Sunday 20 April 2014

Hari Pertama Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 21 April 2014 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.20 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari pertama Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk dilasanakan sepanjang minggu ini.

Pada hari ini (Isnin) telah diadakan perasmian Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba yang telah disempurnakan oleh GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar. Kemudian, ahli silap mata David Blaine Cikgu Mohd Abdullah telah mengadakan gimik silap mata sains iaitu obor daripada kertas tisu yang direndam minyak dan telur yang terapung di dalam air masin. Pelajar kemudian dibahagikan kepada dua tahap iaitu satu tahap membina kapal terbang daripada botol mineral dan satu tahap lagi membuat kolaj bulatan.

Tatapilah rakaman aktiviti sepanjang hari ini.

Encik Azean mempengerusikan majlis

Puan Hasmah merasmikan majlis

Encik Azean sedang membantu David Blaine Encik Mohd Abdullah semasa persembahan gimik

Encik Mohd Abdullah menerangkan konsep ketumpatan

Zawani tekun mendengar penerangan

Munirah sedang membuat kolaj

Puan Siti Maizura sedang menerangkan cara membuat kapal terbang

Puan Sa'adiah membantu Najmie membuat kolaj

Maya Dania membuat kolaj

Puan Siti Norli sedang memotong botol

Cik Norimah membantu Nazilah membuat kolaj

Firdaus sedang menampal kertas pada kapal terbang

Faizal membuat lubang pada kapal terbang

Amirul sedang mencari pisau

Fitri sedang memotong sayap kapal terbang

Umi Dania sedang memasang sayap

Puan Siti Khairanah sedang membantu Arif dan Syafiq membuat kolaj

Puan Wan Azlima sedang membantu Aisyah membuat kolaj

Anas menggam kertas kepada botol

Zakuan (kiri) dan Kajentiran sedang menggam kertas pada botol

No comments:

Post a Comment