Maklumat Program

Falsafah Pendidikan Khas 

Satu usaha berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi

Menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang boleh berdikari, berjaya dalam hidup serta dapat memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Visi
 

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara

Sejarah Penubuhan

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah ini bermula pada tahun 1996 dengan bilangan murid seramai 4 orang dan seorang guru. Pada asalnya Program Pendidikan Khas Integrasi ditempatkan di tingkat 3 bangunan Blok B. Pada tahun 2003 Program pendidikan Khas Integrasi telah berpindah ke bangunan baru yang mana bangunan ini dibina dengan sumbangan daripada orang ramai. Status bangunan ini adalah bangunan bukan milik kerajaan. Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 10 April 2004.

Lencana Sekolah



Lagu Sekolah

Dengan semangat yang menyala,
Menyahut seruan negara,
Mencapai matlamat wawasan,
Pelajaran diutamakan.

Tegak berdiri dengan megah,
Sekolah Menengah Pendeta Za'ba,
Tegakkan cogan kata keyakinan,
Ke arah kecemerlangan insan.

Kami anak-anak wawasan,
Berjanji akan mengharumkan,
Sekolah Menengah Pendeta Za'ba,
Meninggikan mutu pelajaran.

Wahai putera puteri sekalian,
Mencari ilmu pengetahuan,
Maju ke hadapan dengan keyakinan,
Menjamin hidup masa hadapan.

Peta Sekolah

No comments:

Post a Comment