Tuesday 22 April 2014

Bulan Anti Dadah Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 23 April 2014 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta dan Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Penyalahgunaan dadah yang kini turut menular di kalangan warga sekolah seluruh negara amat membimbangkan. Jesteru itu pihak sekolah telah menganjurkan Bulan Anti Dadah Peringkat  SMK Pendeta Za'ba. Pada hari ini warga PPKI SMK Pendeta Za'ba terlibat di dalam dua program. Program yang pertama ialah senam robik yang telah diadakan pada awal pagi di Dewan Seri Pendeta. Program kedua iaitu pertandingan mewarna poster anti dadah telah diadakan di Blok PPKI setelah tamatnya program senam robik.
Tatapilah rakaman aktiviti tersebut.

Arif (duduk) teruja mengikuti senam robik

Wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memimpin senam robik

Danial (bercermin mata) teruja mengikuti senam robik

Murid-murid perempuan PPKI teruja mengikuti senam robik

Semua buat ikut gaya masing-masing

Berpeluh-peluh semuanya

Syakirin mewarna poster anti dadah

Haikal mewarna poster anti dadah
 
Hampir siap kata Syakirin

Amirul tekun mewarna poster anti dadah

No comments:

Post a Comment