Thursday 24 April 2014

Hari Kelima Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 25 April 2014 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari kelima Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pada hari ini telah diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang minggu ini.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penyelaras Ko-Kurikulum PPKI SMK Pendeta Za'ba, Encik Azean bin Abdullah.
Tatapilah rakaman upacara penyampaian hadiah.

Encik Mohd Abdullah mempengerusikan majlis

Berdebar-debar menunggu keputusan

Shahrizan memenangi tempat kedua pertandingan membina model roket

Firdaus menjadi johan pertandingan membina model roket

Kajentiran memenangi hadiah pertandingan silang kata

Yap Pau Heng memenangi hadiah untuk pertandingan buku skrap

Amirul mewakili kumpulannya, Harimau Malaya untuk menerima hadiah sebagai johan pertandingan kuiz betul atau salah

Burhanuddin mewakili kumpulannya untuk menerima hadiah sebagai johan pertandingan mencari harta karun

Amirul Izwan menerima hadiah kuiz individu

Semua pemenang berbangga dengan hadiah yang telah diterima

Wednesday 23 April 2014

Hari Keempat Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 24 April 2014 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari keempat Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pada hari ini telah diadakan kuiz matematik dan sains.
Tatapilah rakaman aktiviti sepanjang hari ini.

Encik Mohd Abdullah sedang setup lcd dengan bantuan Puan Siti Maizura

Puan Wan Azlima sedang membahagikan murid mengikut kumpulan

Murid-murid berdebar-debar menunggu kuiz bermula

Amirul (kiri) dan Zahid mewakili kumpulan Harimau Malaya

Megat dan Munirah mewakili kumpulan Red Dragon

Puan Wahidah memberi penerangan kepada para peserta

Pertandingan sedang berlangsung

Salah! kata Amirul

Guru-guru sedang membungkus hadiah

Tuesday 22 April 2014

Hari Ketiga Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 23 April 2014 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari ketiga Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pada hari ini telah diadakan aktiviti membuat buku skrap nombor matematik dan mencari istilah sains tersembunyi.
Tatapilah rakaman aktiviti sepanjang hari ini.

Ikram mencari istilah sains tersembunyi

Fithri mencari istilah sains tersembunyi
 
Zulamri mencari istilah sains tersembunyi
 
Yap Pau Heng menyiapkan buku skrap matematik

Munirah menyiapkan buku skrap matematik
 
Naqiuddin menyiapkan buku skrap matematik

Bulan Anti Dadah Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 23 April 2014 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta dan Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Penyalahgunaan dadah yang kini turut menular di kalangan warga sekolah seluruh negara amat membimbangkan. Jesteru itu pihak sekolah telah menganjurkan Bulan Anti Dadah Peringkat  SMK Pendeta Za'ba. Pada hari ini warga PPKI SMK Pendeta Za'ba terlibat di dalam dua program. Program yang pertama ialah senam robik yang telah diadakan pada awal pagi di Dewan Seri Pendeta. Program kedua iaitu pertandingan mewarna poster anti dadah telah diadakan di Blok PPKI setelah tamatnya program senam robik.
Tatapilah rakaman aktiviti tersebut.

Arif (duduk) teruja mengikuti senam robik

Wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memimpin senam robik

Danial (bercermin mata) teruja mengikuti senam robik

Murid-murid perempuan PPKI teruja mengikuti senam robik

Semua buat ikut gaya masing-masing

Berpeluh-peluh semuanya

Syakirin mewarna poster anti dadah

Haikal mewarna poster anti dadah
 
Hampir siap kata Syakirin

Amirul tekun mewarna poster anti dadah

Membaca 10 minit pada jam 10.00 pagi

Tarikh: 22 April 2014 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 10.10 pagi
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini warga PPKI SMK Pendeta Za'ba turut menyertai Program Membaca 10 Minit Pada Jam 10.00 Pagi yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Negeri Sembilan.
Tatapilah rakaman aktiviti tersebut.

Zairul sedang memilih buku untuk dibaca

Burhanuddin sedang membaca buku pilihannya

Daniel membaca ensiklopedia tubuh manusia

Monday 21 April 2014

Hari Kedua Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 22 April 2014 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari kedua Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pada hari ini telah diadakan aktiviti membuat roket, membuat kolaj dan mencari tuhan harun mencari harta karun.
Tatapilah rakaman aktiviti sepanjang hari ini.


Syikin sedang mewarna roket

Kajentiran mewarna roket

Amirul (kiri) dan rakan-rakan membuat kolaj

Afiqah membuat kolaj

Wan Nor Ashikin (kiri) membuat kolaj

Nur Hiyah mewarna roket

Syafiq Danial menyiapkan roketnya

Fatin membuat kolaj

Megat membuat kolaj

Bersama roket yang telah siap

Syafiq Danial berbangga dengan roketnya

Zairul berbangga dengan roketnya

Roket yang dijemur untuk dikeringkan

Encik Azean memberi taklimat kepada guru-guru berkaitan aktiviti mencari harta karun

Membuat nombor dari pasir

Ikram mengira hasil tambah nombor

Fatin dan roket kertasnya

Firdaus memetik daun pokok duit-duit

Bahan-bahan yang dikumpul

Zakwan (kanan) membantu Firdaus membuat roket

Tiga objek yang dibuat daripada bahan-bahan terbuang

Mengira hasil tambah nombor plat kereta guru

Berehat setelah penat berlari ke sana sini