Wednesday 26 September 2012

Persembahan Penutup Bulan Kemerdekaan Murid PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 26 September 2012
Masa: 7.40 pagi hinga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Za'ba

Setelah berlatih untuk persembahan nyanyian majlis penutup bulan kemerdekaan bulan kemerdekaan sekolah sejak awal bulan puasa yang lalu sehinggalah tibanya musim orang pergi haji maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Maka pada majlis yang diadakan di Dewan Seri Pendeta pada pagi Rabu tadi telah memaparkan hasil latihan yang telah dijalankan boleh dikatakan pada setiap hari selepas rehat sejak awal bulan puasa yang lalu.
Murid-murid telah menyampaikan lagu Satu Malaysia dan Saya Anak Malaysia secara beramai-ramai. Nyanyian diketuai oleh juara kategori nyanyian solo Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2012, Muhammad Faris bin Muhayuddin. Muhammad Faris juga telah menyampaikan lagu yang membawa kemenangan dalam Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2012 secara solo iaitu Wajah Kesayangan Hamba.
Semoga program sebegini akan diteruskan lagi di masa hadapan bagi memupuk semangat patrotik di kalangan warga sekolah.


Monday 17 September 2012

Mohd Izzat b Mohd Nizar ditimpa kemalangan

Pada 13 September yang lalu GPK Pendidikan Khas dan beberapa orang guru serta pembantu pengurusan murid telah berkesempatan melawat murid kami yang diinklusifkan di aliran perdana iaitu Mohd Izzat b Mohd Nizar yang ditimpa kemalangan beberapa hari sebelumnya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Mohd Izzat telah patah kaki kirinya dalam suatu kemalangan yang melibatkan motorsikalnya dan sebuah motorsikal lain yang datang dari arah bertentangan di Kuala Pilah.

Amat malang bagi Mohd Izzat kerana berkemungkinan besar terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di hospital. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Mohd Izzat cepat sembuh.


Wednesday 12 September 2012

Muhammad Faris bin Muhayuddin Johan Kategori Nyanyian Solo Bermasalah Pembelajaran Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2012


Tarikh: 11 Ogos 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Muhammad Faris terletak pada suaranya yang merdu. Berkat latihan oleh guru-guru dan ibu bapanya, beliau telah berjaya menjadi johan Kategori Nyanyian Solo Bermasalah Pembelajaran 2012.

Muhammad Faris yang mewakili daerah Seremban telah menyampaikan lagu Wajah Kesayangan Hamba yang dipopularkan oleh Hail Amir. Pada majlis penutup pula, Muhammad Faris telah mendendangkan lagu Bahtera Merdeka yang dipopularkan oleh Dato Ahmad Jais.

Pada majlis penutup, Muhammad Faris telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Encik Aziz b Bujang, Ketua Unit Pendidikan Khas, JPNS.

Tahniah kepada semua yang berjaya!

Gambar: Muhammad Faris (kiri) berlatih menyanyikan lagu untuk persembahan berikutnya.
 Gambar: Pertandingan mewarna batik diadakan di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri.

Gambar: Pertandingan seni tarian turut diadakan.

  Gambar: Muhammad Faris menerima hadiah dari Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS, Encik Aziz bin Bujang.

3 Murid PPKI SMK Pendeta Za'ba Mewakili Daerah Seremban Di Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2012


Tarikh: 4 Ogos 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan, Paroi

Pada Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung baru-baru ini dua murid lelaki kami iaitu Mohd Nazirul bin Narzri dan Muhammad Idham bin Abd Halim telah mewakili pasukan futsal daerah Seremban. Khairul Azlina binti Kamarazaman pula telah mewakili pasukan bola jaring daerah Seremban.

Kedua-dua pasukan yang mereka wakili telah mendapat tempat ketiga dalam karnival tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Ipun bt Shamsudin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNS.

Tahniah kepada semua yang berjaya!

Gambar: Salah satu perlawanan sedang berlangsung.
 Gambar: Mohd Nazirul (nombor 5) dan Muhammad Idham (nombor 4) bergambar bersama pasukan futsal Seremban sebelum perlawanan.