Wednesday, 8 April 2015

MTAQ Pendidikan Khas Daerah Seremban 2015

Tarikh: 7 April 2015 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: SMK Mambau

Pada tahun ini PPKI SMKPZ hanya menghantar seorang wakil iaitu Muhammad 'Akif bin Shamsul Bahrin untuk acara hafazan lelaki sekolah menengah dan acara tilawah Al-Quran lelaki sekolah menengah. Tiada wakil untuk acara nasyid dan azan kerana pelajar bersuara emas Jamal Abdillah Mohd Faris bin Muhayuddin telah tamat persekolahan di samping guru dan jurulatih untuk acara nasyid masih lagi berhempas-pulas memikirkan macam mana nak dapat markah penuh untuk bahagian persembahan bagi acara nasyid. Dah tahu macam mana nak dapat markah penuh untuk bahagian persembahan barulah PPKI SMKPZ akan menghantar peserta bagi acara nasyid.
Maka tahun ini merupakan rezeki Muhammad 'Akif bin Shamsul Bahrin untuk menjadi johan bagi kedua-dua acara acara tersebut. Namun bukan rezekinya untuk naik menerima hadiah daripada Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS kerana menyangkakan kami telah kalah kerana tidak dipanggil usher pemanggil penerima hadiah, saya telah membuat keputusan untuk balik awal kerana perlu menghantar Cikgu Mohd Abdullah balik ke sekolah disebabkan beliau ada kelas sarjana di UKM pada petang tersebut.
Kepada yang menjadi tuan rumah acara-acara sebegini, tambahan lagi yang membabitkan murid-murid khas buatlah saja pengumuman untuk memanggil para pemenang DENGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA untuk dibariskan lebih awal. Ini bukannya Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang kita nak suprisekan penonton. Cara yang dibuat di SMK Mambau pada hari kejadian ialah usher hanya memanggil begitu, begitu sahaja. Sumpah saya tak dengar nama peserta sekolah saya dipanggil usher. Saya memang duduk di tempat para hadirin dengan 'Akif dari jam 10.30 pagi hinggalah berjalannya majlis penutup. Masa kami beredar, hadiah-hadiah telah pun mula disampaikan tetapi tak ada sesiapa yang mencari pemenang dari SMKPZ, maka anggapan saya dah kalah, sementelah lagi apabila saya memberi tahu nama SMKPZ kepada salah seorang usher pemanggil penerima hadiah menyatakan peserta SMKPZ tidak menang.

 'Akif bersedia untuk acara tilawah.

 'Akif membuat latihan akhir.

 Ketua hakim hafazan, Ustaz Kamil Wagiman sedang memberikan taklimat.

 Ustaz Mohd Abdullah selaku hakim acara hafazan.

 'Akif dalam acara hafazan.

 Suasana bilik pertandingan bilik pertandingan hafazan.

Pesan Ketua Unit Pendidikan Khas Swasta, "Lain kali saya nak anak-anak khas kita ditempatkan di kerusi-kerusi hadapan. Jangan letakkan mereka di belakang." Ingat tu bakal tuan rumah acara-acara pendidikan khas seluruh Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment