Tuesday 19 May 2015

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Tarikh: 19 Mei 2015
Hari: Selasa
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Dewan Sri Pendeta

Pada hari ini telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pendeta Za'ba. Saksikan kemeriahannya dari lensa tablet saya.

Ucapan oleh Puan Pengetua.

Pelajar-pelajar PPKI mengikuti majlis dengan tertib.

Sudut pandang lain.

Bacaan ikrar Hari Guru.

Memotong kek.

Kudapan pagi nasi lemak rendang ayam dan teh o.

Sambil makan kek, menanda kertas periksa.

Murid-murid PPKI menanti giliran persembahan.

Persembahan tarian Sakitnya Tuh Di Sini dan Terima Kasih Cikgu oleh Kumpulan Tarian PPKI SMKPZ.

Jamuan makan tengah hari di Restoren Oriental Seremban 2.

Monday 4 May 2015

Tinggallah Sayang Tingganglah Pujaan 3/2015

Tarikh: 30 April 2015
Masa: 12.40 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Tahniah diucapkan kepada tiga lagi murid PPKI SMKPZ yang terpilih untuk mengikuti Program Buying Seat Kementerian Pendidikan Malaysia bersama agensi/kolej swasta. Mereka yang mendapat tajaan pengajian bernilai lebih RM20000 ialah Mohd Nur Iman bin Sani, Mohd Fithri bin Nizar dan Mohd Amirul Izwan bin Kamarudin.
Mohd Nur Iman dan Mohd Fithri meneruskan pengajian Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Penyediaan Makanan di Kolej Yayasan Negeri Sembilan manakala Mohd Amirul Izwan meneruskan pengajian Sijil Kemahiran Malaysia Automotif di Muar, Johor.
Pada tengah hari ini, pihak PPKI SMKPZ mengadakan satu majlis ringkas bagi mengucapkan selamat jalan kepada ketiga-tiga pelajar yang sangat berpotensi ini. Selamat maju jaya.

 Cikgu Siti Khairanah memberikan kata-kata semangat.

 Kepada rakan-rakan yang tinggal, hendaklah tekun mewarna dan menyambung titik belajarlah dengan bersungguh-sungguh.

Bergambar kenangan.

Ceramah Hebatnya Akhlakku

Tarikh: 27 April 2015 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini murid-murid PPKI SMKPZ dan murid-murid aliran perdana telah mengikuti ceramah yang bertajuk Hebatnya Akhlakku yang telah disampaikan oleh Pencetus Ummah Azman. Pencetus Ummah Azman Syah Alias kemudiannya turut meluangkan masa bersama dengan murid-murid PPKI. Terima kasih Ustaz.

 Bergambar kenangan bersama PU Azman.

PU Azman menyimpan nombor telefon Anas ke dalam telefonnya. Siap la Ustaz, nanti tengah2 malam pun dia telefon, saya dah merasa dah semua tu.

Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 27 hingga 29 April 2015
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Minggu Bahasa PPKI SMKPZ merupakan salah satu aktiviti wajib tahunan untuk PPKI SMKPZ. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi meningkatkan kemahiran bahasa murid-murid kami. Di antara aktiviti yang dilaksana sepanjang tempoh tempoh empat hari ini ialah kuiz bahasa Melayu, kuiz bahasa Inggeris, teka silang kata, explorace dan mewarna.
Saksikan rangkuman rakaman yang sempat saya kumpulkan daripada sumber whatsapp Group PPKIPZ.

Rakaman Isnin

 Cikgu Ain mempengerusikan majlis.

 Murid-murid mengaminkan doa.

 Cikgu Mohd sedang membaca doa.

 GPK Khas sedang merasmikan pembukaan Minggu Bahasa PPKI SMKPZ.

 Ikram sedang berpantun.

Tayangan filem How To Train Your Dragon.

Rakaman Selasa

 Kuiz Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 Pertandingan Silang Kata.

 Pertandingan Mewarna.

Password Game.

Rakaman Rabu

 Fitri sedang membaca arahan dalam permainan Kotak Beracun.

 Cikgu Azlan jaga lagu, Cikgu Ain mengendali permainan.

 Satihyasellon menyanyikan lagu Surangani.

 Perlawanan boling di Seremban Mall.

Nasrul memenangi perlawanan boling kategori lelaki.

Rakaman Khamis

 Explorace, cari gula-gula dalam tepung.

 Gelek gelung 10 kali.

 Tiup belon sampai pecah.

Cikgu Nor Wahidah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah 1/2015

Tarikh: 25.04.2015 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi (bertolak dari SMKPZ) hingga 5.30 petang (tiba di SMKPZ)
Tempat: Bandar Raya Melaka

Kalau tahun lepas Uncle Kumar iaitu driver bas kita telah membawa kita pusing-pusing Kuala Terengganu, pada tahun ini Uncle Kumar telah membawa kita pusing-pusing Bandar Raya Melaka iaitu negeri lahirnya pahlawan terbilang Laksamana Hang Tuah. Kata Hang Tuah takkan Melayu hilang di dunia tetapi akhirnya dia sendiri hilang tanpa kita tahu mana kuburnya.
Kalau melihat naskah yang difilemkan iaitu Puteri Gunung Ledang (yang hitam putih, bukan yang Tiara Jacquelina berkemban tu), ada satu scene kita lihat Hang Tuah telah turun ke dalam sungai sambil menyebut beliau hanya akan muncul semula setelah timbul kembali keris keramat Taming Sari. Mungkin kecewa tak dapat membawa pulang Puteri Gunung Ledang seperti berjayanya beliau menculik anak dara pembesar Pahang (yang menurut seorang ahli sejarah negara kita iaitu Aripin Said bahawa Hang Tuah telah 'makan kenyang-kenyang' dulu anak dara pembesar tersebut sebelum diberi kepada raja ) atau lari untuk pencen.
Ada naskah sejarah yang menyatakan Hang Tuah setelah 'pencen' telah bertemu kembali dengan Hang Jebat, beramal ibadat hinggakan ada yang meriwayatkan telah ke Mekah menunaikan haji dan meninggal di sana. Begitulah akhirnya kesetiaan seorang hamba raja yang menurut akan perintah rajanya walaupun mungkin hatinya terdetik sesekali untuk menentang arahan yang terang salah daripada rajanya tetapi tidak berdaya. 
Berbalik kepada pembelajaran luar bilik darjah kita, ini merupakan lawatan bertempoh satu hari tanpa bermalam, lawatan kedua kononnya nak ke Legoland tapi perlulah mengumpul dana yang lebih besar.
Lawatan di Melaka bermula dengan lawatan ke Taman Rama-Rama diikuti lawatan ke Muzium Samudera. Setelah rehat untuk solat Zohor dan makan tengah hari di Masjid Selat Melaka, lawatan diakhiri dengan menaiki Duck Tour iaitu kenderaan amfibia zaman Perang Dunia Kedua yang diubahsuai untuk kegunaan pelancong. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana dan semua yang telah menjayakan aktiviti ini.
Ikuti rakaman yang sempat saya ambil.

 Yang ni bukan Puteri Gunung Ledang tapi mungkin keturunan Cik Siti Wan Kembang.

 Tak ada RM200 jangan gatal tangan nak pegang.

 Eh, ada gambar cameraman dengan rama-rama.

 Kalau soalan periksa budak tulis rama-rama makan nanas cikgu Sains jangan marah.

 Kalau biar lagi lima minit mungkin Zahid terjun ke dalam kolam.

 Syahmi (kiri) dan rakan-rakan.

 Sang Bedal yang santai, mungkin kekenyangan makan sebentar tadi.

 Syahmi dan ular-ularnya.

 Cikgu Mohd menunggu ikan pacu untuk memakan ikan emas.

 Di pintu masuk Muzium Samudera.

 Umi sibuk melihat wang zaman silam.

 Tasniim dan Haziq cuba membuka peti besi.

 Husaini dan Ashraf melawat Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia.

 Aktiviti wajib pembelajaran luar bilik darjah, makan.

 Masjid Selat Melaka.

 Eh, ada lagi gambar cameraman.

 Menaiki Duck Tour di dataran di mana terdapatnya Taming Sari, er, Menara Taming Sari.

 Encik De Souza, pemandu pelancong Duck Tour memperihalkan negeri Melaka.

 Eh cikgu, tadi kan kita dah datang makan kat sini. Apa pasal kita tak tunggu sini saja untuk naik Duck Tour ni tapi kita patah balik ke dataran untuk naik Duck Tour ni? Diamlah, lain kali kau buat lawatan sendiri.
 
Macam melawat Kuala Terengganu pula. Ada masjid tepi sungai.