Sunday 1 March 2015

Karnival Keusahawanan SMKPZ

Tarikh: 28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dataran SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Karnival Keusahawanan SMKPZ. Lebih daripada 20 buah gerai telah dibuka yang dijalankan oleh kelab dan persatuan di SMKPZ. PPKI SMKPZ tidak melepaskan peluang untuk merebut laba. Antara bahan jualan ialah bihun sup, soto, ais krim Malaysia, air mineral, dadih dan keropok. Dua permainan turut diadakan iaitu golf dan dart belon.
Saksikan rakaman dengan telefon Nokia C3 saya.

Menyusun barangan jualan.

Cikgu Wan Azlima (kiri) menetapkan susunan barangan.

Cikgu Wahidah menguji lari, errr membuat pukulan percubaan.

Nur Hiyah menjaga papan dart belon.

Pelanggan pertama golf.

Jualan air sangat laris.

Pelanggan pertama dart belon.

Yang Berusaha Pengetua Cemerlang SMKPZ, Puan Hajah Hamidah binti Burok sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Cameraman makan sengkuang palit.

Menunggu pelanggan PS2.

Cikgu Siti Hajar dan pembantu-pembantu chef mengisi bihun dan bahan-bahan ke dalam mangkuk.

15 minit RM1.

Cikgu Sa'adiah sedang makan bihun mencarik-carikkan isi ayam. Tulang-tulang ayam tu saya la yang makan dengan sup.

Nampak sikit saja kan atas meja tu tapi dikhabarkan 300 mangkuk bihun sup terjual.

Gerai PPKI menang kategori bekas kupon terbaik. Anak Cikgu Hasmah pula menang basikal gunung untuk kategori jualan kupon terbanyak.

Cikgu Abdullah gembira dengan hasil jualan yang melimpah-ruah.

Menghitung jumlah kupon.

No comments:

Post a Comment