Monday 30 March 2015

Majlis Penutup Minggu Sains dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 30 Mac 2015 (Khamis)
Masa: 8.20 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Setelah seminggu kita beraktiviti Sains dan Matematik sehingga pecahlah meter pam angin untuk aktiviti roket, maka tibalah masanya kita untuk meraikan pemenang-pemenang setiap acara yang telah dilangsungkan.
Hadiah-hadiah berbentuk alat-alat tulis telah disampaikan oleh GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar.
Terima kasih kepada semua yang terbabit menjayakan program ini.

Dengar ya Cikgu Ilham nak berpantun.
                                          Inflasi sifar wawasan kita,
                                                    Harga berpatutan menawan ibu,
                                          Tin hijau pilihan saya,
                                                    Tahukah cik adik susu apakah itu?

 Cikgu Mohd Abdullah membacakan doa.

 Ampunkan dosa, sihatkan, panjangkan umur dan murahkanlah rezeki guru-guru dan kakak-kakak PPM kami. Amin.

 Surinini bangga menjadi wakil untuk menerima hadiah untuk kelasnya.

 Razib gembira apabila menang tanpa disangka-sangka.

Murid-murid PPKI 6 gembira memenangi hadiah pertandingan reka cipta antara kelas. Alah, Kak Fizah yang tolong buat, boleh la.

Thursday 26 March 2015

Rakaman Minggu Sains Dan Matematik 3

Tarikh: 27 Mac 2015 (Jumaat)
Masa: 8.20 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tempat: Kelas PPKI 6

Pada hari ini telah diadakan Kuiz Betul Salah Matematik dan Kuiz Betul Salah Sains. Tatapi rakaman sepanjang aktiviti berlangsung di bawah.

 Cikgu Siti Hajar mengendalikan kuiz.

 Macam tak ramai je yang hadir hari ni.

 Aisyah dan Naqiudin mewakili Kumpulan B.

Pertandingan berlangsung sengit.

Rakaman Minggu Sains Dan Matematik 2

Tarikh: 25 Mac 2015 (Rabu)
Masa: 12.40 tengah hari hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan pertandingan sudoku dan reka cipta untuk pengisian Minggu Sains Dan Matematik. Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Kacang je sudoku ni cikgu.

 Cikgu Azean (kanan) sedang meyumbangkan idea reka cipta kepada murid-murid kelas PPKI 6.

 Syahmi menggam kertas warna.

 Umi membuat model roket.

Murid-murid PPKI 6 sedang bekerjasama menyiapkan model kereta.

Permainan Boling 1/2015

Tarikh: 25 Mac 2015 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Ampang Bowls, Seremban Prima

Kini tibalah masanya untuk tauke gelanggang boling menepuk dahi melihat lane-lanenya rosak dihempas bola-bola boling murid-murid PPKI SMKPZ. Setelah tertunda pada bulan lalu kerana masalah teknikal, keinginan murid-murid untuk merosakkan lane boling tidak dapat dibendung lagi.
Pada tahun ini Ampang Bowls, Seremban Prima telah dipilih sebagai tempat permainan boling bulanan PPKI SMKPZ. Bagi pengunjung-pengunjung Ampang Bowls, pilih lane-lane tepi kalau nak main. Keh, keh, keh!

 Ashraf meminta bola boling saiz 15.

 Naqiudin (tengah) menenangkan diri sebelum membuat balingan.

 Menunggu waktu pulang.

 Menunggu bas.

 Sapa tak nak balik?

Tiba akhirnya bas yang ditunggu.

Rakaman Minggu Sains dan Matematik 1

Tarikh: 23 Mac 2015 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah bermulalah Minggu Sains dan Matematik untuk PPKI SMKPZ. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilaksana sepanjang minggu ini seperti reka cipta, kuiz, mewarna, domino dan tayangan video.
Saksikan rakaman hari pertama di bawah.

 Doktor tua Bergaya dengan baju Doktor Muda.

 Cikgu Ilham mempengerusikan majlis.

 GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah menyampaikan ucapan perasmian.

 Semua kelihatan teruja.

 Gimik perasmian gunung berapi.

 Hiyah seronok melihat buih-buih gas karbon dioksida.

 Eksperimen keburukan merokok.

 Hembus kuat-kuat Fitri.

 Sudut pandangan dari belakang.

 Adakah Coca Cola akan melimpah?

 Cikgu Mohd sedang menerangkan konsep asas roket.

 Demonstrasi pelancaran roket.

 Memasang botol plastik.

Tayangan filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens.

Wednesday 11 March 2015

Demonstrasi Gosok Gigi

Tarikh: 5 Mac 2015 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pihak PPKI SMKPZ pada hari ini sangat mengalu-alukan kehadiran doktor dan pasukan kesihatan pergigian daripada Klinik Kesihatan Ampangan yang telah sudi datang ke sekolah kami untuk melakukan demonstrasi menggosok gigi dengan cara yang betul. Terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, Hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya.
Saksikan rakaman foto oleh Puan Sharul Afizah.

 Doktor gigi memberi penerangan.

 Macam ni cara gosok gigi tau.

 Cikgu Lim dan Afiqah.

 Cikgu Sa'adiah dan Asharaf.

 Semua menunggu giliran untuk menggosok gigi.

Bergambar ramai-ramai.

Bengkel RPI 1/2015

Tarikh: 11 Mac 2015 (Rabu)
Masa: 1.20 petang hingga 2.20 petang
Tempat: PPKI 6

Pada hari ini telah diadakan Bengkel RPI 1/2015. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Lim Pei Kuan yang telah menghadiri bengkel peringkat daerah beberapa minggu yang lalu. Setahu saya RPI Online ini telah wujud beberapa tahun yang lalu tetapi kurang lancar kerana beberapa masalah teknikal menurut beberapa rakan guru yang pernah menggunakannya di sekolah-sekolah yang lain.
Di dalam bengkel ini saya dan beberapa rakan guru turut tidak dapat login kerana sistem dalam talian tersebut menyatakan kami pengguna yang tak sah. Tak mengapa kerana akan cuba ditangani oleh pihak berkenaan.
Saksikan rakaman telefon Nokia C3 saya.

 Jadi tiap-tiap murid, tiap-tiap subjek kena RPIkan.

 
Zaman Dalam kegelapan.

 Ni nak buat RPI Online ada tak punca kuasanya? Aaa, punca kuasa dua, punca kuasa tiga saya tau la. Surat pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengarahkan kita melaksanakannya la.

Musim Ujian Selaras 1/2015

Tarikh: 10, 11 dan 12 Mac 2015
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

"Kehidupan yang tidak dinilai, adalah sebuah kehidupan yang tidak bermakna," Socrates.

Setelah tiga bulan belajar maka pada minggu ini tibalah minggu yang digeruni oleh semua pelajar iaitu Minggu Ujian Selaras 1/2015. Guru-guru telah bertungkus-lumus menyediakan soalan-soalan ujian untuk enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Ada guru yang berusaha menyiapkan soalan ujian dengan merujuk soalan-soalan ujian sekolah-sekolah berhampiran yang mempunyai program pendidikan khas integrasi bagi mempelbagai item-item di dalam soalan.
Selamat maju jaya.

Pelajar-pelajar PPKI 1 tekun menjawab soalan ujian.

Tuesday 10 March 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20

Tarikh: 5 Mac 2015 (Khamis)
Masa: 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 merupakan wadah untuk meraikan kecemerlangan anak-anak didik SMKPZ dan juga medan bertemu pihak sekolah dan para penjaga untuk membincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan sekolah.
Pada tahun ini antara tetamu kehormat yang dijemput adalah Yang Berhormat Dato' Haji Abu Ubaidah bin Dato' Haji Redza, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Ampangan serta Yang Berbahagia Dato’ Hajah Kalsom binti Khalid Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.
Walaubagaimanapun, kedua-dua tetamu kehormat tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan menghantar wakil pada hari kejadian.
Pada tahun ini saya tidak menjadi AJK Persiapan Tempat (tahun lepas pergi Nilai 3 beli kain skirting dengan Cikgu Eiwan) tetapi menjadi AJK Buku Program untuk majlis ini.
Untuk Pentaksiran Tingkatan Tiga, penerima anugerah utama ialah Muhammad Nur Firdaus bin Mustaza dengan gred 9A, 1B manakala untuk Sijil Pelajaran Malaysia, penerima anugerah utama ialah Muhammad Amru bin Nazri dan Syazanani Shahira binti Syahrul Nizam dengan gred 7A.
Bagi Anugerah Penerima Anugerah Mesra Pelajar, Mesra Ibu Bapa, Mesra Guru, sejumlah 56 orang pelajar yang memperoleh mata merit 150 dan ke atas telah menerima sijil dan hadiah masing.

Saksikan rakaman kamera telefon Nokia C3 saya.

 Bunting di pentas.

 Cikgu Sa'adiah (kiri) dan Cikgu Wan Azlima bertugas di kaunter pendaftaran.

 Tarian Selamat Datang.

 Tarian Selamat Datang.

 Huuu ramainya hadirin, penuh satu dewan.

 Cikgu Siti Khairanah (tengah) bertugas mengedarkan roti dan air mineral.

 Ustaz Nor Sharulazemi sedang membacakan doa.