Thursday 24 April 2014

Hari Kelima Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 25 April 2014 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

Hari ini merupakan hari kelima Minggu Sains dan Matematik PPKI SMK Pendeta Za'ba. Pada hari ini telah diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang minggu ini.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penyelaras Ko-Kurikulum PPKI SMK Pendeta Za'ba, Encik Azean bin Abdullah.
Tatapilah rakaman upacara penyampaian hadiah.

Encik Mohd Abdullah mempengerusikan majlis

Berdebar-debar menunggu keputusan

Shahrizan memenangi tempat kedua pertandingan membina model roket

Firdaus menjadi johan pertandingan membina model roket

Kajentiran memenangi hadiah pertandingan silang kata

Yap Pau Heng memenangi hadiah untuk pertandingan buku skrap

Amirul mewakili kumpulannya, Harimau Malaya untuk menerima hadiah sebagai johan pertandingan kuiz betul atau salah

Burhanuddin mewakili kumpulannya untuk menerima hadiah sebagai johan pertandingan mencari harta karun

Amirul Izwan menerima hadiah kuiz individu

Semua pemenang berbangga dengan hadiah yang telah diterima

No comments:

Post a Comment