Friday 17 April 2015

MTAQ Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh: 15 April 2015 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: SMK Juasseh, Kuala Pilah

Muhammad 'Akif bin Shamsul Bahrin yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa MTAQ Pendidikan Khas Peringkat Seremban minggu lalu untuk acara hafazan lelaki sekolah menengah dan acara tilawah Al-Quran lelaki sekolah menengah telah meneruskan kecemerlangan di peringkat negeri pula. Beliau yang mewakili daerah Seremban ke peringkat negeri telah mendapat naib johan untuk acara hafazan lelaki sekolah menengah dan johan acara tilawah Al-Quran lelaki sekolah menengah.
Maaf tiada gambar kerana beliau dibawa oleh guru pengiring lain untuk pertandingan tersebut. Tahniah kepada Muhammad 'Akif yang selepas ini akan mewakili Negeri Sembilan ke MTAQ Pendidikan Khas peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Selangor bulan Mei nanti.

Karnival Permainan Pendidikan Khas Daerah Seremban

Tarikh: 16 April 2015 (Khamis)
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan, Paroi dan Pusat Boling Seremban Mall
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Pada tahun ini PPKI SMKPZ telah menghantar satu wakil lelaki untuk acara petanque, satu wakil perempuan untuk pemilihan pasukan bola jaring, dua wakil lelaki untuk pemilihan futsal dan satu wakil lelaki untuk acara boling. Secara keseluruhannya tiada yang menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Bagi acara petanque, wakil PPKI SMKPZ iaitu Mohd Fithri bin Nizar hanya berjaya ke peringkat separuh akhir di dalam pertandingan yang dijalankan secara kalah mati. Tahun depan kita cuba lagi.

 Mohd Fithri membuat lontaran.

 Mohd Fithri tewas kepada lawan daripada SMK Panchor Mohd Shakil pada peringkat separuh akhir.

 Bertugas sebagai arbiter.

Wednesday 8 April 2015

Perjumpaan Persatuan PPKI SMKPZ

Tarikh: 8 April 2015 (Rabu)
Masa: 1.40 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Petang ini telah diadakan perjumpaan Persatuan PPKI SMKPZ.Ahli-ahli pada hari ini telah mempelajari cara membuat kraf tangan bunga daripada kertas dan kain.
Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Cikgu Wahidah sedang menunjukkan cara membuat lorekan.

 Cikgu Maizura membuat lorekan untuk kelopak bunga.

 Syakirin membuat lorekan.

 Maya Dania memotong bentuk kelopak bunga.

Haikal membuat lorekan.

Cikgu Ilham menggam kelopak bunga.

Satihya berbangga dengan kraf tangannya.

Umi Dania menggayakan hasil kraf tangan sebagai hiasan di tudung.

Perjumpaan Petanque 1M1S PPKI SMKPZ 4/2015

Tarikh: 8 April 2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 8.40 pagi
Tempat: Gelanggang PPKI SMKPZ

Pagi ini telah diadakan perjumpaan Petanque 1M1S PPKI SMKPZ 4/2015. Dalam perjumpaan kali ini ahli-ahli telah diberi peluang untuk mengadakan perlawanan perseorangan. Mohd Fithri dan Wan Ahmad Faizal pula telah diberi peluang untuk menajamkan kemahiran bagi menghadapi Karnival Permainan Pendidikan Khas Seremban 2015 pada minggu hadapan.
Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Umi Dania membuat lontaran.

 Wan Ahmad Faizal (kiri) dan Mohd Fithri sedang mengira mata.

 Bersemangat semuanya.

Maya Dania membuat lontaran.

MTAQ Pendidikan Khas Daerah Seremban 2015

Tarikh: 7 April 2015 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: SMK Mambau

Pada tahun ini PPKI SMKPZ hanya menghantar seorang wakil iaitu Muhammad 'Akif bin Shamsul Bahrin untuk acara hafazan lelaki sekolah menengah dan acara tilawah Al-Quran lelaki sekolah menengah. Tiada wakil untuk acara nasyid dan azan kerana pelajar bersuara emas Jamal Abdillah Mohd Faris bin Muhayuddin telah tamat persekolahan di samping guru dan jurulatih untuk acara nasyid masih lagi berhempas-pulas memikirkan macam mana nak dapat markah penuh untuk bahagian persembahan bagi acara nasyid. Dah tahu macam mana nak dapat markah penuh untuk bahagian persembahan barulah PPKI SMKPZ akan menghantar peserta bagi acara nasyid.
Maka tahun ini merupakan rezeki Muhammad 'Akif bin Shamsul Bahrin untuk menjadi johan bagi kedua-dua acara acara tersebut. Namun bukan rezekinya untuk naik menerima hadiah daripada Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS kerana menyangkakan kami telah kalah kerana tidak dipanggil usher pemanggil penerima hadiah, saya telah membuat keputusan untuk balik awal kerana perlu menghantar Cikgu Mohd Abdullah balik ke sekolah disebabkan beliau ada kelas sarjana di UKM pada petang tersebut.
Kepada yang menjadi tuan rumah acara-acara sebegini, tambahan lagi yang membabitkan murid-murid khas buatlah saja pengumuman untuk memanggil para pemenang DENGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA untuk dibariskan lebih awal. Ini bukannya Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang kita nak suprisekan penonton. Cara yang dibuat di SMK Mambau pada hari kejadian ialah usher hanya memanggil begitu, begitu sahaja. Sumpah saya tak dengar nama peserta sekolah saya dipanggil usher. Saya memang duduk di tempat para hadirin dengan 'Akif dari jam 10.30 pagi hinggalah berjalannya majlis penutup. Masa kami beredar, hadiah-hadiah telah pun mula disampaikan tetapi tak ada sesiapa yang mencari pemenang dari SMKPZ, maka anggapan saya dah kalah, sementelah lagi apabila saya memberi tahu nama SMKPZ kepada salah seorang usher pemanggil penerima hadiah menyatakan peserta SMKPZ tidak menang.

 'Akif bersedia untuk acara tilawah.

 'Akif membuat latihan akhir.

 Ketua hakim hafazan, Ustaz Kamil Wagiman sedang memberikan taklimat.

 Ustaz Mohd Abdullah selaku hakim acara hafazan.

 'Akif dalam acara hafazan.

 Suasana bilik pertandingan bilik pertandingan hafazan.

Pesan Ketua Unit Pendidikan Khas Swasta, "Lain kali saya nak anak-anak khas kita ditempatkan di kerusi-kerusi hadapan. Jangan letakkan mereka di belakang." Ingat tu bakal tuan rumah acara-acara pendidikan khas seluruh Negeri Sembilan.

Thursday 2 April 2015

Perjumpaan Mentor Mentee 3/2015

Tarikh: 3 April 2015 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan perjumpaan kali ketiga Program Mentor Mentee SMKPZ. Tajuk modul pada hari ini ialah "Kekemasan Diri." Antara perkara yang dibincangkan pada perjumpaan kali ini ialah kekemasan rambut, pakaian, kuku, gigi dan bau badan.
Perbandingan antara murid yang kemas dan kurang kemas juga telah dibuat. Murid yang kurang kemas telah ditegur dan insaf akan kesilapan yang telah dibuat.
Di hujung sesi perjumpaan pada kali ini, para mentee telah diminta untuk membawa barang-barang seperti sikat, cermin, bedak dan pemotong kuku ke sekolah pada minggu hadapan untuk perlaksanaan projek sudut kekemasan diri pada minggu hadapan.
Saksikan rakaman aktiviti mentor mentee di bawah kendalian saya dan Cikgu Siti Hajar iaitu PPKI 5.

 Mengemas kelas terlebih dahulu.

Cikgu Siti Hajar menegur Tasniim yang tidak bersongkok dan bersamping.

Cikgu Siti Hajar menegur Wan Nor Asyikin yang tidak memakai baju katering vest.

Razib dan kukunya yang panjang.

Wan Nor Asyikin menunjukkan stoking yang dipakainya.

Razib berbangga menjadi contoh murid yang berpakaian kemas.

Aisyah berbangga menjadi contoh murid yang berpakaian kemas.

Karnival Balapan & Padang PPKI Daerah Seremban 2015

Tarikh: 1 & 2 April 2015 (Rabu & Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGRM)

Pada tahun ini PPKI SMKPZ telah menghantar dua murid untuk mengambil bahagian dalam karnival tahunan ini. Mereka ialah Mohd Nur Iman bin Mohd Sani di dalam acara 100 meter senior lelaki, 200 meter senior lelaki dan lompat jauh senior lelaki. Mohd Fithri bin Azlan pula menyertai acara lontar peluru junior lelaki.
Mohd Nur Iman kurang bernasib baik untuk acara 100 meter senior lelaki dan lompat jauh senior lelaki tetapi telah mendapat tempat ketiga dalam acara 200 meter senior lelaki. Mohd Fithri bin Azlan telah mendapa tempat pertama untuk acara lontar peluru junior lelaki.
Tahniah di atas pencapaian yang membanggakan!
Saksikan rakaman sepanjang dua hari berlangungnya karnival ini.

 Cikgu Azean (kanan) bertugas sebagai pelepas acara-acara balapan.

 Oh, patut la ramai peserta lompat jauh, satu sekolah hantar sampai tiga peserta pun ada. Peringkat kebangsaan habih ramai hantar pun dua peserta saja untuk sesebuah kontinjen.

 Mohd Fithri membuat lontaran.

 Acara lari dalam guni tak ada dalam karnival ni. Oh, cikgu dah salah tempat ni. Ini acara sukaneka pra sekolah kat padang depan sana nu.

 Lama lagi nak merasa bagi ucapan kat rostrum ni. Jadi berlakon saja la dulu.

 Mohd Nur Iman (kanan sekali) semasa acara 200 meter lelaki senior akhir.

 Mohd Nur Iman menerima hadiah.

Para peserta dan Kak Fizah balik sekolah dengan kereta cikgu lain ya. Cikgu Lan nak balik mandi dulu.