Sunday 11 May 2014

MTAQ Pendidikan Khas Peringkat Seremban 2014

Tarikh: 29 April 2014 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: SMK Mantin, Seremban

Dalam pertandingan di atas, PPKI SMK Pendeta Za'ba telah mengambil bahagian dalam dua acara iaitu azan sekolah menengah dan nasyid sekolah menengah. Dalam acara azan sekolah menengah PPKI SMKPZ telah diwakili oleh Muhammad Faris bin Muhayuddin dan Mohd Firdaus bin Abdullah.
Dalam pertandingan hari ini SMKPZ telah menjadi naib johan nasyid sekolah menengah dan Muhammad Faris bin Muhayuddin telah menjadi johan azan sekolah menengah.

Faris melakukan latihan terakhir di sekolah.

Berdebar-debar menunggu giliran

Faris melaungkan azan

Peserta nasyid PPKI SMKPZ menunggu giliran

Peserta nasyid PPKI SMKPZ membuat persembahan

Amirul Izwan berdebar-debar menunggu keputusan

Faris menerima hadiah johan azan menengah

Kumpulan nasyid PPKI SMKPZ menerima hadiah

Markah untuk acara nasyid. Kumpulan nasyid PPKI SMKPZ perlu belajar dengan kumpulan nasyid PPKI SMKTTJ bagaimana untuk mendapat markah penuh 10 bagi bahagian persembahan kerana saya difahamkan pada peringkat kebangsaan pun tiada kumpulan yang mendapat markah penuh untuk bahagian persembahan. Kalau panjang langkah kumpulan nasyid PPKI SMKTTJ saya berdoa agar mereka akan mendapat penuh 10 bagi bahagian persembahan pada peringkat kebangsaan, dengan itu kontijen Negeri Sembilan boleh menjadi johan nasyid.
 
Cikgu Azean mengkhabarkan kekalahan dalam acara nasyid kepada ahli-ahli kumpulan Spring yang menjadi bapa angkat kumpulan nasyid PPKI SMKPZ. Kedua-dua lagu Anugerah dan Ibu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid PPKI SMKPZ merupakan ciptaan ahli-ahli kumpulan tersebut.

Kalah atau menang adat bertanding. Tahun depan mungkin tak hantar wakil acara nasyid dan azan lagi kerana Faris telah cukup umurnya 19 tahun pada tahun ini dan tidak bersekolah lagi tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment