Tuesday 14 March 2017

Hari Kedua Minggu Sains & Matematik PPKI SMKPZ

Tarikh: 14 Mac 2017 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini aktiviti Minggu Sains & Matematik PPKI SMKPZ diteruskan lagi dengan Pertandingan Eksplorasi. Saksikan pelbagai ragam peserta yang menyertai pertandingan tersebut seperti di bawah.

 Cikgu Azean sedang membahagikan kumpulan.

 Cikgu Mohd menyampaikan taklimat pertandingan.

 Stesen Dam Ular. Tahun ni buat sampai nombor 60 dulu, tahun depan mungkin 1000.

 Stesen mengembungkan kembali bola ping pong yang kemek.

 Stesen Puzzle antara yang susah.

 Stesen Tuk Janggut. Barang siapa dapat mengasingkan bahan-bahan yang bercampur-aduk ini orang itu akan dikahwinkan dengan anak raja.

 Stesen Penyelesaian Masalah Matematik.

 Stesen Tampal & Gam Kategori Benda-Benda Hidup.

 Stesen Memasang Kembali Lampu Suluh.

 Stesen Lastik Botol memerlukan kecekapan membidik sasaran.

 Stesen yang saya dan Aishah jaga iaitu pelancaran roket.

Roket berjaya dilancarkan.

No comments:

Post a Comment