Thursday 26 February 2015

Persediaan Hari Karnival Keusahawanan SMKPZ 2015

Tarikh: 27 Februari 2015 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

PdP Alaf Ke 21 bukan setakat hanya di kelas sahaja malahan kita perlu menerapkan salah satu unsur terkini dalam kurikulum iaitu nilai keusahawanan. Selaras dengan itu pada tahun ini SMKPZ dengan bangganya akan menganjurkan Hari Karnival Keusahawanan SMKPZ 2015 pada 28 Februari 2015 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Untuk karnival kali ini, guru-guru diwajibkan membeli kupon sebanyak RM50 manakala murid pula RM10. Gerai-gerai jualan terdiri daripada persatuan-persatuan, kelab-kelab dan kelas-kelas dengan nisbah keuntungan 50% untuk sekolah dan 50% untuk gerai-gerai.
PPKI SMKPZ tidak ketinggalan merebut peluang untuk terlibat. Kami akan menjual bihun sup, soto, keropok, pisang goreng, mengadakan permainan Play Station 2, permainan golf dan permainan dart. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan suasana.
Saksikan rakaman foto yang sempat diambil.

Kumpulan dart meniup belon dan menyiapkan hadiah.

Ustaz Mohd Abdullah memastikan produk keropok yang dihasilkan adalah halal dan patuh syariah.

Puan Siti Hajar (kiri) dan Cik Nur Ilham membungkus keropok.

Nur Hiyah menumbuk bawang.

Fithri mencuba permainan Play Station 2.

Pelajar-pelajar yang tidak terlibat pula mengikuti tayangan video berkaitan menjaga kebersihan diri.

Pelajar-pelajar PPKI membantu menyiapkan susun atur perabot VIP di astaka.

Perjumpaan Mentor Mentee 1/2015

Tarikh: 27 Februari 2015 (Jumaat)
Masa: 7.40 pagi hingaa 8.20 pagi
Tempat: Kelas-kelas PPKI

Program solat hajat dan bacaan Yassin bulanan pada hari ini telah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perjumpaan mentor mentee kali pertama bagi tahun 2015.
Aktiviti pada hari ini ialah taaruf iaitu ice breaking kalau ikut istilah orang putih.
Saksikan rakaman foto berikut.

Sesi di kelas PPKI 6.

Ustaz Mohd Abdullah berkongsi pengalaman beliau menaiki bot ke Long Lama, Sarawak

Ain Shuhada menulis nama guru-guru kesayangannya di dalam borang maklum balas.

Puan Siti Khairanah dan kelas PPKI 2.

Sesi di kelas PPKI 4.

Megat menceritakan perihal kucing kesayangannya di rumah.

Wednesday 25 February 2015

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan PPKI SMKPZ 2015

Tarikh: 25 Februari 2015 (Rabu)
Masa: 1.00 petang hingga 2.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan PPKI SMKPZ 2015. Mesyuarat telah diadakan dengan agenda seperti berikut:
1. Ucapan pengacara majlis 
2. Bacaan doa oleh Encik Mohd Abdullah b Mohamed Yusof 
3. Ucapan Pengerusi Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za’ba 2014, Encik Mohd Nasri bin Jani 
4. Ucapan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Pendeta Za’ba, Puan Hasmah binti Abu Bakar
5. Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za’ba 2014,   Puan Nor Wahidah binti Jalil 
6. Pembubaran Jawatankuasa Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za’ba 2014 
7. Pemilihan Jawatankuasa Badan Kebajikan PPKI SMK Pendeta Za’ba 2015 
8. Hal-hal lain

Pada tahun ini, tahniah diucapkan kepada Encik Lumin bin Jamil yang telah terpilih untuk menjadi Pengerusi Badan Kebajikan PPKI SMKPZ. Semoga beliau dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah terpilih akan memangkin kemajuan PPKI SMKPZ.

Ikuti rakaman foto berikut.

Penjaga sedang mendaftar.

Sahibus Samahah Ustaz Mohd Abdullah sedang membacakan doa pembuka majlis.
 
Para hadirin mengaminkan doa.

Puan Nor Wahidah selaku pengacara majlis.

Encik Nasri menyampaikan ucapan.

Encik Lumin menyampaikan ucapan selaku pengerusi yang baru.

Tinggallah Sayang Tinggallah Pujaan 2/2015

Tarikh: 24 Februari 2015 (Selasa)
Masa: 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Berikutan jerayawara yang telah diadakan pada 12 Februari 2015 yang lalu, tahniah diucapkan kepada Muhammad Idham bin Abdul Halim yang telah terpilih untuk mengikuti Kursus Sijil Penyediaan Makanan di Kolej Komuniti Jelebu. Muhammad Idham akan mengikuti kursus tersebut selama dua tahun dan akan mendaftar pada 25 Februari 2015.
Satu majlis perpisahan yang ringkas telah diadakan pada tarikh di atas. Kepada Muhammad Idham diucapkan selamat maju jaya.
Ikuti rakaman foto berikut.

Puan Hasmah berkongsi rasa sedih akan pemergian Muhammad Idham.

Semua nampak sedih, errr gembira dengan pemergian Muhammad Idham.

Muhammad Idham kelihatan gembira untuk meninggalkan rakan-rakannya.

Puan Hasmah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan oleh warga PPKI SMKPZ.

Jerayawara Kolej Komuniti Jelebu

Tarikh: 12 Februari 2015 (Khamis)
Masa: 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini lima pensyarah daripada Kolej Komuniti Jelebu telah mengadakan jerayawara (road show) di sekolah kami. Pada permulaannya mereka telah menyampaikan taklimat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan untuk murid-murid pendidikan khas kepada warga PPKI SMK serta para penjaga.
Kemudian, sekumpulan murid yang berumur 17 tahun dan ke atas telah terpilih untuk menduduki ujian bertulis dan ujian lisan yang telah dikendalikan oleh para pensyarah tersebut.
Tatapi rakaman foto oleh wartawan lokasi.

Mendengar taklimat dengan penuh minat.

Encik Ahmad Kamal berkongsi pengalaman mengajar murid-murid OKU di kolejnya.

Puan Linda menerangkan struktur kursus yang bakal diikuti kepada para hadirin.

Puan Siti Khairanah menyusun makanan.

Taklimat sedang berlangsung.

Zawani dan Munirah gembira mendengar prospek kerjaya masa depan mereka.

Bulan Kemerdekaan Malaysia tu bulan apa cikgu? Tiap-tiap tahun buat sambutan pun tak tau.

Ibu Syafiq Danial (kanan) bertanyakan sesuatu kepada para pensyarah.
 
Encik Rani (bertopi) bertanyakan sesuatu kepada Encik Ahmad Kamal.

Ujian lisan sedang berlangsung.

Ujian lisan sedang berlangsung.

Wednesday 11 February 2015

Perjumpaan 1 Murid 1 Sukan 2/2015 PPKI SMKPZ

Tarikh: 11 Februari 2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 8.40 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan  Perjumpaan 1 Murid 1 Sukan 2/2015 PPKI SMKPZ. Bagi permainan petanque di bawah kendalian saya, teori dan demonstrasi permainan petanque telah diadakan di gelanggang petanque sekolah.
Pada sebelah petang pula, pada jam 1.40 petang hingga 2.40 petang perjumpaan pengakap telah diadakan di Blok PPKI SMKPZ. Dalam kumpulan masing-masing, aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini ialah menyediakan Buku Log Skim Lencana Pengakap.

Bola kecil ni namanya jack.

Daniel melontar boule.

Syafiq dibimbing oleh Cik Nur Ilham.

Mengambil bahagian dengan penuh minat.

Cik Noraini membimbing Munirah menyediakan buku log pengakap.

Masih bersemangat mewarna walaupun sudah hampir jam 2.30 petang.

LDP 2/2015 Pembelajaran Abad 21 Peringkat Panitia

Tarikh: 7 Februari 2015 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta dan Blok PPKI

Pada hari ini telah diadakan LDP 2/2015 Pembelajaran Abad 21 Peringkat panitia-panitia SMK Pendeta Za'ba. Ini merupakan lanjutan kepada LDP yang telah diadakan pada beberapa minggu yang lalu.

LDP ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan tayangan slaid bertajuk Pembelajaran Abad 21 oleh GPK1, Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof. Guru-guru kemudian berpecah mengikut panitia masing-masing untuk membuat contoh modul pembelajaran abad 21 pada jam 10.00 pagi.

Bagi PPKI SMKPZ, guru-guru telah berbengkel di Blok PPKI SMKPZ dan menyediakan contoh modul untuk dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Pendidikan Islam.

Terima kasih kepada Puan Hasmah di atas tajaan nasi lemak dan Cik Nur Ilham di atas tajaan kuetiau goreng.

Guru-guru mengambil tempat.

Bukti kehadiran.

Encik Abdul Hadi menyampaikan taklimat.

Encik Azean menerangkan penggunaan modul Mengenal Bentuk Asas bagi mata pelajaran Matematik.

Guru-guru sedang berbengkel.

Kejohanan Merentas Desa SMKPZ

Tarikh: 5 Februari 2015 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Sekitar Taman Paroi Jaya

Pada petang ini sejumlah 30 murid PPKI SMKPZ telah menyertai Kejohanan Merentas Desa SMKPZ iaitu 20 murid lelaki dan 10 murid perempuan. Murid-murid sangat bersemangat ketika melakukan larian.
Berikut ialah keputusan larian untuk tahun ini.

Kategori lelaki:
1. Mohd Idham bin Abd Halim
2. Muhammad Nur Iman bin Mohd Sani
3. Muhammad Amirul Izwan bin Kamarudin

Kategori perempuan:
1. Nurul Asyiqin binti Mohd Zaki
2. Nurul Aisyah Mohd Noor
3. Maya Dania binti Ghazali

Saksikan rakaman foto wartawan-wartawan lokasi.

Bersedia di tempat permulaan.

Bersemangat.

M. Jegathesan, ehhh bukan, Satihyasellon

Nurul Syiqin membuktikan berjalan pun boleh menang.

Muhammad Nur Iman menerima hadiah daripada Puan Hasmah.

Nurul Asyiqin menerima hadiah daripada Puan Hasmah.