Saturday 31 December 2016

Pendaftaran Pelajar Baru, LDP Asas Refleksiologi & Mesyuarat Panitia PPKI SMKPZ

Tarikh: 31 Disember 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah berlangsung tiga aktiviti penting di Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba iaitu Program Pendaftaran Pelajar Baru, LDP Asas Refleksiologi & Mesyuarat Panitia PPKI SMKPZ. Pada tahun ini seramai 7 pelajar baru telah mendaftar tetapi itu tidak termasuk yang mungkin akan berdaftar pada minggu hadapan (pendaftaran lewat).
Selari dengan mata pelajaran Asas Refleksiologi yang akan dijalankan oleh pihak PPKI SMKPZ pada tahun 2017 di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah, guru-guru kami telah mengikuti satu latihan dalam perkhidmatan bertajuk Asas Refleksiologi yang dikendalikan oleh Encik Nur Irwan bin Sujak, salah seorang jurulatih utama Negeri Sembilan bagi mata pelajaran berkenaan. Pelbagai ilmu telah dikongsikan oleh beliau. Terima kasih diucapkan kepada beliau.
Usai LDP, kami telah mengadakan Mesyuarat Panitia PPKI SMKPZ kali pertama untuk tahun 2017. Pelbagai perkara telah dibincangkan merangkumi bidang kurikulum, hal-ehwal murid serta kurikulum.
Tatapi rakaman gambar yang sempat dibuat.

 Kaunter pendaftaran menerima klien.

 Puan Nor Wahidah mempengerusikan majlis.

 Tekun mendengar penerangan.

 Puan Hasmah, GPK PPKI SMKPZ menyampaikan taklimat.

 Khalayak macam ramai sikit daripada tahun lepas.

 Membeli buku dan peralatan sekolah.

 Puan Hasmah dan Puan Nor Wahidah setia melayan persoalan para penjaga.

 LDP bermula.

 Encik Irwan memperkenalkan diri beliau.

 Cikgu Mohd Abdullah menunjukkan tangan beliau yang cedera.

 Puan Hasmah diterangkan cara untuk mencari titik berkaitan sistem perkumuhan.

 Cikgu Azean diterangkan cara untuk mengurut bahagian yang berkaitan migrain.

 Daripada atas dah turun ke bahagian kaki.

 Puan Hasmah menyampaikan cenderamata daripada pihak PPKI SMKPZ kepada Encik Irwan.

 Puan Hasmah mempengerusikan mesyuarat.

 Semua nampak serius kecuali yang lambai tangan di belakang tu.

Sunday 25 December 2016

Terima kasih Cikgu Bala dan Cikgu David

Tarikh: 25 November 2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini SMK Pendeta Za'ba kehilangan dua orang guru yang banyak berjasa kepada sekolah ini iaitu Encik S David Gnanasundarajan dan Encik S Balakrishnan yang bersara secara pilihan. Kalau di pihak PPKI SMKPZ, Cikgu David merupakan seorang yang banyak menyokong program-program sambutan hari lahir warga PPKI SMKPZ dengan sumbangan kek-kek harijadinya manakala Cikgu Bala pula selalu menyumbang fail-fail movie terkini untuk tontonan warga PPKI SMKPZ.
Terima kasih dan selamat bersara.

 Loqman Hakim menyampaikan lagu Aiman Tino.

 Dari kanan: Cikgu Bala, Cikgu David dan tetamu-tetamu VIP.

 Mengikuti majlis dengan penuh minat.

 Buku program ditampal dalam buku rekod mengajar saya.

Bye, bye buku rekod!

Tuesday 22 November 2016

Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir Warga PPKI SMK Pendeta Za'ba 2016

Tarikh: 22 November 2016 (Selasa)
Masa: 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang
Tempat: The Royal Sungei Ujong Club, Seremban

Pada hari ini telah diadakan Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir Warga PPKI SMK Pendeta Za'ba 2016. Sambutan hari lahir adalah khusus bagi mereka yang menyambut hari lahir bagi bulan Julai hingga Disember. Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba telah sudi hadir sebagai tetamu VIP pada majlis kali ini. Di samping itu kesemua guru-guru penolong kanan SMK Pendeta Za'ba juga telah sudi hadir bagi memeriahkan majlis.
Ikuti kronologi majlis ini berdasarkan laporan bergambar berikut. Saya merapu banyak2 pun bukan ada orang baca.

 Persediaan pentas masih berlangsung.

 Latihan Joget Burung Merpati pada last2 minute.

 Yang kat atas pentas sibuk bergambar.

 Cikgu Wahidah sibuk membetulkan ikatan Happy Birthday pada saat2 genting.

 Wah, tahun ini ada benda baru, bingkai selfie.

 Kek2 yang bakal dimakan.

 Cikgu Wan Azlima mengacarakan majlis.

 Tetamu2 VIP.

 Mohd Haikal bidan terjun bacaan doa pembuka majlis.

 Tahun depan harap2 ada la kambing golek. Amin Ya Rabbal Alamin.

 Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMK Pendeta Za'ba menyampaikan ucapan.

 Tekun mendengar ucapan Puan Hasmah.

 Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za'ba menyampaikan amanat beliau
.
 Kak Fizah tekun menyolek Afiqah di waktu2 kecederaan.

 Amirul Hisham menerima cenderahati tamat persekolahan.

 Munirah menerima cenderahati tamat persekolahan.

 Wan Nor Ashikin menerima cenderahati tamat persekolahan.

 Adib Arif menerima cenderahati. Beliau bakal menyambung persekolahan di SMPKV Shah Alam dalam Kursus Operasi Pengemasan pada tahun hadapan.

 Nurul Asyikin menerima cenderahati. Beliau bakal menyambung persekolahan di SMPKV Kuantan dalam Kursus Pembuatan Roti pada tahun hadapan.

 Puan Hasmah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Puan Hajah Hamidah bagi pihak PPKI SMK Pendeta Za'ba.

 Memotong kek hari lahir.

 Kesian kek dah lama sejuk kena aircond.

 Yang kiri tu Kek Secret Recipe, yang kanan saya tak tau.

 Jamuan makan bermula.

 Para pelajar beratur dengan tertib untuk mengambil makanan.

 Loqman menyumbangkan lagu Ku Rela Dibenci.

 Fitri menyumbangkan lagu Sejarah Mungkin Berulang.

 Abdul Hamas menyampaikan lagu Oh Ibu.

 Makan2 di meja penari.

 Makan2 di meja akak2 PPM kita.

 Makan2 di meja di bawah seliaan Razip (kanan).

 Makan2 di meja di bawah seliaan Nasrul Hakim (kiri bercermin mata).

 Makan2 di meja di bawah seliaan Hassan (kanan sekali).

 Persembahan Joget Burung Merpati.

 Cikgu Azean dan Cikgu Siti Khairanah bergambar kenangan.

 Cikgu Wan Azlima bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar Kelas PPKI 7.

Terima kasih semua. Tahun depan kita back to school, teringin nak makan kambing golek yang dibakar sendiri pula.