Tuesday 28 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 29 Januari 2014 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Pada pagi ini telah diadakan  Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Pendeta Za'ba. Tepat jam 7.40 pagi, perarakan mengelilingi Taman Paroi Jaya telah diketuai oleh Puan Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Hamidah binti Burok bersama guru-guru diikuti oleh badan-badan beruniform.
Warga PPKI tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan bacaan selawat ke atas Nabi SAW. Tamat perarakan, semua warga sekolah telah masuk ke Dewan Seri Pendeta untuk mengikuti Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh salah seorang peserta Program Pencetus Ummah Astro Oasis, Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanafi.
Tahun ini peserta perarakan PPKI telah memenangi tempat keempat. Menang atau kalah adat pertandingan, apa yang penting semangat cintakan Rasulullah SAW akan terus mekar di jiwa sanubari kita.
Tatapilah beberapa rakaman sepanjang perarakan tersebut.

Gambar: Nampak macam banner tahun lepas.

Gambar: Macam mana tiba2 den pulak kena jadi trafik kat sini?

Gambar: Syukur tiada budak PPKI yang pengsan pagi ni.

Friday 24 January 2014

Sekolah Ganti

Tarikh: 25 Januari 2014 (Sabtu)
Masa: 7.40 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Blok PPKI

Pada hari ini SMK Pendeta Za'ba telah mengadakan sekolah ganti untuk hari Isnin, 3 Januari 2014. Seluruh warga sekolah mengambil kesempatan sekolah ganti pada hari ini untuk menjalankan aktiviti keceriaan dan kebersihan kelas. Berikut ialah rakaman aktiviti keceriaan dan kebersihan kelas di Blok PPKI.

Gambar: Cikgu Siti Norli dan Cikgu Azean sedang mengecat dinding kelas PPKI 1.

Gambar: Cikgu Siti Maizura dan Hiyah sedang membuat kraftangan bunga untuk ditampal pada dinding kelas PPKI 4.
 
Gambar: Cikgu Siti Khairanah sedang menggantung huruf-huruf di siling kelas PPKI 7.

Gambar: Idham sedang mengecat pintu kelas PPKI 2.

Gambar: Fithri sedang mengecat dinding kelas PPKI 1.

Thursday 23 January 2014

Penyampaian Bantuan Awal Tahun Persekolahan RM100

Tarikh: 23 Januari 2014 (Khamis).
Masa: 11.00 pagi hingga 2.00 petang.
Tempat: SMK Pendeta Za'ba.

Pada hari ini telah diadakan penyampaian bantuan awal tahun persekolahan RM100 untuk murid-murid SMK Pendeta Za'ba. Berbondong-bondong para penjaga datang sejak pukul 10.00 pagi lagi. Semoga bantuan yang disampaikan akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para penjaga.Maaflah tak ada gambar di Blok PPKI kerana saya membantu guru kelas 5 Fikri dalam mengendalikan penyampaian bantuan tersebut.

Gambar: Encik Mustafa turut ditanya oleh penjaga akan perihal pencapaian anak-anak mereka oleh para penjaga.

Rakaman Sekitar Program Pendaftaran & Orientasi Murid Baru

Tarikh: 2, 3 dan 6 Januari 2014.

Gambar: Puan Hasmah sedang memberi taklimat kepada para penjaga murid-murid baru.

Gambar: Para penjaga khusyuk mendengar taklimat.

Gambar: Puan Wahidah sedang menerangkan perihal bayaran yuran, buku, alat tulis dan keperluan murid kepada penjaga.

Gambar: Encik Azean sedang mengendalikan ujian diagnostik.

Gambar: Shafizan sedang menjawab ujian diagnostik.

Gambar: Murid-murid baru dibawa melihat persekitaran sekolah.

Gambar: Gotong-royong mengemas kelas turut diadakan.

Terima kasih Tuan Haji Rosdin, Selamat datang Puan Hajah Hamidah

Saya ingin meminta maaf kerana lambat buat posting untuk tahun ini kerana agak sibuk dengan kerja-kerja awal tahun ini. Bagi memulakan posting pertama tahun ini, saya ingin berkongsi maklumat bahawa Tuan Haji Rosdin bin Kasim telah pun bertukar ke SMK Dato' Undang Musa, Jelebu pada pertengahan Disember 2013 yang lalu.
Beliau telah digantikan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok daripada SMK Tunku Ampuan Durah.
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, bagi pihak PPKI SMK Pendeta Za'ba, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Rosdin bin Kasim dan selamat datang kepada Puan Hajah Hamidah binti Burok.


Gambar: Majlis Perpisahan Tuan Haji Rosdin di Dewan Seri Pendeta pada pagi Jumaat, 10 Januari 2014.


Gambar: Jamuan minum teh di Royal Bintang Seremban pada petang Jumaat, 10 Januari 2014.

Gambar: Pengetua baru SMK Pendeta Za'ba, Puan Hajah Hamidah binti Burok.