu2 dan PPM2 PPKI buat sepanjang minggu kat belakang tu.

Kalau pasang aircond macam kat dewan satu MRSM di Melaka tu mesti bestkan?

Perutusan sedang dibaca. 15 muka surat bersaiz A4 kalau tak salah.

Murid-murid sedang menyaksikan acara sukaneka.

Dalam kepanasan El Nino ni kita buat dalam dewan je sukaneka.

Salah satu acara wajib sukaneka, buat mumia. Tahun depan buat la Maggi, boleh juga dimakan beramai-ramai.

Macam-macam hadiah dan sijil.

Persembahan nasyid.

Dah petang, dah pukul 3 ni. Ini di The Royal Club Sungei Ujong. Yang kiri tu bukan P. Ramlee tetapi Cikgu Fauat.

Kesian kek tu dah sejuk.

Tahun lepas datang tiga kali. Dua kali program Koperasi SMKPZ dan satu lagi program PPKI SMKPZ.
 
Rezeki Ustaz Mohd Abdullah menang seterika dalam cabutan bertuah.

Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ menerima cenderahati daripada Kelab Guru dan Staf SMKPZ yang disampaikan oleh pengerusinya, Puan Noraini.

Meraikan hari lahir bagi mereka yang lahir dari bulan Januari hingga Jun.

Persembahan selingan Penguin Dance.

Bergambar kenangan.