Tuesday 7 May 2013

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah Di Pulau Langkawi, Kedah



28-30 April 2013

Ahad, Isnin Dan Selasa


1.PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi merupakan satu program yang disediakan khusus untuk pelajar yang bermasalah pembelajaran. Mereka ini terdiri daripada pelajar Autisme, Hiperaktif, Sindrom Down, Terencat Akal, Disleksia dan sebagainya. Selain memberi pendedahan kepada bidang akademik aktiviti rekreasi juga merupakan satu aktiviti yang dapat membantu pelajar-pelajar pendidikan khas hidup berdikari, membentuk perkembangan diri yang positif dan memberi pendedahan kepada persekitaran serta membina minda yang positif.

Justeru itu perlaksanaan program pembelajaran Luar Bilik Darjah ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar, keseronokan dan penerapan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. Selain daripada itu, program ini turut membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas mencintai alam sekitar yang mereka timba secara tidak langsung sepanjang menyertai program ini kelak.

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah ke Pulau langkawi ini dicadangkan pada 28-30 April 2013 (Ahad, Isnin dan Selasa) akan disertai oleh 35 orang murid PPKI, 7 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Oleh itu program ini memerlukan sokongan dan sumbangan daripada semua pihak dalam usaha memberi peluang dan pengalaman kepada murid istimewa ini.

2.RASIONAL

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah ini dapat menarik minat dan mengukuhkan usaha murid PPKI ini untuk memperolehi maklumat, membina semangat setia kawan dan kerjasama berpasukan. Selain daripada itu, murid istimewa yang berkelainan upaya ini mengalami mobiliti yang terhad dan kurang berpengalaman terhadap diri sendiri dan alam sekitar.Maka adalah wajar program ini di adakan untuk mempertingkatlkan lagi mobiliti dan memberi pendedahan kepada pengalaman bersosial bersama guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat luar.

3.MATLAMAT

3.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru dalam aspek pengurusan sesuatu program.
3.2 Melahirkan individu berkeperluan khas yang berpengalaman, berdisplin, mampu berdikari dan berkeyakinan tinggi.
3.3 Memberi peluang pelajar-pelajar berkeperluan khas merasai penglaman sebenar berkaitan tempat-tempat yang dilawati.
3.4 Memberi pendedahan tentang kepentingan alam flora dan fauna dalam kehidupan.


4.OBJEKTIF

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK. Pendeta Za’ba, berhasrat untuk membolehkan murid PPKI sekolah ini memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap yang peka dan menggalakkan mereka berkecimpung dalam aktiviti yang bertanggungjawab serta sepadan dengan perkembangan mentality dan keseimbangan alam. Justeru itu, lawatan ini membolehkan murid khas ini :

4.1 Mendapat pendedahan tentang pengalaman melawat dan cuba   
      berdikari tanpa bantuan keluarga.

4.2 Mengalami sendiri pengalaman melawat tempat-tempat menarik yang  
      terdapat di negara kita.

4.3 Memahami bahawa lawatan ini bukan sekadar untuk berseronok 
      sahaja tetapi mampu menjana minda  setiap pelajar.

4.4 Memupuk semangat cintakan alam sekitar, hormat menghormati dan           
      bersaing secara sihat sepanjang aktiviti dijalankan.

4.5 Memberi peluang kepada pelajar PPKI menyedari potensi diri        
      setanding dengan pelajar normal.

 5.CADANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

                        Tarikh   :           28, 29 dan 30 April 2013
                        Hari      :           Ahad, Isnin dan Selasa
                        Tempat  :           Pulau Langkawi, Kedah

6.TEMA

Bersosialisasi, Berdikari dan Timba Pengalaman

7.SASARAN

7.1              35 orang PPKI SMK. Pendeta Za’ba
7.2                7 orang guru PPKI SMK. Pendeta Za’ba
7.3                2 orang Pembantu Pengurusan Murid
 
Pelajar PPKI yang berkelainan upaya ini merangkumi pelajar Slow Learner, terencat akal sederhana, Autisme, Disleksia dan Hyperaktif.
 
8.AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

            Penasihat          :           Tuan Hj. Rosdin Bin Kasim
                                                Pengetua SMK. Pendeta Za’ba

            Pengerusi          :           Puan. Hasmah Binti Abu Bakar
                                                Guru Penolong Kanan, Pendidikan Khas

            Setiausaha        :           Puan Norizan Binti Wahid
                                   
            P/Setiausaha     :           Puan Lim Pei Kwan
Cik Norimah Binti Mat Salleh                                      
           
            Bendahari         :           Puan. Hasmah Binti Abu Bakar
Puan Norizan Binti Wahid
Puan Sharul Afizah Binti Mohd. Idris
                                               
            Ahli Jawatankuasa Kerja

            Sumbangan/      :           Puan Sharul Afizah Binti Mohd. Idris
            Tajaan                          Puan Norizan Binti Wahid
                                                Puan Sa’adiah Binti Kamarudin

            Pengangkutan   :           Puan Siti Norli Binti Kamarudin
                                                Puan Nor Wahida Binti Jalil
                                                Puan Siti Maizura Binti Mansor
                                                Cik Noraini Binti Basir

            Penginapan       :           Puan Siti Khairanah Binti Khalid
                                                Puan Wan Azlima Binti Mohamad
                                    Puan Azura Binti Dul
           
            Makanan          :           Puan Wan Azlima Binti Mohamad
                                                Puan Siti Maizura Binti Mansor
                                                Cik Norimah Binti Mat Salleh
                                                Cik Noraini Binti Basir

Keselamatan     :           Encik Azean bin Abdullah
Dokumentasi                Encik Noor Azlan bin Abd Rahman
                                                Puan Lim Pei Kwan
Puan Azura Binti Dul
 
9.CADANGAN TENTATIF PROGRAM KE PULAU LANGKAWI


HARI / TARIKH / MASA


JADUAL LAWATAN
AHAD
28 APRIL 2013

7.00 pg
7.30 pg
8.00 pg
9.30 pg
2.00 ptg
2.30 ptg
8.30 mlm



-Berkumpul di PPKI SMK. Pendeta Za’ba
-Bertolak ke Kuala Perlis
-Sarapan di R & R
-Perjalanan ke Kuala Perlis
-Solat dan makan tengahari di R & R
-Meneruskan perjalanan
-Tiba di Kuala Perlis
-Menginap di Kuala Perlis
ISNIN
29 APRIL 2013

6.30 pg

8.00 pg



2.00 ptg
2.30 ptg

5.00 ptg

8.00 mlm

10.00 mlm



-Solat
-Sarapan pagi
-Tiba di terminal jeti dan bertolak ke Pulau 
  Langkawi.
-Tiba di jeti Pekan Kuah/ Bertolak ke hotel
-Urus diri dan rehat
-Makan tengahari dan solat
-Lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Pekan
 Kuah
-Lawatan ke tempat-tempat menarik sekitar Pulau
 Langkawi.
-Solat urus diri
-Makan malam
-Rehat
SELASA
30 APRIL 2013

6.00 pg
7.30 pg
8.30 pg
11.00 pg
12 00 tgh


2.00 ptg
7.00 mlm



-Bangun, urus diri dan solat
-Sarapan pagi
-Membeli belah di Pekan Kuah
-Bersiap untuk ‘check out’
-Bersedia di jeti Kuah dan bertolak ke Kuala
 Perlis
-Makan tengahari/solat
-Bertolak balik
-Dijangka tiba di SMK. Pendeta Za’ba
 


LAMPIRAN 1: PEMBAHAGIAN KUMPULAN

BIL.
GURU
PELAJAR
1
PUAN HASMAH ABU BAKAR



PUAN SITI MAIZURA MANSOR
MARIA ALYA
MOHD. IDHAM
MUHD ANAS

SITI AZLINA
NUR SYAKIRIN BESTARI
MOHD. ZAHID

2
ENCIK AZEAN ABDULLAH



WAN AZLIMA MOHAMAD
NUR DIYANA
MOHD. FAZRIL FAREQ
MUHD. AMIRUL IZWAN

MOHD. SYAFIQ DANIAL
NORHIYAH
ZAINUL ARIFFIN

3
ENCIK NOOR AZLAN ABD RAHMAN


PUAN LIM PEI KWAN



PUAN SHARUL AFIZAH IDRIS
MUHD BURHANUDDIN
WAN AHMAD FAIZAL

MAYA DANIA
AMIRUL MOHD. NOOR
MOHD NAZIRUL NADZRI

MUHD. FITRI
MOHD. SHAHRIZAN

4
PUAN NORIZAN WAHID


CIK NORIMAH
MUHD. NUR IMAN
MOHD. ZAKWAN

NUR FATIN ATIQAH
KHAIRUL AZLINA



LAMPIRAN 2: RAKAMAN FOTO

Gambar: Ibu bapa melambai anak-anak yang bakal bakal berjalan jauh.

Gambar: Berhenti untuk menikmati sarapan tajaan Mc Donalds di Hentian R&R Dengkil.

Gambar: Menanti ketibaan feri di Jeti Kuala Perlis.

Gambar: Murid-murid teruja menanti feri untuk bergerak.

Gambar: Wajah-wajah ceria setibanya di Jeti Kuah.

Gambar: Murid-murid yang ditempatkan di bawah jagaan Encik Noor Azlan, dari kiri Nazirul, Zainul dan Burhanuddin di Motel Midee Pekan Kuah.

Gambar: Zakwan sibuk memilih cenderamata untuk dibawa pulang di Pasar Malam Pekan Kuah.

Gambar: Encik Mohamad Radzi menjadi pemandu pelancong kami semasa lawatan mengelilingi Pulau Langkawi.

Gambar: Melihat sendiri kaedah penyediaan minyak gamat di Kilang Gamat Nusantara.

Gambar: Mungkin ini botol minyak gamat terbesar di Pulau Langkawi.

Gambar: Syafiq Danial memilih kain batik untuk ibunya di Gedung Bayu Enterprise.

Gambar: Menyaksikan persembahan cak lempong di Perkampungan Mahsuri.

Gambar: Nazirul dan Puan Norizan bergambar di Makam Mahsuri.

Gambar: Mencuba lesung padi di Perkampungan Mahsuri.

Gambar: Menyaksikan pelbagai jenis ikan di Underwater World.

Gambar: Shahrizan terpegun melihat penguin.

Gambar: Berdikari. Syakirin menceduk lauk untuk makan tengah hari di Restoren Jom Ikan Bakar.

Gambar: Melihat tapak peninggalan beras terbakar di Padang Mat Sirat.

Gambar: Singgah solat di Masjid Lama Padang Mat Sirat.

Gambar: Melihat besarnya tugu burung helang di Dataran Lang.

Gambar: Syafiq Danial memilih cenderamata untuk dibawa pulang.

Gambar: Fitri (kiri) dan Shahrizan sedang menikmati laksa di Restoren Haji Abdul Ghani 2, Kuala Perlis.

Gambar: Hujan lebat sepanjang perjalanan pulang ke Seremban.

Gambar: Singgah di R&R Tapah untuk makan dan solat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Seremban.