Monday 29 December 2014

Aktiviti-Aktiviti Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2014

Saksikan rakaman aktiviti-aktiviti pasca peperiksaan akhir tahun 2014 yang sempat dirakam oleh wartawan-wartawan lokasi PPKI SMKPZ.

Lari atau lompat dalam guni?

Bakal GPK Pendidikan Khas sedang membimbing Arif menyusun tin.

Berjalan bersama-sama.

Puan Siti Khairanah sedang menerangkan kepada murid-murid aktiviti kraf tangan daripada tempurung kelapa.

Razanah (kiri) sedang mengecat tempurung kelapa.

Dah siap, ada pokok Bunga Ros Jepun di dalamnya.

Cendawan pun ada.

Puan Siti Norli membimbing murid membuat kraf tangan kipas daripada sudu dan garfu plastik.

Jamuan Akhir Tahun PPKI SMKPZ

Tarikh: 05 November 2014
Masa: 11.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Restoren Teratai Seremban 2

Maafkan webmaster kerana lambat menyiapkan post ini. Al-maklum wemaster tidak berada di lokasi semasa program dilaksanakan kerana mengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Dekat-dekat nak buka sekolah baru webmaster perasan rupanya tiada blog dibuat untuk program ini. Mungkin blog ini juga tidak akan dikemaskini lagi kerana nama webmaster tidak ada di dalam senarai AJK Web Sekolah untuk takwim 2015. Webmaster khabarnya akan ditugaskan untuk membangunkan blog untuk Koperasi SMKPZ, maka berdoalah agar webmaster tidak perlu mengendalikan blog Koperasi SMKPZ agar blog ini akan terus terjaga, jika tidak mungkin webmaster akan buat blog untuk aktiviti-aktiviti sehingga penghujung tahun 2014 sahaja.
Berbalik kepada program di atas, menjadi kelaziman untuk PPKI SMKPZ untuk mengadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan berakhirnya sesi persekolahan pada sesuatu tahun, sebagai simbolik bagi mengucapkan selamat bercuti serta selamat jalan kepada para pelajar yang akan meninggalkan alam persekolahan (cukup 19 tahun dah, bagilah orang lain pula nak sekolah).
Kalau ikut pengalaman webmaster masa mula-mula masuk SMKPZ, jamuan akhir tahun hanyalah sekadar dibuat di sekolah dengan aktiviti seperti pot luck dan barbeque tetapi dengan adanya Puan Hasmah sebagai GPK, beliau telah giat mencari dana dan sumbangan daripada pelbagai pihak sehinggalah berjaya mengadakan jamuan di luar buat kali pertama pada tahun lalu.
Jamuan pada kali ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Saya agak terkilan juga kerana tidak dapat menghadiri majlis berkenaan kerana menjadi pengawas SPM pada hari berlangsungnya majlis tersebut. Saksikanlah rakaman gambar-gambar yang saya terima daripada rakan-rakan daripada Whatsapp.

Nur Diyana binti Othman (duduk) merupakan bekas pelajar PPKI SMKPZ yang tamat persekolahan pada tahun 2013. Beliau hadir untuk bersama-sama meraikan rakan-rakan beliau yang lain.

Puan Nor Wahidah dan anak beliau.

Warga PPKI SMKPZ mengambil tempat.

Sahibus Samahah Ustaz Mohd Abdullah bin Mohammed Yusoff sedang membacakan doa. Tak pastilah pula sama ada doa pembuka majlis atau doa makan.

Sementara menunggu makanan dihidang kita pukul gambar dulu.

Antara penjaga yang hadir memeriahkan majlis.

Keadaan sungguh meriah.

Puan Pengetua menyuapkan kek harijadi.

Nazilah gembira menerima hadiah daripada Encik Nasri.
 
Encik Nasri menyampaikan cenderamata kepada Puan Pengetua.

Jamuan bermula.

Kumpulan Spring membuat persembahan istimewa pada hari tersebut.

Ariff dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk menari.

Muhammad Faris dan rakan-rakan membuat persembahan nyanyian.

Warga PPKI SMKPZ bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu kehormat.

Insya Allah tahun hadapan kita bertemu lagi!
 
 

Wednesday 29 October 2014

Pertandingan Boling PPKI SMKPZ

Tarikh: 29 Oktober 2014 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: U Bowl AEON Seremban 2

Pada hari ini telah diadakan pertandingan boling PPKI SMKPZ. Pertandingan ini melibatkan semua murid PPKI SMKPZ. Pertandingan sangat sengit sehinggakan ada pemenang yang ditentukan dengan beza jatuhan satu pin sahaja.Berikut adalah keputusan pertandingan boling yang diadakan pada hari ini.

Kategori lelaki:
1. Mohd Firdaus bin Abdullah (190 pin)
2. Mohd Nasrul Hakim bin Salleh (189 pin)
3. Mohd Faris bin Muhayuddin (187 pin)

Kategori perempuan:
1. Nur Hiyah binti Ismail (162 pin)
2. Umi Dani binti Roslan (156 pin)
3. Razanah binti Jamaluddin (155 pin)

Semua bersemangat untuk bermain boling.

Danial (duduk) dan Haikal sedang memilih bola.

Bersedia untuk memulakan balingan.

Bersedia untuk memulakan balingan (dari sudut yang lain).

Fithri (tengah) bersedia membuat balingan.

Hadiah-hadiah yang bakal diterima pemenang-pemenang.

Nurhiyah menerima hadiah daripada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar.

Mohd Firdaus menerima hadiah daripada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar.

Tahun depan kami datang lagi untuk rosakkan lane.

Sunday 19 October 2014

Api! Api! Api!

Tarikh: 16 Oktober 2014 (Khamis)
Masa: 10.45 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ telah terlibat dengan latihan kebakaran sekolah. Tiada yang 'mati terbakar' di kalangan warga PPKI SMKPZ pada kali ini. Saksikan rakaman wartawan lokasi.

Berkumpul di padang setelah siren berbunyi.

Demonstrasi bermula.

Kebakaran berjaya dipadam.

Dah banyak kali api berjaya dipadam.

Mengerumuni jentera bomba.

Bergambar kenang-kenangan bersama jentera bomba.

Pembelajaran Luar Stesen Ke Putrajaya

Tarikh: 15 Oktober 2014 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Putrajaya

Pada hari ini telah diadakan pembelajaran luar stesen ke Putrajaya. Pada kali ini pelajar-pelajar yang tidak berpeluang mengikuti pembelajaran luar stesen ke Kuala Terengganu diberi peluang mengikuti aktiviti pada kali ini. Dengan menaiki bas Uncle Kumar pada jam 8.00 pagi, mereka telah menaiki cruise Tasik Putrajaya, melawat Zoo Botanical dan Bangunan Kementerian Kesihatan.
Terima kasih kepada Mc Donalds yang telah menaja sarapan pagi, Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah menaja makan tengah hari dan Perbadanan Putrajaya yang menawarkan harga istimewa untuk menaiki cruise.

Menaiki cruise Tasik Putrajaya.

Makan tengah hari tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bertukar-tukar fikiran.

Bergambar kenang-kenangan.

Monday 13 October 2014

Mesyuarat Kawatankuasa Kerja Jamuan Akhir Tahun & Majlis Sambutan Hari Lahir PPKI Dengan Kerjasama Badan Kebajikan PPKI SMKPZ

Tarikh: 13 Oktober 2014 (Isnin)
Masa 12.45 tengah hari hingga 1.30 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Jamuan akhir tahun tiba lagi. Ini adalah acara paling penting tahun ini. Maka pada hari ini, guru-guru dan ajk daripada kalangan ibu bapa duduk semeja bagi membincangkan usaha bagi menjayakan program ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Nasir bin Jani, Pengerusi Badan Kebajikan PPKI SMKPZ. Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Encik Nasir sedang mempengerusikan mesyuarat.

 Dana merupakan salah satu isu utama yang dibincangkan.

Thursday 9 October 2014

Hari Keempat Minggu PSS PPKI SMKPZ

Tarikh: Jumaat, 10 Oktober 2014
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

 Cikgu Sa'adiah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program.

 Murid-murid mendengar ucapan dengan penuh minat.

 Cikgu Abdullah mempengerusikan majlis.

 GPK Pendidikan Khas, Puan Hasmah binti Abu Bakar menyampaikan hadiah kepada wakil kelas PPKI 7, Surini yang mendapat tempat ketujuh keseluruhan.

 Cikgu Azean menyampaikan hadiah kepada wakil kelas PPKI 2 Nur Iman, yang mendapat tempat pertama keseluruhan.

 Aktiviti selingan di mana Adib membacakan buku cerita bertajuk Cinderella.

 Sementara menunggu waktu balik, murid-murid menonton tayangan filem "Membaca Jambatan Ilmu" Aji Noh Motor.