Tuesday 13 May 2014

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Tarikh: 12 Mei 2014 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Sambutan Hari Guru tiba awal pada tahun ini di SMKPZ. Oleh sebab bonda kesayangan kita, Pengetua Cemerlang Puan Hajah Hamidah binti Burok akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan umrah pada 14 Mei 2014 maka Sambutan Hari Guru SMKPZ telah dilangsungkan pada hari ini.
Pada awal pagi, majlis sambutan bermula di Dewan Seri Pendeta dengan ketibaan guru-guru diketuai Puan Pengetua serta jemputan diiringi oleh pacek. Kemudian para hadirin mendengar bacaan perutusan Hari Guru 2014, ucapan pemimpin pelajar, YDP PIBG dan Puan Pengetua.
Setelah itu guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia diikuti acara memotong kek Hari Guru. Majlis di dewan diakhiri dengan pemberian hadiah kepada guru-guru daripada koperasi sekolah, lembaga pengawas, PIBG dan pengawas pusat sumber sekolah.
Pada jam 10.00 pagi telah diadakan acara sukaneka yang antara acaranya ialah baling ping pong bertuah dan model fesyen. Pelbagai ragam telah disaksikan semasa acara-acara tersebut berlangsung.
Pada jam 10.30 pagi semua warga SMKPZ masuk semula ke dewan bagi menyaksikan persembahan pelajar, guru dan AJK PIBG. Pelbagai lagu dipersembahkan sehinggalah ke jam 1.45 petang di mana selepas itu semua pelajar dibenarkan pulang. Guru-guru pula kemudiannya menikmati jamuan di kantin sekolah sebelum pulang pada jam 2.40 petang.
Tatapilah rakaman berikut.

Puan Pengetua menerima hadiah Hari Guru daripada pihak PPKI SMKPZ

Mengambil gambar sendiri (selfie) di hadapan kain rentang sambutan Hari Guru

Sukaneka model fesyen

Persembahan tarian

Warga PPKI SMKPZ terhibur dengan pelbagai persembahan

No comments:

Post a Comment