Thursday 23 March 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Sains & Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 17 Mac 2017 (Jumaat)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Sains & Matematik PPKI SMKPZ. Semua menang dan tiada yang kalah. Saksikan rakaman gambar yang sempat saya ambil dalam majlis ringkas tersebut.

 Cikgu Siti Norli mempengerusikan majlis.

 Cikgu Mohd Abdullah membaca doa pembuka majlis.

 Cikgu Nor Wahidah selaku Penyelaras PPKI SMKPZ menyampaikan ucapan penutup program.

 Akmal menerima hadiah bagi pihak PPKI 7.

 Syahmi menerima hadiah bagi pihak PPKI 6.

 Aisyah menerima hadiah bagi pihak PPKI 5.

 Razip menerima hadiah bagi pihak PPKI 4.

 Hafizi menerima hadiah bagi pihak PPKI 3.

 Iqmal menerima hadiah bagi pihak PPKI 2.

Faizal menerima hadiah bagi pihak PPKI 1.

Latihan Kebakaran SMKPZ 1/2017

Tarikh: 17 Mac 2017 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan satu latihan kebakaran. Latihan kebakaran merupakan salah satu aktiviti wajib tahunan yang diadakan di SMKPZ saban tahun bagi membina kesedaran bahaya kebakaran dan cara menghadapinya. Pada pagi ini salah seorang murid PPKI SMKPZ iaitu Mohd Khursairy telah bertuah kerana terpilih untuk memadam api dalam latihan pemadaman api.
Saksikan rakaman yang sempat diambil dengan menggunakan telefon YES Altitude.

 Membuat head count sambil menanti ketibaan jentera bomba.

 Mengambil gambar kenangan.

 Besar betul jentera bomba tepi tu.

 Taklimat oleh pegawai bomba.

 Api mula dinyalakan.

 Khursairy mengenakan seragam bomba.

 Hampir siap untuk beraksi.

 Steady!!!

Berjaya memadamkan api.

Wednesday 15 March 2017

Hari Keempat Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 16 Mac 2017 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Kelas PPKI 1

Pada hari ini aktiviti Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Kuiz Matematik dan Kuiz Sains. Kuiz Matematik dikendalikan oleh Cikgu Azean manakala Kuiz Sains dikendalikan oleh Cikgu Siti Maizura. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Kuiz Matematik sedang berlangsung.

 Sudut pandang lain Kuiz Matematik.

 Kuiz Sains sedang berlangsung.

 Sudut pandang lain Kuiz Sains.

Tuesday 14 March 2017

Hari Ketiga Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 15 Mac 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Aktiviti Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Pertandingan Membina Sifir dan Bermain Buih Sabun. Saksikan gelagat murid pendidikan khas mengikuti kedua-dua aktiviti ini.

 Cikgu Azean dalam sesi taklimat Pertandingan Membina Sifir.

 Begini caranya ujar Cikgu Azean.

 Menggentel plastisin dan menampalnya pada tulisan di kad manila.

 Antara hasil akhir oleh kumpulan.

 Antara hasil akhir oleh kumpulan.

 Cikgu Siti Maizura dalam taklimat Bermain Buih Sabun.

 Ashraf melilit benang pada rangka besi.

 Cubaan menghasilkan buih terpanjang bermula.

 Antara bahan terpenting ialah sabun basuh pinggan cap Joy.

 Bergilir-gilir cuba menghasilkan buih sabun terpanjang.

 Ini cubaan oleh Hakim.

 Ini pula cubaan oleh Aisyah.

 Ini pula cubaan oleh Hanim.

Akhirnya Hazirah yang berjaya menghasilkan buih sabun terpanjang.

Hari Kedua Minggu Sains & Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 14 Mac 2017 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini aktiviti Minggu Sains & Matematik PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Pertandingan Eksplorasi. Saksikan pelbagai ragam peserta yang menyertai pertandingan tersebut seperti di bawah.

 Cikgu Azean sedang membahagikan kumpulan.

 Cikgu Mohd menyampaikan taklimat pertandingan.

 Stesen Dam Ular. Tahun ni buat sampai nombor 60 dulu, tahun depan mungkin 1000.

 Stesen mengembungkan kembali bola ping pong yang kemek.

 Stesen Puzzle antara yang susah.

 Stesen Tuk Janggut. Barang siapa dapat mengasingkan bahan-bahan yang bercampur-aduk ini orang itu akan dikahwinkan dengan anak raja.

 Stesen Penyelesaian Masalah Matematik.

 Stesen Tampal & Gam Kategori Benda-Benda Hidup.

 Stesen Memasang Kembali Lampu Suluh.

 Stesen Lastik Botol memerlukan kecekapan membidik sasaran.

 Stesen yang saya dan Aishah jaga iaitu pelancaran roket.

Roket berjaya dilancarkan.

Sunday 12 March 2017

Hari Pertama Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 13 Mac 2017 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Minggu ini bermulalah aktiviti Minggu Sains Dan Matematik PPKI SMKPZ bagi tahun 2017. Pada minggu ini akan diadakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pencarian harta karun, kuiz dan rekacipta.
Saksikan rakaman pada hari pertama yang sempat saya ambil.

 Cikgu Azean selaku penyelaras program menyampaikan taklimat.

 Mendengar dengan penuh minat.

 Cikgu Mohd dengan eksperimen-eksperimen sainsnya.

 Eksperimen volcano.

 Cikgu Hasmah, GPK Pendidikan Khas mencuba eksperimen volcano.

 Mengembangkan semula bola ping pong yang kemek.

 Wah, ajaib.

 Belon mengembang hasil tindak balas cuka dan soda bikarbonat.

 Surini pun nak cuba.

 Model paru-paru manusia.

 Afiqah mencuba eksperimen elektrostatik.

 Belon tak pecah dicucuk lidi.

 Ooo ini belut.

 Susah nak pegang kerana licin.

 Membelah belut untuk melihat bahagian dalamnya.

Menonton fenomena gempa bumi.